KOTA BHARU: Seorang pengusaha 'ikan bekok' (ikan bengkak) meraih pendapatan berganda dan tidak menang tangan apabila permintaan pelanggan terhadap hidangan pembuka selera itu terus meningkat sepanjang Ramadan kali ini.
Nor Azreena Mohd Nor, 37, mengusahakan ikan bekok sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tahun lalu, bermula sekitar 50 kilogram (kg) sebulan, permintaan terus meningkat mencecah 150 kg pada Ramadan kali ini.
Katanya, idea untuk membuat ikan bekok tersebut tercetus, setelah beliau memikirkan cara untuk meningkatkan pendapatan keluarga dalam tempoh pandemik COVID-19.
"Tak sangka pula mendapat sambutan berganda berbanding sebelum ini, proses hanya 50 kg ikan sahaja purata sebulan.
"Pada bulan puasa seperti sekarang, pelanggan gemar makan ikan bekok untuk berbuka, malah ia membuka selera ketika bersahur, kerana ada kecapan rasa masin, lemak ditambah pula adanya bawang dan cili goreng serta perahan asam limau," katanya ketika ditemui di gerai Ikan Bekok Kadok di Kampung Berangan Jalan Kota Bharu-Ketereh, di sini.
Bercerita lanjut, Nor Azreena berkata, untuk menyediakan ikan bekok tersebut, beliau mempunyai dua cawangan iaitu di Kadok dan Tanah Merah, dibantu tujuh pekerja untuk menyiang ikan segar dengan membelah perut, kemudian ikan itu direndam di dalam air garam semalaman.
"Pada keesokan hari, air garam tadi dibuang dan ikan kemudian direndam ke dalam air biasa selama empat jam untuk menghilangkan rasa masin berlebihan. Selepas itu barulah dijemur selama tiga hingga lima jam, bergantung kepada tahap cuaca panas.
"Sebaik sahaja ikan ini dijemur mengikut tempohnya, kita perlu angkat dan terus dimasukkan ke dalam peti, bagi membolehkan penyimpanan lebih lama sehingga tiga minggu," katanya yang berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Perniagaan Universiti Islam Antarabangsa (UIA).
Nor Azreena berkata, bekalan ikan segar diambil daripada pembekal di Tok Bali, Pasir Puteh Geting, Tumpat, Jelawat dan Bachok.
"Antara jenis ikan bekok yang dihasilkan termasuk gelama bongkok, gelama gigi, cencaru, layur, talang, selar kuning dan 'butir nako', manakala ikan kering seperti tambang, pari, pelata serta bulu ayam, yang dijual dari harga RM18 hingga RM45 sekilogram bergantung kepada jenis ikan.
Nor Azreena berkata, ikan bekok tersebut juga mendapat permintaan untuk dipasarkan ke luar negara seperti United Kingdom dan Arab Saudi, namun beliau terpaksa menangguhkan atas beberapa kekangan seperti kos penghantaran, ketahanan ikan serta pembungkusan, bagi memastikan ia dihantar berada dalam keadaan baik.
"Walau bagaimanapun, untuk memenuhi permintaan pelanggan yang ingin mendapatkan ikan bekok di luar Kelantan, sehingga kini saya mempunyai 20 hingga 30 ejen dari seluruh negara," kata ibu kepada tujuh anak dan mendapat sokongan suami Muhammad Ai'Amin Mohamad Kasim, 37, yang bekerja sebagai kakitangan awam.
Sementara itu, seorang pelanggan, Tuan Jusoh Tuan Dollah, 50, yang berasal dari Pasir Puteh berkata, sejak puasa beliau sudah beberapa kali membeli ikan bekok di situ, kerana gemarkan aroma dan rasanya yang boleh membuka selera.
"Ikan bekok ini adalah makanan tradisi sejak dulu, dan biasanya orang berpuasa kurang berselera terutama waktu dinihari ketika sahur, tetapi apabila ada ikan bekok yang digoreng panas-panas, ia menambah kenikmatan semasa makan," katanya. - BERNAMA
Bernama
Wed May 05 2021

Ikan bekok yang dijual dari harga RM18 hingga RM45 sekilogram membuka selera ketika bersahur, kerana ada kecapan rasa masin, lemak ditambah pula adanya bawang dan cili goreng serta perahan asam limau. - Gambar BERNAMA
9 bulan terkandas di angkasa, dua angkasawan pulang ke bumi
Dua angkasawan NASA, Butch Wilmore dan Suni Williams, berlepas dari Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) awal pagi Selasa dalam kapsul SpaceX untuk pulang ke Bumi.
Mereka sepatutnya pulang sembilan bulan lalu, tetapi kapal angkasa Boeing Starliner yang mereka naiki mengalami masalah.
Mereka sepatutnya pulang sembilan bulan lalu, tetapi kapal angkasa Boeing Starliner yang mereka naiki mengalami masalah.
Dunia kecam tindakan Israel, dunia perlu campur tangan
Dunia mengecam tindakan Israel melancarkan serangan ke atas Gaza dan menggesa komuniti antarabangsa untuk campur tangan bagi menghentikan jenayah terhadap rakyat Palestin.
Rakyat Israel bantah serangan baharu Israel di Gaza
Menurut salah seorang penunjuk perasaan, Joni Sari, beliau mendakwa satu-satunya penjelasan logik bagi tindakan Israel memulakan semula perang adalah keperluan politik Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu.
Netanyahu arah tentera lancar serangan ke Gaza lebih dahsyat
Tiada istilah simpati bagi tentera Israel selagi Hamas tidak menyerahkan kesemua tebusan warga mereka.
Itu penegasan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu yang memberi amaran, rakyat Palestin akan terus merasai serangan lebih dahsyat selepas ini.
Itu penegasan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu yang memberi amaran, rakyat Palestin akan terus merasai serangan lebih dahsyat selepas ini.
Kerajaan Sabah sedia berdepan tuntutan saman di mahkamah
Peguam Besar Negeri Sabah, Datuk Brenndon Keith Soh bersedia menentang tuntutan saman atas dakwaan penyalahgunaan kuasa dalam jawatan awam berkaitan Sabah Forest Industries Sdn. Bhd. (SFI).
Penjawat awam disyaki terima rasuah RM2,500 ditahan
Seorang penjawat awam direman enam hari sehingga 23 Mac ini selepas disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM2,500 sebagai balasan membantu menyelesaikan kompaun ubah suai rumah.
Perintah reman dikeluarkan Majistret Syed Farid Syed Ali selepas permohonan dibuat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Sembilan di Mahkamah Majistret Seremban, pagi tadi.
Perintah reman dikeluarkan Majistret Syed Farid Syed Ali selepas permohonan dibuat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Sembilan di Mahkamah Majistret Seremban, pagi tadi.
Dua pemandu lori ditahan bersama ganja RM500,000
Polis menahan dua pemandu lori warga tempatan disyaki ahli sindiket penyeludupan dan pengedaran dadah, serta merampas 146.59 kilogram ganja dan 1.075 kilogram bunga ganja bernilai RM500,000 pada dua serbuan operasi khas di Pulau Pinang pada Sabtu.
Stor dan makmal haram diserbu, rampasan hampir RM40 juta
Polis merampas pelbagai dadah seberat 274.14 kilogram dianggar bernilai RM38.9 juta dalam serbuan di stor dan makmal pemprosesan haram di empat lokasi berasingan di sini Khamis lepas.
Negara Arab perlu 'rempuh' pintu masuk sempadan - MAPIM
Kematian lapan petugas Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) dalam serangan udara di Gaza, Sabtu lepas bukti Israel makin hilang kewarasan.
Presiden MAPIM, Mohd Azmi Abdul Hamid menyifatkan, walaupun ia satu tindakan 'brutal', namun kebanyakan negara Arab masih buta membiarkan kezaliman terus berlaku.
Presiden MAPIM, Mohd Azmi Abdul Hamid menyifatkan, walaupun ia satu tindakan 'brutal', namun kebanyakan negara Arab masih buta membiarkan kezaliman terus berlaku.
Sistem pertahanan dunia rosak benarkan keganasan Israel
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan sistem pertahanan dunia sudah rosak apabila terus mengizinkan keganasan Israel terhadap rakyat Palestin di Gaza sehingga mengorbankan lebih 400 nyawa.

Ikan bekok tambah selera ketika buka puasa, sahur di Kelantan
Ikan bekok dijual dari harga RM18 hingga RM45 sekilogram bergantung kepada jenis ikan.

Makanan 'rare' ini wajib cuba kalau ke negeri Cik Siti Wan Kembang
Walaupun sukar didapati kerana terhad bekalan, Maggi Ketam Nipah, Etok, Air Asam Perut dan Lidah, Ikan Bekok dan Kerutuk Serati antara lima makanan 'rare' yang wajib cuba jika melawat ke Kelantan.