KUALA LUMPUR: Seorang wanita dan teman lelakinya mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ampang hari ini atas pertuduhan memukul anak kandung wanita itu yang berusia empat tahun hingga cedera, Mac lepas.
Suri rumah berusia 27 tahun dan kontraktor berumur 39 tahun itu membuat pengakuan berkenaan selepas pertuduhan terhadap mereka dibacakan di hadapan Hakim Azrul Darus.
Mengikut pertuduhan, wanita dan teman lelakinya didakwa memukul kanak-kanak perempuan itu hingga cedera dan tidak menghantar mangsa untuk mendapatkan rawatan di hospital.
Kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah kondominium di Jalan Kabus, Ampang, Selangor, pada kira-kira 10 malam, 18 Mac lepas dan dituduh mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang membawa hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara maksimum 20 tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Mahkamah membenarkan kedua-dua tertuduh, masing-masing diikat jamin RM8,000 dengan seorang penjamin dengan syarat tambahan mereka perlu melapor diri di balai polis berdekatan sebulan sekali dan dilarang berhubung dengan mangsa serta pengadu sehingga kes selesai.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Norhashimah Hashim manakala kedua-dua tertuduh diwakili peguam Erickka Farrise Amir.
Mahkamah menetapkan 1 Julai ini untuk sebutan semula kes.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jun 03 2021
Suri rumah berusia 27 tahun dan kontraktor berumur 39 tahun itu membuat pengakuan berkenaan selepas pertuduhan terhadap mereka dibacakan di hadapan Hakim Azrul Darus. - Gambar hiasan
AIR 2040: Integrasi agensi pacu pelbagai sektor, manfaat untuk negara
Pelan itu juga memudahkan integrasi dalam proses transformasi sektor air bagi memacu Malaysia sebagai hab utama pelbagai sektor dalam kalangan negara serantau.
London bakal menjadi ibu kota sukan wanita pada 2025 - Datuk Bandar Sadiq Khan
Final Piala Dunia Ragbi Wanita di Twickenham pada 27 Sept akan menjadi kemuncak kepada siri acara menarik yang diadakan di bandar raya itu.
Lelaki ditahan, 2 OKU mangsa pemerdagangan diselamatkan
Seorang lelaki tempatan berusia 67 tahun ditahan polis dalam operasi khas berkaitan kes pemerdagangan orang di Taman Ungku Tun Aminah, Skudai, Johor.
PJH tidak dibenarkan iklankan promosi visa mujamalah
Agensi pelancongan yang telah menerima lesen Pengelola Jemaah Haji (PJH) daripada Tabung Haji (TH) tidak dibenarkan membuat sebarang promosi berkaitan visa mujamalah atau furada semasa musim haji.
PDRM laksana OP lancar bermula hari ini hingga 2 Jan
Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman akan melaksanakan Op Lancar bermula hari ini hingga 2 Jan depan sempena musim perayaan dan cuti akhir tahun persekolahan.
Lelaki maut selepas terjun dari jambatan di Klang
Mangsa berusia 41 tahun disahkan mempunyai masalah psikiatri selain mempunyai sejarah menghidap diabetes dan darah tinggi.
Polis rampas rokok putih bernilai RM473,000
Komander Briged Tenggara PGA Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata tangkapan dan rampasan dilakukan sepasukan anggota Batalion 8 PGA pada kira-kira 1.30 pagi ketika menjalankan Op Taring Wawasan Kelantan.
Situasi COVID-19 dan influenza terkawal - KKM
Situasi COVID-19 dan influenza di Malaysia terkawal dengan tiada peningkatan kes memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) dan tiada kematian dilaporkan.
Kremlin nafi dakwaan isteri Bashar al-Assad mohon cerai
Jurucakap Kremlin Dmitry Peskov menafikan dakwaan bahawa isteri pemimpin rejim Syria yang digulingkan, Bashar al-Assad memohon cerai.
Israel pamer rampasan senjata di selatan Lubnan
Dalam kenyataan kepada media, jurucakap tentera Nadav Shoshani menyatakan bahawa banyak senjata tersebut berasal dari Iran dan dibawa melalui Syria.
Bapa tidak mengaku bersalah rogol anak kandung
Seorang lelaki dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini pada Khamis atas pertuduhan merogol anak kandungnya pada November tahun lalu.
Niat pukul supaya lumpuh, bapa tak sengaja sebabkan kematian anak
Seorang bapa di Semarang, Indonesia berhadapan hukuman penjara selepas tidak sedar anak yang dipukul telah meninggal dunia.
Polis tahan lelaki tumbuk isteri, anak selepas dirakam bawa balik teman wanita
Seorang isteri cedera ditumbuk suaminya selepas cuba merakam perbuatan lelaki itu membawa masuk wanita lain ke dalam bilik tidur mereka di sebuah rumah di Taman Desa Pauh, Pauh, di Arau.
Duda mengaku bersalah pukul anak 12 tahun
Seorang lelaki mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Gerik pada Selasa atas tuduhan mencederakan anak kandungnya yang berusia 12 tahun di Kampung Perah, minggu lalu.
Bapa tumbuk, tendang, libas dengan parang anak sambut hari lahir ke-12
Polis menahan seorang lelaki tempatan berusia 37 tahun yang dipercayai memukul anak kandungnya yang berusia 12 tahun di Kampung Perah, di sini, petang semalam.
Belasah isteri, anak kerana tidak dibelikan rokok, penganggur dipenjara 9 tahun
Penganggur dijatuhi hukuman penjara sembilan tahun kerana bersalah pukul isteri dan anak.
Lelaki ditahan bantu siasatan dera isteri dan sembilan anak
Polis menahan seorang lelaki bagi membantu siasatan berhubung dakwaan dera membabitkan isteri dan sembilan anaknya dalam kejadian di daerah Timur Laut, di sini, baru-baru ini.
Ibu, teman lelaki didakwa pukul anak hingga cedera
Seorang wanita dan teman lelakinya mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ampang hari ini atas pertuduhan memukul anak kandung wanita itu yang berusia empat tahun hingga cedera, Mac lepas.
Pukul anak kerana makanan dibekalkan untuk jamuan tidak dijamah
Suspek yang berusia 47 tahun dipercayai marah apabila mengetahui makanan tersebut tidak disentuh murid dan guru.
Tergamak pukul anak sampai mati!
Mangsa, Anthony Bunn, berusia dua tahun turut dipukul oleh teman lelaki ibunya atas kesalahan sama.