Idea membawa masuk pekerja asing dari negara Afrika untuk bekerja dalam sektor perladangan masih berada di peringkat cadangan.
Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menjelaskan Kabinet akan memperhalusi cadangan itu dengan lebih mendalam pada mesyuarat akan datang.
Menurutnya, tindakan membawa masuk pekerja dari Afrika mungkin akan dilaksanakan bagi menampung keperluan dalam sektor perladangan.
Ia berikutan keengganan rakyat negara ini bekerja dalam sektor terbabit walaupun Malaysia mempunyai jumlah bilangan penduduk yang ramai.
"Saya berpendapat bahawa orang di Malaysia ni ramai, tak payahlah bawak masuk orang asing.
"Tapi (jika) orang Malaysia tak mahu kerja, kita bagi semua kat orang lainlah. Kita belum buat pilihan apa pun, ya... (masih di peringkat) cadangan saja."
Tun Mahathir berkata demikian ketika ditemui di majlis rumah terbuka Aidilfitri Parlimen Langkawi di Kompleks Sukan LADA pada Sabtu.
Pada Jumaat, Menteri Sumber Manusia, M. Kulasegaran mengetengahkan cadangan membawa masuk pekerja dari negara Afrika berikutan pekerja asing dari Vietnam dan Indonesia tidak lagi berminat untuk bekerja di negara ini disebabkan gaji yang diterima hampir sama dengan di negara asal.
Abd Hadi Che Awang
Sat Jun 29 2019
![Idea ambil pekerja asing warga Afrika masih di peringkat cadangan - Dr Mahathir Idea ambil pekerja asing warga Afrika masih di peringkat cadangan - Dr Mahathir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-06/61561366148_mahathirmohamad.jpg)
DR MAHATHIR: Tapi (jika) orang Malaysia tak mahu kerja, kita bagi semua kat orang lainlah. Kita belum buat pilihan apa pun, ya... (masih di peringkat) cadangan saja. -Gambar fail
![Kerajaan sementara Bangladesh mahu jalin hubungan baik dengan semua negara Kerajaan sementara Bangladesh mahu jalin hubungan baik dengan semua negara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/71723429288_MuhammadYunus.jpg)
Kerajaan sementara Bangladesh mahu jalin hubungan baik dengan semua negara
Kerajaan sementara negara itu mahu menjalinkan hubungan baik dengan semua negara termasuk India dan China.
![Pakistan desak Israel bertanggungjawab terhadap jenayah perang di Gaza Pakistan desak Israel bertanggungjawab terhadap jenayah perang di Gaza](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/51722922414_bodies.jpg)
Pakistan desak Israel bertanggungjawab terhadap jenayah perang di Gaza
Tragedi di Gaza yang memasuki hari ke-300 mendedahkan kelemahan dunia dalam menghadapi sokongan Barat terhadap rejim Israel.
![Kompaun RM1,000 jika buang puntung rokok di pantai Kompaun RM1,000 jika buang puntung rokok di pantai](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81723429525_kompaun.jpg)
Kompaun RM1,000 jika buang puntung rokok di pantai
Kesedaran awam masih rendah dan ada yang membuang putung rokok di merata tempat.
![China catat prestasi terbaik luar negara di Olimpik Paris 2024 China catat prestasi terbaik luar negara di Olimpik Paris 2024](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81723429445_ClosingCeremony.jpg)
China catat prestasi terbaik luar negara di Olimpik Paris 2024
Delegasi China berjaya meraih 40 pingat emas, 27 perak dan 24 gangsa.
![Anwar ucap terima kasih kepada warga Hospital Serdang, Putrajaya dan Kuala Lumpur Anwar ucap terima kasih kepada warga Hospital Serdang, Putrajaya dan Kuala Lumpur](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81723429209_AnwarIbrahim.jpg)
Anwar ucap terima kasih kepada warga Hospital Serdang, Putrajaya dan Kuala Lumpur
PM ucap terima kasih kepada seluruh warga Hospital Sultan Idris Shah, Serdang, Hospital Putrajaya dan Hospital Kuala Lumpur yang merawat beliau.
![Lapan bulan hilang, mayat tanpa kepala rupanya milik Cikgu Istiqomah - Polis Lapan bulan hilang, mayat tanpa kepala rupanya milik Cikgu Istiqomah - Polis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81723428918_CikguIstiqomah.jpg)
Lapan bulan hilang, mayat tanpa kepala rupanya milik Cikgu Istiqomah - Polis
Mayat tanpa kepala, badan dan tangan yang ditemui di dalam tong sampah pada 31 Disember lalu, disahkan milik Istiqomah Ahmad Rozi.
![Kembali dipanah cinta di Genting Kembali dipanah cinta di Genting](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/61723371014_Sitinurhaliza.jpg)
Kembali dipanah cinta di Genting
Siti Nurhaliza adalah penyanyi semula jadi. Tidak perlu sebarang teknik atau notasi tinggi, senjata utamanya adalah suara.
![[LAPORAN KHAS] Bulan Kebangsaan MY-SG: Disiplin fiskal persiapan cabaran masa depan [LAPORAN KHAS] Bulan Kebangsaan MY-SG: Disiplin fiskal persiapan cabaran masa depan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2017-04/61491288728_SingaporeMerlion.jpg)
[LAPORAN KHAS] Bulan Kebangsaan MY-SG: Disiplin fiskal persiapan cabaran masa depan
Laporan Khas Bulan Kemerdekaan Malaysia-Singapura bertemakan pembangunan demi kemakmuran bersama, menyingkap amalan fiskal Singapura dalam mempersiapkan rizab kewangan mencukupi untuk masa depan.
![Usaha mencari mangsa tragedi bot karam diperluas termasuk pencarian di udara Usaha mencari mangsa tragedi bot karam diperluas termasuk pencarian di udara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/71723426471_MaritimMalaysia.jpg)
Usaha mencari mangsa tragedi bot karam diperluas termasuk pencarian di udara
Tiga aset laut, dua buah pesawat Maritim Malaysia dan helikopter Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia digerakkan dalam usaha mengesan mangsa.
![Cebisan anggota badan di sekolah Gaza serlah kekejaman Israel Cebisan anggota badan di sekolah Gaza serlah kekejaman Israel](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81723423598_GazaIsraelibombar.jpg)
Cebisan anggota badan di sekolah Gaza serlah kekejaman Israel
Saksi melaporkan bahawa serangan berlaku ketika orang ramai berkumpul di halaman sekolah untuk menunaikan solat Subuh.
![Idea ambil pekerja asing warga Afrika masih di peringkat cadangan - Dr Mahathir Idea ambil pekerja asing warga Afrika masih di peringkat cadangan - Dr Mahathir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-06/61561366148_mahathirmohamad.jpg)
Idea ambil pekerja asing warga Afrika masih di peringkat cadangan - Dr Mahathir
Ia berikutan keengganan rakyat negara ini bekerja dalam sektor terbabit walaupun Malaysia mempunyai jumlah bilangan penduduk yang ramai.