KUBANG KERIAN: Ibu mangsa lemas sungai di Al-Qanathir Al-Khairiyah, Mesir, Siti Azlina Mohamad, 46, tidak menyangka kejadian itu menimpa anaknya, Muhammad Firdaus Ab Rais.
Pelajar berusia 25 tahun jurusan Syariah, Universiti Azhar, Mesir, itu dikatakan pergi berkelah bersama 10 rakan lain di sebuah sungai pada Jumaat sebelum ditemui lemas kira-kira jam 10 pagi Sabtu.
Kejadian itu turut mengorbankan seorang lagi rakannya yang berasal dari Patani, Thailand.
Siti Azlina ketika ditemui mengakui masih terkejut dengan kejadian yang berlaku ke atas anak sulungnya itu tetapi reda dan sedang membuat persiapan untuk bertolak ke Mesir petang Ahad.
Menurutnya, kali terakhir dia bertemu Muhammad Firdaus ketika majlis perkahwinan anaknya itu tahun lalu.
"Selepas itu arwah dan isterinya pulang semula ke Mesir untuk menyambung pelajaran.
"Saya terkejut apabila menerima panggilan daripada mertua arwah Jumaat lalu kira-kira jam 11 pagi yang memaklumkan mengenai kehilangannya," katanya kepada pemberita ketika ditemui di rumahnya pada Ahad.
Menurut Siti Azlina, Muhammad Firdaus seorang anak yang baik dan peramah serta sentiasa memaklumkan kepada orang tua jika hendak melakukan sesuatu.
"Bagaimanapun, kali ini arwah tidak memberitahu saya untuk pergi berkelah di sungai itu," katanya.
Tambah Siti Azlina, jenazah Muhammad Firdaus dijangka dikebumikan pada jam 4 petang waktu Malaysia. -Sinar Harian
Sinar Harian
Mon Aug 15 2022
Muhammad Firdaus, 25, dikatakan pergi berkelah bersama 10 rakan lain di sebuah sungai pada Jumaat sebelum ditemui lemas kira-kira jam 10 pagi Sabtu. -Foto Sinar Harian
Kerja pembersihan tumpahan minyak sawit di Lebuhraya Karak selesai - LUAS
Kerja pembersihan tumpahan minyak susulan insiden kemalangan lori di Lebuhraya Karak arah Kuala Lumpur selesai dilaksanakan malam tadi.
Saham TNB: Melonjak pada sesi awal susulan cadangan tarif baharu
Saham Tenaga Nasional Bhd (TNB) melonjak pada sesi awal dagangan Jumaat selepas mengumumkan cadangan tarif baharu bagi Semenanjung Malaysia di bawah Tempoh Kawal Selia 4 (RP4).
Perdana Menteri Singapura Wong bentang Belanjawan 2025 pada 18 Feb
Belanjawan itu akan disiarkan secara langsung di televisyen dan radio.
JPJ sita lori tercabut tayar, dipercayai punca kemalangan
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah menyita lori yang mengalami tayar tercabut dan dipercayai mengakibatkan kemalangan lima kenderaan di Kilometer 204.0 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS).
Penyedia media sosial diminta segera mohon lesen operasi di Malaysia
Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching berkata tarikh akhir mengemukakan permohonan adalah sebelum atau pada 31 Dis.
AWANI Ringkas: Nahas Ayer Keroh: JPJ sita lori terlibat
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dua pelayar maut dalam perlumbaan kapal layar Sydney ke Hobart
Dua pelayar maut dalam insiden berasingan semasa perlumbaan kapal layar tahunan Sydney ke Hobart, kata penganjur pada Jumaat, lapor agensi berita Jerman dpa.
Hanya 60 peratus hasrat tercapai setakat ini - Bin Shen
Katanya, 40 peratus lagi hasratnya belum tercapai, termasuk untuk mengemudi Aaron Chia-Soh Wooi Yik meraih emas di Sukan Olimpik Paris 2024.
Kendali DAX secara haram, SC kenakan tindakan celaan terhadap Bybit
SC berkata Bybit dan Ben Zhou telah disenaraikan dalam Senarai Makluman Pelabur SC sejak Julai 2021.
Empat cedera dalam insiden tembakan dan tikaman di Lapangan Terbang Phoenix pada malam Krismas
Polis terima panggilan mengenai insiden tembakan di sebuah restoran di luar kawasan pemeriksaan keselamatan di Terminal 4 lapangan terbang.
Ibu terkejut dapat tahu anak lemas di Mesir
Kejadian itu turut mengorbankan seorang lagi rakannya yang berasal dari Patani, Thailand.