Berita pilihan pengarang Astro Awani, untuk minggu bermula 28 September hingga 4 Oktober 2015.

Antara isu-isu utama minggu lalu adalah keadaan jerebu yang semakin teruk, isu penggunaan pembesar suara di masjid dan surau di Pulau Pinang, bekas Menteri Besar Selangor dipenjarakan, dan Raja Muda Selangor menjadi mangsa fitnah.

#ICYMI - In Case You Missed It (28 Sept - 4 Okt)



Isnin, 28 September: MISTERI KAPAL SELAM TERJAWAB

Kapal selam berkuasa diesel-elektrik berlabuh di Pulau Pinang.


Selasa, 29 September: CATATAN TERAKHIR KHIR TOYO

Khir Toyo dijatuhkan hukuman selama setahun

Rabu, 30 September: DEWAN DIRAJA SELANGOR NAFI

Dewan Diraja Selangor hari ini menyifatkan dakwaan itu sebagai satu pembohongan dan fitnah semata-mata.

Khamis, 1 Oktober: LARANGAN GUNA PEMBESAR SUARA DI MASJID

Keputusan larangan menggunakan pembesar suara di luar masjid dan surau kecuali untuk azan dan iqamah di Pulau Pinang akan diwartakan.

Jumaat, 2 Oktober: (VIDEO) RENUNGAN TAJAM PM ISRAEL

“Diam yang ketara. Diam yang membisukan,” tegasnya diikuti dengan merenung tajam para delegasi PBB selama kira-kira 45 saat.


KREN TUMBANG: "AYAH PERGI SOLAT",

Isteri Allahyarham Shahidan Saad, Maziatunazna Bidin @Ibrahim, 44, (kiri) bersama anak tunggalnya Muhammad Afiq Amzar, 3.

Sabtu, 3 Oktober: AWIE 'DIPAKSA' MENYANYI

Zahid Hamidi membuat kejutan dengan 'memaksa' penyanyi Kumpulan Wings, Awie, naik ke pentas menyanyi pada satu acara di Tasik Darulaman

Ahad, 4 Oktober: JEREBU: SEKOLAH DIARAH TUTUP

Menteri Pendidikan mengarahkan semua sekolah di seluruh negara kecuali Labuan, Kelantan, Sarawak dan Sabah ditutup pada Isnin dan Selasa ini ekoran keadaan jerebu yang semakin merosot

Juga berita menarik lain minggu lalu, untuk tatapan anda:

Menteri lain jangan campur tangan hal Wisma Putra - Anifah

Puteri Johor tutup akaun Instagram

Jualan gudang Vincci dibatalkan, pembeli panjat tembok

Azwan Ali salah faham lagi, maki peminat di media sosial

Guna loghat utara balas tweet, petugas Maxis dapat pujian pelanggan