Masakan tidak, ramai yang tertanya bagaimana pendapatan pegawai kerajaan dapat menampung kehidupan ultra-mewah yang diamalkan oleh kedua-dua individu terbabit.
Dalam perkembangan lain, rakyat di Thailand masih berkabung dan meratapi kemangkatan Raja Bhumibol Adulyadej pada Khamis lalu.
Berikut adalah tajuk-tajuk utama pilihan pengarang di platform digital Astro AWANI.
ISNIN, 10 OKT
Salah guna kuasa.
Sehingga hari ini, masih menjadi tanda tanya siapa dan bagaimana dua orang pegawai kerajaan dari Jabatan Air Negeri Sabah berjaya mengumpul 'simpanan' berjumlah berbilion ringgit selepas kes penyalahgunaan kuasa melibatkan projek infrastruktur di Sabah bernilai RM3.3 bilion.
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPR) berjaya merungkai 'misteri' simpanan bernilai RM30 juta yang disimpan di bank antarabangsa oleh seorang pengarah dan timbalan pengarah dari jabatan kerajaan tersebut.
SELASA, 11 OKT
Lagi berkaitan kes penyalahgunaan kuasa di Kota Kinabalu, Sabah.
SPRM telah merampas wang tunai kira-kira RM1 juta daripada beberapa saksi yang dipanggil memberi keterangan berhubung siasatan kes salah guna kuasa dan rasuah melibatkan projek infrastruktur bernilai RM3.3 bilion.
Susulan kes penyalahgunaan kuasa itu, seorang pengarah di Jabatan Air Sabah dihadapkan ke Mahkamah Kota Kinabalu di Sabah.
Tempoh tahanan reman terhadapnya dan tiga suspek lain berhubung penyalahgunaan kuasa melibatkan projek infrastruktur di Sabah bernilai RM3.3 bilion dilanjutkan antara lima hari hingga tujuh hari bermula hari ini.
Selepas menjalani hukuman penjara selama setahun lapan bulan kerana sabitan kes liwat, Datuk Seri Anwar Ibrahim hampir habis menggunakan remedi perundangan untuk memohon dibebaskan daripada pemenjaraan.
Tuntutan Anwar termasuk mahu Mahkamah Persekutuan mengguna pakai Aturan 137 Kaedah-kaedah Mahkamah Persekutuan 1995 dan membuat semakan terhadap keputusan panel lima hakim diketuai oleh Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria.
RABU, 12 OKT
Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir di Mahkamah Persekutuan Putrajaya bagi permohonan akhirnya menggunakan saluran perundangan untuk mengetepikan sabitan dan hukuman penjara lima tahun kerana meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan, 31.
Berita hiburan tanahair.
Penyanyi popular negara Datuk Siti Nurhaliza terus mendominasi arena muzik tanahair apabila dua albumnya menerima 7 pencalonan akhir di Anugerah Industri Muzik ke-22 yang akan berlangsung pada 18 Disember depan.
KHAMIS, 13 OKT
Raja Thailand Bhumibol Adulyadej, 88, yang menerima rawatan di Hospital Siriraj, Bangkok diumumkan telah mangkat hari ini pada jam 3.52 petang waktu tempatan.
LIHAT GALERI FOTO: Mengenang Raja Bhumibol Adulyadej
Di tanah air, selebriti Eusoff Mahu berikrar buka lembaran baharu.
Sebaik selesai lima bulan menjalani hukuman penjara di Singapura kerana kesalahan memiliki dadah, pelakon dan penyanyi tersebut mengakui bahawa beliau kini bersedia membuka lembaran baharu dalam hidupnya.
Beralih ke berita teknologi, Lebih sebulan dilancarkan di pasaran antarabangsa, hari ini berakhirlah penantian pengguna di Malaysia untuk memiliki iPhone 7.
BACA: Kemeriahan ketibaan iPhone 7 di Malaysia
JUMAAT, 14 OKT
Anakanda bongsu Sultan Selangor, Tengku Amir Shah berangkat kembali ke Istana Alam Shah di sini bagi menyempurnakan Istiadat Mengadap dan Menjunjung Duli sempena Pemasyhuran Gelaran Raja Muda Selangor.
SABTU, 15 OKT
Seorang remaja perempuan yang ingin membantu keluarganya dengan menjual nasi lemak menjadi bualan netizen di laman sosial hari ini.
Menjual nasi lemak di sebuah bank di Ampang, Selangor, kecekalan remaja ini turut mendapat perhatian Lembaga Zakat Selangor melalui laman Facebooknya turut berkongsi kisahnya.
AHAD, 16 OKT
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah mengumumkan kerajaan bakal melancarkan Pelan Induk Pembangunan Masyarakat India pada Januari depan bagi membantu kaum India dalam aspek sosio-ekonomi.
Dalam perkembangan lain, penyanyi Ainan Tasneem bikin panas apabila beliau secara tidak sengaja memuat naik hashtag #harap18hbniliverpoolmakanmanu bersama sekeping gambar ke akaun Instagram, lewat malam pada Sabtu.
Gara-gara mahu mengelak dari rahsia berkahwin duanya terbongkar, seorang lelaki berumur 34 tahun ditetak dan ditikam di kawasan tempat letak kenderaan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Terengganu (Maidam).
Siasatan awal menunjukkan suspek dipercayai seorang kenalan adik perempuan mangsa.
Dalam perkembangan lain, syarikat penerbangan Jetstar dan Qantas melarang sepenuhnya penggunaan telefon pintar Samsung Galaxy Note 7 dalam semua penerbangan mulai 16 Okt.
BACA: Jetstar dan Qantas haramkan penggunaan Samsung Galaxy Note 7
BACA: Jetstar dan Qantas haramkan penggunaan Samsung Galaxy Note 7