IPOH:Polis mengenal pasti identiti tiga kanak-kanak lelaki yang maut dalam kemalangan yang melibatkan sebuah kenderaan dan dua lori di KM272.5 Lebuh Raya Utara Selatan arah utara, dekat sini, petang ini.
Timbalan Ketua Polis Daerah Ipoh, Superintendan Mohamed Nordin Abdullah berkata, mangsa dikenali sebagai Muhammad Adam Hakimi Muhammad Alhafis, tujuh tahun, dan dua adiknya Muhammad Lutfi Hakim, tiga tahun, dan Muhammad Affan Hafiy, setahun.
Menurutnya, ibu mangsa, Nur Aimi Nadiah Abdul Rahim, 27 tahun, mengalami cedera parah manakala dua pemandu treler dan lori tidak mengalami kecederaan.
Katanya, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian itu yang membabitkan sebuah lori kontena, lori membawa baja sawit dan Perodua Axia pada jam 3.50 petang.Tiga kanak-kanak maut dalam kemalangan di Lebuhraya PLUS.
BACA: Tiga kanak-kanak maut dalam kemalangan di Lebuhraya PLUS
“Kemalangan pertama berlaku di antara dua lori di lorong kiri jalan yang membabitkan kes langgar belakang dan kedua-duanya memasuki lorong kecemasan,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.
Menurutnya, ketika pihak PLUS datang memberi bantuan dan kawalan lalulintas, kereta Axia berkenaan hilang kawalan dan berpusing sebelum melanggar bahagian belakang lori kontena yang membawa muatan elektronik.
Katanya, akibat kemalangan itu, ketiga-tiga beradik berkenaan meninggal dunia di tempat kejadian manakala ibu mereka yang cedera parah dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun Ipoh.
Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Abd Razak Mohd Ali
Wed Dec 16 2020
Kes itu disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. - Foto JBPM
Bukan Rumah Mampu Tengok, PRR bakal dilancar tahun depan - Nga
Program Residensi Rakyat (PRR) pertama akan dilancarkan pada tahun 2025, sempena kepengerusian ASEAN yang akan diterajui oleh Malaysia.
Anggota kesihatan diingat lapor kesan advers ubat - KKM
Anggota kesihatan diingatkan supaya membuat laporan mengenai sebarang kesan advers ubat-ubatan bagi menjamin keselamatan pengguna.
Permaisuri Britain Camilla alami jangkitan di dada, tarik diri daripada acara awam
Permaisuri Camilla telah menarik diri daripada acara awam kerana mengalami jangkitan di dada.
Jualan Proton pada Oktober melonjak 13.6 peratus, catat jumlah YTD 125,557 unit
Proton Holdings Bhd merekodkan jualan sebanyak 12,799 unit bagi pasaran domestik dan eksport pada Oktober.
Dulu tempat pelupusan sampah, kini ladang solar - Nga
KPKT telah berjaya mentransformasikan tapak pelupusan sisa pepejal menjadi ladang solar dan tapak rekreasi keluarga.
KL bersiap untuk ekspo bandar pintar pertama Asia Tenggara - Gobind
Malaysia akan menjadi negara pertama di Asia Tenggara yang akan menganjurkan Ekspo Bandar Pintar (SCE) di Kuala Lumpur mulai 17 hingga 19 Sept tahun ini.
Thailand terima 29 juta pelancong, jangka lebih ramai ketika musim puncak bermula
Thailand telah menerima ketibaan lebih 29.08 juta pelancong asing, menjana pendapatan kira-kira 1.358 trilion baht dari 1 Januari hingga 3 November tahun ini.
Sanggar Puisi 2024 usaha membugarkan budaya membaca
Objektif utama penganjuran Sanggar Puisi Perpaduan 2024 ini adalah untuk menyemarak dan membugarkan budaya membaca menerusi wahana sastera dan budaya.
KPKM bangunkan semula tanah sawah terbiar untuk tanaman padi
KPKM sedang menumpukan usaha membangunkan semula tanah sawah terbiar untuk penanaman padi sekali gus meningkatkan SSR beras negara.
KDN beri penjelasan lanjut di dewan rakyat Khamis ini
Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan memberikan penjelasan lanjut mengenai Rang Undang-Undang (RUU) baharu berkaitan hukuman tahanan di rumah di Dewan Rakyat Khamis ini.
Identiti tiga kanak-kanak maut kemalangan di Lebuhraya PLUS dikenal pasti
Polis mengenal pasti identiti tiga kanak-kanak lelaki yang maut dalam kemalangan yang melibatkan sebuah kenderaan dan dua lori di KM272.5 Lebuh Raya Utara Selatan arah utara, dekat sini, petang ini.