Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh menggesa pelajar universiti awam (UA) supaya tidak terbabit dengan demonstrasi yang bercirikan politik.
Beliau berkata mereka sebaliknya perlu menumpukan terhadap pelajaran untuk lulus dalasm peperiksaan.
"Kerajaan membelanjakan purata kira-kira RM18,000 setahun (dalam bentuk pinjaman) kepada golongan mahasiswa dan jika mereka gagal, ia akan merugikan negara.
"Walaupun kerajaan telah memberi kebebasan berpolitik kepada mereka, namun ia harus dilihat dalam konteks yang lebih luas. Boleh berpolitik, tapi tunggulah sehingga mereka tamat pengajian," katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat perwakilan Wanita UMNO bahagian Machang di sini hari ini.
Hadir sama Ketua UMNO bahagian Machang merangkap Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub dan Ketua Pergerakan Wanita UMNO bahagian Machang, Senator Datin Rahimah Mohamed.
Idris diminta mengulas mengenai kemungkinan pelajar UA menyertai perhimpunan haram Bersih 4.0 di ibu negara hujung minggu ini.
Beliau berkata pihak universiti boleh mengambil tindakan ke atas pelajar yang menyertai perhimpunaan berdasarkan peruntukan undang-undang UA.
"Kementerian tidak boleh ambil tindakan ke atas mahasiswa yang menyertai sebarang perhimpunan ataupun demonstrasi, tapi pihak universiti boleh kerana mereka ada Senat masing-masing," katanya.
Sementara itu dalam ucapannya beliau yang juga Anggota Parlimen Besut menggariskan tiga aspek jika Barisan Nasional (BN) mahu merampas Kelantan daripada tangan PAS seperti yang dilakukan BN Terengganu pada pilihan raya umum ke-12.
"Yang pertama kita kena ubah cara pemikiran kita. Kita kena selalu fikirkan kemenangan dan yang kedua jangan fikir sangat mengenai masalah tapi fokus kepada penyelesaiannya.
"Yang ketiga dan yang paling penting ialah kita kena ikhlas dalam perjuangan. Jika kita tidak dipilih sebagai ketua, kita tiada sebarang jawatan dalam parti, kita tetap kena reda dan bersatu padu," katanya.
Bernama
Fri Aug 28 2015
IDRIS: Boleh berpolitik, tapi tunggulah sehingga mereka tamat pengajian. Foto AWANI
Enam individu ditahan disyaki terlibat kes curi Ferrari di pusat cuci kereta
Susulan penangkapan itu, polis turut merampas empat buah kereta iaitu Ferrari, Naza Suria dan dua kereta jenis BMW.
Papan tanda: Hormati peraturan sedia ada - Abdul Karim
Semua pihak diminta untuk menghormati peraturan serta undang-undang sedia ada mengenai penggunaan bahasa tertentu pada papan tanda.
JBPM dilantik ILB bantu pacu sektor kebombaan negara
JBPM dilantik sebagai Badan Peneraju Industri (ILB) bagi industri kebombaan oleh JPK berkuat kuasa Julai lepas hingga Disember 2027.
10 Berita Pilihan - (26 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Kemboja kini destinasi pelaburan yang kompetitif di ASEAN, kata PM Hun Manet
Kemboja menikmati keamanan dan kestabilan politik yang merupakan faktor penting, manakala kerajaan negara itu mengamalkan dasar ekonomi yang paling terbuka dan bebas di Asia.
Populasi panda raksasa peliharaan di dunia cecah 757 ekor
China telah menubuhkan 67 rizab alam semulajadi panda raksasa dan Taman Negara Panda Raksasa, merangkumi kawasan seluas 2.58 juta hektar.
Caj hospital swasta meningkat, KKM akan bawa pendekatan perkhidmatan berasaskan nilai
Isu peningkatan caj hospital dan insurans perubatan yang melambung tinggi dibangkitkan beberapa ahli Parlimen yang meminta KKM untuk mengawal perkara berkenaan.
AWANI Ringkas: Jenayah | Rusuhan di Islamabad
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
MTL: Lebih 100 hektar padi sedia dituai ditenggelami banjir, kerugian hampir RM1 juta
Seramai 39 pesawah dari Kampung Luar dan Kampung Tersang di sini mengalami kerugian hampir RM1 juta selepas sawah seluas 121 hektar ditenggelami banjir.
Consider This: BERSIH Report Card — From ‘D’ to Distinction?
Two years into its term, the Madani government finds itself under the microscope. Bersih has given the Anwar Ibrahim-led Administration a grade of ‘D’, citing its failure to deliver on key institutional and democratic reforms. Is this verdict too harsh, or is it a necessary wake-up call for those in power that they do not have the luxury of time? On this episode of #ConsiderThis Melisa Idris speaks to Muhammad Faisal Abdul Aziz, Chairperson of BERSIH, and Ooi Kok Hin, Executive Director of BERSIH.
Pelupusan hutang peneroka Felda telah dilaksana ketika saya jadi PM - Muhyiddin
Bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mendakwa tuduhan dilemparkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung pelupusan hutang peneroka FELDA merupakan pembohongan besar.
Shabery Cheek dilantik Pengerusi baharu Felda
Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek diumumkan sebagai Pengerusi Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) yang baharu berkuat kuasa 1 Julai 2023.
Idris Jusoh lepaskan jawatan Pengerusi Felda
Idris menerima keputusan Pejabat Perdana Menteri bagi memberi laluan kepada lantikan pengganti beliau.
Penyata hutang peneroka Felda dibentang akhir Jun
Penyata hutang peneroka Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) bagi 2022 akan dibentangkan selewat-lewatnya hujung Jun ini.
Malaysia-Indonesia capai resolusi kurang kadar kemiskinan, model Felda akan jadi contoh
Malaysia dan Indonesia telah mencapai satu resolusi untuk mengurangkan kadar kemiskinan di Asia Tenggara serta meningkatkan sekuriti makanan di rantau ini.
Pelupusan sebahagian hutang peneroka Felda beri impak kepada aliran tunai
Pelupusan sebahagian hutang peneroka Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) berjumlah RM8.3 bilion yang selesai dilaksanakan pada tahun 2021 telah memberi impak besar kepada aliran tunai Felda.
Tiada perancangan kembalikan Felda United FC - Idris Jusoh
Felda mempunyai perkara yang lebih besar untuk dititikberatkan sebagai proses rasionalisasi lembaga itu.
PRU15: Idris umum tak bertanding, beri laluan pemimpin muda
Keputusan untuk tidak bertanding pada PRU diambil sejak 2013 bagi memberi laluan kepada pimpinan muda meneruskan legasi parti.
PRU15: Idris Jusoh serah kepada parti tentukan pencalonan
Tan Sri Idris Jusoh menyerahkan kepada pucuk pimpinan UMNO, untuk menentukan sama ada beliau akan disenaraikan bagi mempertahankan kerusi Parlimen Besut yang disandangnya.
Dewan Rakyat: Kerjasama pelbagai agensi diperkukuh elak penipuan visa furada berulang - Idris
Bagi musim haji 2022, TH telah memberikan lesen kepada 22 syarikat PJH dan THTS untuk mengendalikan pakej haji.