Institut Jantung Negara (IJN) mencatatkan 95 hingga 97 peratus kejayaan dalam merawat pesakit jantung tahun lalu.
Ketua Pegawai Eksekutifnya Datuk Seri Dr Mohd Azhari Yakub berkata peratusan kejayaan itu melibatkan rawatan kepada lebih 9,000 pesakit yang mengalami pelbagai jenis penyakit berkaitan jantung dan dirujuk ke IJN.
Bercakap kepada pemberita pada Rabu, beliau berkata ia merangkumi kejayaan rawatan kira-kira 4,000 pesakit menerusi pelbagai jenis pembedahan serta 5,000 rawatan kardiologi (tanpa pembedahan).
"Dengan pelbagai teknologi terkini dimiliki IJN, disokong kekuatan pasukan perubatan pakar, membantu kita untuk memastikan setiap pembedahan mahupun rawatan yang dilakukan itu berjaya.
"Bagi memastikan IJN berkeupayaan mengekalkan rekod cemerlang ini, kita akan mengaplikasikan penggunaan beberapa teknologi baharu pada tahun ini sekali gus membantu mengurangkan operasi pembedahan terutama melibatkan penukaran injap," katanya.
Dr Mohd Azhari ditemui selepas menghadiri Program Inisiatif Sosial Korporat IJN , 'My Heart My Life 2017', di Kampung Naran, Batu Maung di sini pada Rabu.
Program berkenaan juga menyaksikan Yayasan IJN, sebuah organisasi tidak berasaskan keuntungan, menerima sumbangan sebanyak RM10,000 daripada kerajaan Pulau Pinang dan RM50,000 daripada syarikat Federal Oat Mills Sdn Bhd.
Dr Mohd Azhari berkata IJN akan meneruskan inisiatif mendekati masyarakat terutama di kawasan luar bandar bagi meningkatkan kesedaran orang awam terhadap kepentingan kekal aktif dan mengamalkan gaya hidup sihat yang amat penting dalam mengurangkan risiko mendapat penyakit jantung.
"Penyakit jantung merupakan punca utama kematian di negara ini sejak beberapa tahun lalu dan kita mahu mengubah trend ini seterusnya melahirkan masyarakat yang sihat dan cergas jasmani serta rohani," katanya. -- Bernama
Bernama
Wed Feb 22 2017

IJN: "Dengan pelbagai teknologi terkini dimiliki IJN, disokong kekuatan pasukan perubatan pakar, membantu kita untuk memastikan setiap pembedahan mahupun rawatan yang dilakukan itu berjaya." - Gambar fail

DeepSeek akan berkongsi lebih banyak kod dalam bentuk sumber terbuka
DeepSeek menyatakan mereka akan berkongsi lebih banyak kod mereka meliputi 5 repo, pada minggu hadapan.

Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Suspek direman tujuh hari untuk siasatan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Pengerusi Ketua Turus Bersama AS ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown.

Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Tel Aviv
Hamas mendakwa mereka menyerahkan mayat Shiri Bibas pada Jumaat, selepas kesilapan dalam penyerahan sebelum ini.

Bendang berselut tebal, beberapa lokasi aktiviti PAT 2025 berubah
Majlis perasmian PAT 2025 yang dijadualkan disempurnakan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail pada petang ini dibatalkan.

Kusta: 368 penduduk jalani ujian saringan
Kerajaan memberi jaminan bahawa rawatan bagi pesakit kusta adalah berkesan dan tidak perlu dilakukan sebarang langkah kuarantin.

Agong selamat tiba di tanah air selepas menjalani rawatan di luar negara
Pesawat khas Seri Paduka Baginda tiba di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang pada 7 pagi tadi.

Hubungan setengah abad Malaysia-Bahrain memasuki dimensi baharu
Kedua-dua negara akan memperoleh potensi besar dalam memperluas kerjasama ekonomi termasuk dalam sektor pelancongan.

Sanggup sembunyi dalam longkang busuk, kotor
Kesemua ditahan melibatkan individu warga Indonesia, Bangladesh, India, Myanmar dan Nepal.

ESCAP seru ASEAN perkukuh komitmen Perjanjian Paris
ASEAN sebagai satu blok mempunyai keupayaan untuk menarik pelabur serta membentuk mekanisme pembiayaan mampan.

Risiko 'mati mengejut' ketika bersukan
Tahukah anda bahawa aktiviti fizikal yang sinonim dengan 'gaya hidup sihat' ini juga sebenarnya sangat berisiko mengancam nyawa seseorang itu tanpa disedari?

IJN catat hampir 97 peratus kejayaan rawatan pesakit jantung pada 2016
Institut Jantung Negara (IJN) mencatatkan 95 hingga 97 peratus kejayaan dalam merawat pesakit jantung tahun lalu.