Antara tajuk utama sepanjang minggu lalu ialah bekas timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mendaftar parti baharu Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), gandingan Pandelela Rinong-Cheong Jun Hoong meraih pingat perak buat Malaysia di Sukan Olimpik Rio, dan bekas timbalan perdana menteri Tun Musa Hitam beri penjelasan mengenai peristiwa Memali.
ISNIN, 8 OGOS, 2016
DUN Terengganu ditangguh selepas 3 jam bersidang secara aman
Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu berlangsung aman selepas persidangan itu berlangsung tiga jam di Wisma Darul Aman.
SELASA, 9 OGOS
Muhyiddin daftar parti Bersatu
Bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini menyerahkan permohonan untuk mendaftar parti baharu kepada Pendaftar Pertubuhan (ROS).
Nenek maut dipercayai dipenggal, dikerat cucu 19 tahun di Kota Tinggi
Seorang warga emas maut dipenggal cucunya yang dipercayai mengalami gangguan mental dalam kejadian di Felda Penggeli Timur, Johor.
RABU, 10 OGOS
Rio 2016: Pandelela-Jun Hoong hadiahkan kilauan perak untuk negara
Pusat Akuatik Maria Lenk menghadirkan khabar ceria buat negara apabila gandingan Pandelela Rinong-Cheong Jun Hoong meraih pingat perak buat Malaysia di Sukan Olimpik Rio 2016 dalam acara terjun 10 meter platform seirama wanita.
KHAMIS, 11 OGOS
Finas umum perubahan kategori di FFM28
Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) mengumumkan penganjuran Festival Filem Malaysia ke-28 (FFM28) selaras dengan keputusan kerajaan membenarkan semua filem dipertandingkan dalam semua kategori tanpa pengasingan bahasa.
JUMAAT, 12 OGOS
Tiada layanan istimewa, Neelofa guna visa haji swasta
Tabung Haji (TH) tidak pernah memberi keistimewaan kepada mana-mana individu untuk melangkau giliran bagi menunaikan haji.
SABTU, 13 OGOS
Saya penat tanggung beban sejarah jadi 'kambing hitam' peristiwa Memali - Musa Hitam
Bekas timbalan perdana menteri Tun Musa Hitam mengakui beliau sudah penat menanggung beban sejarah menjadi 'kambing hitam' dalam peristiwa Memali.
AHAD, 14 OGOS
Jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei menepati ramalan apabila berjaya mara ke suku akhir acara badminton lelaki Sukan Olimpik Rio di Pavilion 4 Riocentro.