Berita pilihan pengarang Astro Awani, untuk minggu bermula 5 Oktober hingga 11 Oktober 2015.

Fokus pada permulaan minggu tertumpu kepada penyelesaian12 negara menyelesaikan rundingan mengenai perjanjian perdagangan, yang berusaha untuk meningkatkan perdagangan dan pelaburan di kalangan mereka, menggalak inovasi, pertumbuhan ekonomi dan pembangunan serta menyokong penciptaan dan pengekalan pekerjaan.

Perjanjian itu boleh membentuk semula industri dan mempengaruhi segala-galanya daripada harga keju dengan kos rawatan kanser.

Isnin, 5 Oktober 2015: MALAYSIA DAN 11 NEGARA LAIN CAPAI RUNDINGAN TPPA

Malaysia dan 11 negara lain capai rundingan TPPA
Antara perkara yang dirundingkan di Atlanta adalah berkenaan industri automotif Jepun, tempoh minimum paten pengeluar ubatan dan sekatan pertanian. - Reuters/USTR Press Office/Handout

Tumpuan kemudian beralih kepada 1Malaysia Development Berhad (1MDB) di mana Raja-Raja Melayu mengeluarkan kenyataan menggesa kerajaan untuk melengkapkan siasatan secepat mungkin ke atas kes 1MDB dan mengambil "tindakan tegas yang sesuai" terhadap semua yang didapati terlibat.

Selasa, 6 Oktober 2015: RAJA-RAJA MELAYU MAHU SIASATAN BERKAITAN 1MDB DISELESAIKAN SECEPAT MUNGKIN

Raja-raja Melayu mahu siasatan berkaitan 1MDB diselesaikan secepat mungkin
RAJA-RAJA MELAYU: "Kegagalan memberikan penjelasan dan jawapan yang meyakinkan, dikhuatiri telah mengakibatkan berlakunya krisis keyakinan".

Bank Negara Malaysia (BNM) menarik kembali tiga kebenaran yang diberikan kepada 1Malaysia Development Berhad (1MDB) bagi pelaburannya di luar negara bernilai AS$1.83 bilion.

Dalam satu kenyataan BNM berkata penarikan kebenaran itu dibuat berdasarkan Akta Kawalan Tukaran (ECA) 1953.

BNM batal kebenaran, minta 1MDB bawa balik US1.83 bilion ke Malaysia
BNM berkata penarikan kebenaran itu dibuat berdasarkan Akta Kawalan Tukaran (ECA) 1953.

Minggu berakhir dengan penemuan mayat kanak-kanak, yang kemudian dikenal pasti sebagai Sasa Sobrie, satu dari tujuh pelajar Orang Asli SK Tohoi, yang telah dilaporkan hilang sejak 23 Ogos 2015.

BACA: Kronologi: Misteri 7 pelajar Orang Asli hilang di Pos Tohoi, Gua Musang

Rabu, 7 Oktober 2015: ADAKAH MAYAT YANG DIJUMPAI KANAK-KANAK ORANG ASLI YANG HILANG?

Mayat dipercayai kanak-kanak Orang Asli hilang sejak 23 Ogos ditemui - Polis
Mayat kanak-kanak yang kakinya tersangkut pada dahan kayu dalam sungai berkenaan dijumpai seorang penduduk kampung. - Foto Astro AWANI

Pada Khamis sebahagian rangka seorang kanak-kanak yang belum dikenal pasti jantina, ditemui di Sungai Perias, kira-kira 500 meter dari Pos Tohoi.

Khamis, 8 Oktober 2015: RANGKA KANAK-KANAK DITEMUI

Rangka kanak-kanak ditemui di sungai berhampiran Pos Tohoi
Rangka itu ditemui kira-kira 800 meter dari mayat Sasa Sobrie ditemui. - Foto Astro AWANI

Pada Jumaat, negara menarik nafas lega apabila dua daripada pelajar orang asli yang hilang ditemui masih hidup, walaupun lemah dan kekurangan zat makanan. Pelajar-pelajar adalah Norieen Yaakob, 10 dan Miksudiari Aluj, 11.

Jumaat, 9 Oktober 2015: DUA KANAK-KANAK ORANG ASLI DITEMUI SELAMAT

2 kanak-kanak Orang Asli Pos Tohoi Gua Musang yang hilang dijumpai selamat
Miksudiari ditemui dalam keadaan lemah oleh pasukan tentera yang terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat. - Foto BERNAMA

Pada hari yang sama, berita mengenai penculikan kanak-kanak berusia lima tahun menggegarkan negara selepas sebuah video viral di media sosial.

Lapan jam kemudian kanak-kanak itu ditemui oleh seorang pemandu teksi, yang kemudiannya menghantar pulang kanak-kanak itu ke rumahnya di Kajang.

Kanak-kanak lima tahun yang diculik di Sungai Chua, ditemui lapan jam kemudian
Ketua Polis Daerah Kajang, ACP Willey Richard mengesahkan perkara itu dan berkata kanak-kanak itu kini dihantar ke sebuah hospital untuk menjalani pemeriksaan kesihatan.


Bekas ADUN Alor Limbat, Alias Abdullah, 51, ditembak mati di rumahnya di Marang selepas
Solat Jumaat. Polis masih menyiasat motif di sebalik kejadian itu.

Tembak bekas ADUN Alor Limbat: Kelibat dua tubuh lari dengan motosikal
Alias dipercayai ditembak pada jarak dekat di rumahnya di Kampung Alor Limbat Bukit Payong di Marang selepas pulang daripada solat Jumaat.

Pada hari Sabtu berlangsungnya Hari Sukan Negara buat julung kalinya yang dianjurkan secara besar-besaran di seluruh negara.

Hari itu menyaksikan hampir empat juta penyertaan rakyat Malaysia dengan lebih 17,000 aktiviti dianjurkan sekaligus diiktiraf oleh The Malaysia Book Of Records.

Hari Sukan Negara berlangsung meriah di seluruh negara
Hasil ilham Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin, Hari Sukan Negara adalah langkah pertama menjadikan Malaysia, sebuah negara bersukan. - Foto BERNAMA


Polis Sabah mengesahkan menerima laporan berhubung penemuan bangkai pesawat di Pulau Sugbay, Tawi-Tawi di selatan Filipina.

Ketua Polis Sabah, Datuk Jalaludin Abdul Rahman bagaimanapun, menegaskan, sama ada maklumat itu benar atau tidak, ia belum dapat dipastikan setakat ini.

Polis terima laporan bangkai pesawat dipercayai MH370 ditemui di selatan Filipina
Pengadu mendakwa, ibu saudaranya Siti Kayam telah menemui satu bangkai kapal terbang di hutan Pulau Sugbay, Tawi-Tawi.