LANGKAWI: Program Ruang Reka Sains, Teknologi, Inovasi dan Ekonomi (STIE) Keluarga Malaysia di sini menjadi platform untuk golongan ibu tunggal meningkatkan kemahiran dalam bidang jahitan sekali gus menambah baik sosioekonomi masing-masing.
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, ruang reka STIE Langkawi istimewa kerana kementeriannya menerusi Yayasan Inovasi Malaysia (YIM) menyediakan sudut inovasi kepada perusahaan sosial seperti Persatuan Ibu Tunggal Rekreatif dan Inovasi (Suri) bagi melatih dan membangunkan golongan itu melalui projek berasaskan jahitan.
"Uniknya ialah kita ada Suri, yang kita memberi ilmu bagaimana boleh mengembangkan bakat sedia ada atau yang belum ada untuk menggunakan sepenuhnya bahan yang digunakan dalam kawasan ini untuk dijadikan produk boleh dijual seperti beg, seluar serta baju," katanya.
Beliau berkata kepada pemberita selepas merasmikan ruang reka itu di Kompleks Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) di sini hari ini yang turut dihadiri Ketua Pegawai Eksekutif LADA Nasaruddin Abdul Muttalib.
Dr Adham berkata inovasi yang menggunakan barangan kitar semula menyumbang ke arah pengurangan bahan buangan dan secara langsung mengangkat hasrat kerajaan menjadikan Malaysia negara hijau yang mesra alam.
Beliau berkata ruang reka tersebut juga mempunyai produk inovasi sosial Flexible Silkscreen Printing Table (Flexsilk) iaitu merupakan meja cetakan baju yang ditambah baik fungsinya berbanding sedia ada di pasaran.
"Ia juga menyelesaikan masalah penggunaan ruang dan saiz yang besar dan menambah baik reka bentuk agar lebih mesra orang kurang upaya (OKU) terutama kepada golongan yang berkerusi roda dan mempunyai masalah ketinggian termasuk kanak-kanak," katanya.
Beliau berkata selain itu, masyarakat setempat berpeluang menjalankan aktiviti inovasi dengan menggunakan teknologi sedia ada seperti pencetak 3D, robotik, dron dan peralatan lain secara praktikal.
"Komuniti di kawasan Langkawi berpeluang menggunakan hab ruang reka yang menggabungkan elemen bengkel mesin, bengkel kraftangan (seni dan kraftangan) atau studio ini secara percuma.
"Orang awam, ahli akademik ataupun pelajar, syarikat pemula, Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) dan masyarakat secara keseluruhannya boleh berkongsi sumber dan pengetahuan," katanya dan menambah ruang reka STIE Langkawi itu merupakan kerjasama antara YIM, LADA dan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).
Dalam perkembangan lain, Dr Adham berkata kementeriannya akan bekerjasama dengan LADA untuk mengembalikan semula Langkawi sebagai pengeluar gamat emas asli.
"Kita telah kenal pasti tapak untuk kita bangunkan induk ibu gamat tersebut yang sebelum ini banyak terdapat di Langkawi tetapi ketika ini berkurangan.
"...kerjasama ini dilaksanakan bersama LADA, USM (Universiti Sains Malaysia), Akademi Sains Malaysia, YIM dan MOSTI (Kementerian Sains, Teknolog dan Inovasi) sebagai pemberi geran, kita akan beri geran kepada industri ini," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Aug 08 2022
Adham mendengar penerangan daripada wakil Unimap ketika mengadakan lawatan program Ruang Reka STIE di Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) hari ini. - Bernama
Titah Adendum: Menteri-menteri UMNO sedia beri kerjasama kepada Mahkamah Tinggi
Menteri-menteri yang mewakili UMNO sedia memberi kerjasama kepada Mahkamah Tinggi, jika diperlukan untuk memberikan keterangan dalam prosiding semakan berhubung Titah Adendum.
10 Berita Pilihan - (10 Januari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Sabtu – 11 Januari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Dialog Anak Muda: Bukan Sekadar Menurut Tetapi Memimpin
Kepimpinan berasaskan idealisme, semangat untuk membawa perubahan dan keinginan menolak penyelewengan. Itu ciri keistimewaan pemimpin belia yang memenuhi keperluan rakyat. Dialog Anak Muda 8.30 malam.
Tiada rakaman kejadian, kamera papan pemuka Ativa ada kesan pernah diakses - Saksi
ASP S. Dasarathan, 46, yang merupakan saksi pendakwaan ke-33 berkata ia berdasarkan laporan analisis forensik oleh ASP Nur Fairuz Idris terhadap barang kes bertanda AC5.
Dakwaan warganegara China diberi layanan istimewa tidak berasas - KP Imigresen
Dakwaan warganegara China tidak perlu melalui prosedur pemeriksaan imigresen dan tidak boleh ditahan ketika masuk ke Malaysia adalah tidak berasas, kata Ketua Pengarah Imigresen Datuk Zakaria Shaaban.
ASEAN-Malaysia 2025 [6/01/2025]
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
[TERKINI] Sidang media selepas mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO
Ikuti secara langsung sidang media selepas mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO.
Kanak-kanak autistik tujuh tahun dikhuatiri hilang terjatuh longkang
Seorang kanak-kanak lelaki autistik berusia tujuh tahun dikhuatiri hilang selepas dipercayai terjatuh ke dalam longkang berhampiran rumahnya di Taman Tunku Tabor, di sini, hari ini.
Titah Adendum: UMNO yakin Mahkamah Tinggi akan bertindak bebas, adil
UMNO yakin Mahkamah Tinggi akan bertindak bebas dan adil
untuk menilai keabsahan kewujudan Titah Adendum, jelas Setiausaha Agung UMNO, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki menerusi kenyataannya pada Jumaat.
#AWANInews
untuk menilai keabsahan kewujudan Titah Adendum, jelas Setiausaha Agung UMNO, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki menerusi kenyataannya pada Jumaat.
#AWANInews
Ibu tunggal boleh tingkat kemahiran jana pendapatan menerusi ruang reka STIE Langkawi
Masyarakat berpeluang menjalankan aktiviti inovasi dengan menggunakan teknologi seperti pencetak 3D, robotik, dron dan peralatan lain secara praktikal.