Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata pihaknya sudah mengambil semua tindakan termasuk menggunakan bantuan dari Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk mengesan pemilik laman sosial yang didakwa menghina Yang di-Pertuan Agong.
Menurutnya, bantuan dari SKMM diperlukan bagi memastikan suspek dikesan seterusnya di tangkap atas tindakan yang dilakukan mereka, dan dakwaan mengatakan pihak polis tidak mengambil apa-apa tindakan adalah tidak benar.
Mohamad Fuzi turut tidak menolak kemungkinan bahawa pengendali akaun laman sosial Facebook 'Sabah-Sarawak Merdeka' yang membuat penghinaan ke atas Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dikendalikan oleh warga asing.
"Dan (laman) Facebook ni yang disekat, kita tak boleh akses lagi di negara kita. Kita kena minta bantuan sama ada di Singapura atau pusat dia yang sama ada di negara luar di Amerika Syarikat.
“Jadi proses ini kita perlukan MLA (Bantuan Perundangan Bersama) yang disediakan melalui Pejabat Peguam Negara. Jadi segala tindakan telah pun kita ambil berhubung perkara ini jadi dakwaan pihak-pihak tertentu bahawa pihak kita berdiam diri tidak mengambil tindakan tu adalah tidak berasas atau tidak benar," katanya pada siding media selepas Istiadat Penganugerahan Pingat Jasa Pahlawan Negara di Markas Briged Tenggara Pusat Gerakan Am (PGA) Kem Bukit Galing, pada Isnin.
Turut Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani dan Pengarah Pengurusan Bukit Aman, Datuk Abdul Rahim Jaafar.
Pada majlis itu, seramai 222 pegawai dan anggota polis dari PGA dari zon Pantai Timur yang berkhidmat semasa darurat sehingga tahun 1990 menerima Pingat Jasa Pahlawan Negara.
Sebelum ini, beberapa badan bukan kerajaan (NGO) dan parti politik membuat laporan polis terhadap pemilik akaun Facebook ‘Sabah-Sarawak Merdeka’ kerana memuat naik gambar menghina Yang di-Pertuan Agong.
Mengulas lanjut, Mohamad Fuzi berkata, sebanyak 267 laporan polis dibuat oleh pelbagai pihak di seluruh negara.
Jelasnya, polis menghadapi kesukaran untuk mengesan pemilik akaun Facebook berkenaan kerana laman itu sudah disekat.
Bagaimanapun, beliau berkata, ia hanya boleh diakses di luar negara dan ianya akan mengambil sedikit masa.
Mohd Zalani Md Atan
Mon Apr 22 2019

Mohamad Fuzi berkata, sebanyak 267 laporan polis dibuat oleh pelbagai pihak di seluruh negara. - Foto Astro AWANI

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 4 Mac 2025.

Mesir kemukakan pelan pembinaan semula Gaza, seru pembentukan pentadbiran peralihan
Pembinaan semula Gaza perlukan pembentukan pentadbiran dan keselamatan peralihan bagi memastikan prospek penyelesaian dua negara dipertahankan.

Nor Farah kini pemain boling padang nombor satu dunia
Berdasarkan kemas kini ranking dunia wanita di World Bowls Series, Nor Farah kini menduduki kedudukan teratas dengan mengumpul 723 mata.
Tumpuan Rabu – 5 Mac 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Singapura sahkan terdapat 187 kes keracunan makanan dalam program latihan nasional
Insiden keracunan makanan itu pertama kali dilaporkan di Sekolah Seni Singapura, apabila 20 pelajar mengalami simptom gastroenteritis.

Sekolah antarabangsa tawar pendidikan percuma kepada 66 anak Palestin
Sebuah sekolah antarabangsa persendirian bersetuju menyediakan pendidikan secara percuma kepada 66 kanak-kanak dan remaja Palestin yang berada di Malaysia.

Ukraine mampu bertahan enam bulan tanpa sokongan AS
Ukraine masih bergantung kepada AS bagi beberapa jenis senjata tertentu, termasuk sistem pertahanan udara dan sistem pelancar roket pelbagai jarak jauh.

Malaysia gesa pelaksanaan segera perjanjian gencatan senjata
Malaysia menggesa pelaksanaan penuh dan segera bagi semua fasa perjanjian gencatan senjata di Gaza, termasuk pertukaran tawanan dan tahanan seperti yang dipersetujui oleh semua pihak.

Kes tembakan APMM: Malaysia-Indonesia selesai secara damai - Saifuddin
Malaysia dan Indonesia sepakat menyelesaikan insiden tembakan di perairan Tanjung Rhu, Selangor secara damai bagi memastikan hubungan diplomatik kekal terpelihara.

KDN dalam fasa teliti 73 kesalahan dalam SOSMA - Saifuddin Nasution
Kementerian Dalam Negeri (KDN) sedang meneliti 73 kesalahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) bagi tujuan semakan semula.

Isu pencemaran di Telok Gong: SPRM beri jaminan akan ambil tindakan terhadap pihak berkuasa
Puluhan kilang haram kitar semula di Telok Gong berhampiran Pelabuhan Klang didakwa menjalankan operasi tanpa diganggu pihak berkuasa.

Selangor FC pertimbang ambil tindakan terhadap keputusan MFL
Selangor FC sedang meneliti dan mengkaji semua saluran bersesuaian untuk mengambil tindakan seterusnya berikutan denda dikenakan Malaysian Football League kepada pasukan itu.

Saya tak pernah arah ambil tindakan terhadap sesiapa - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan beliau tidak pernah mengeluarkan sebarang arahan supaya tindakan diambil terhadap mana-mana pihak tertentu sejak memegang jawatan itu.

Penyingkiran PSM kekal - ASTAF
Keputusan itu akan disampaikan kepada pihak berkuasa Malaysia untuk mengambil tindakan bersesuaian mengikut perundangan Malaysia.

MCMC mulakan siasatan terhadap pakej Unifi TM
Jika siasatan awal mendapati terdapat unsur yang melanggar kepentingan pengguna, MCMC tidak akan teragak-agak mengambil tindakan terhadap pemberi perkhidmatan.

Kementerian Pendidikan teliti ambil tindakan terhadap juri, panel debat
Hasil siasatan mendapati Ketua Juri iaitu Mohammad Aidil Ali dan Iyad Zakiy Amal, selaku panel pemilih usul, tidak membuat sebarang perbincangan atau mendapatkan pandangan awal dari sekolah terbabit.

Kes SRC: Najib dibebas atau dipanggil bela diri diketahui 11 Nov
Mohd Nazlan menetapkan 3 dan 4 Dis, 9 Dis hingga 12 Dis serta 16 Dis untuk mendengar pembelaan Najib sekiranya mahkamah mendapati pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadapnya.

IGP nafi dakwaan polis tidak ambil tindakan FB hina Agong
Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata pihaknya sudah mengambil semua tindakan termasuk menggunakan bantuan dari SKMM untuk mengesan pemilik laman sosial yang didakwa menghina Agong.

Polis Johor nafi tidak bertindak terhadap laporan anggotanya pukul remaja
Ketua Polis negeri, Datuk Mohd Khalil Kader Mohd berkata kes itu telah pun disiasat di bawah Seksyen 323 dan 307 Kanun Keseksaan dan akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya.

Jawatankuasa baharu selaras sekolah agama rakyat dan pondok - TPM Zahid
Beliau berkata walaupun satu dasar mengenai sekolah agama dan pondok boleh diwujudkan tetapi kuasa untuk mengambil tindakan masih tertakluk kepada negeri masing-masing.