Anak sulung salah seorang mangsa kemalangan maut di Jalan Raya Timur Barat, Gerik-Jeli menceritakan kelakuan pelik ibunya.
"Ibu sediakan makan untuk saya tiap-tiap hari dalam seminggu ni. Benda tu memang dia jarang buatlah, kalau saya tak mahu makan pun dia bungkus," kata Muhd Rohaizad Azizan, 32 tahun.
Rohaizad adalah anak sulung kepada Allahyarham Wan Teh Abdul Aziz, 54, yang maut dalam kemalangan di KM45.4, Jalan Raya Timur Barat (JRTB) Gerik-Jeli dekat sini tengah hari semalam membabitkan kereta Audi, Nissan Frontier dan Perodua Kenari.
Kemalangan pukul 1 tengah hari itu turut mengorbankan adiknya Muhammad Khairul Khawrizmie Azizan, 17, serta dua lagi mangsa yang menaiki Nissan Frontier.
BACA: Empat maut dalam kemalangan tiga kenderaan di Gerik
Rohaizad yang ditemui di pekarangan Unit Forensik Hospital Gerik malam tadi berkata, ibu dan ayahnya, Azizan Desa, 60, pergi ke Kelantan bersama seorang lagi adiknya Nurul Khairulnissa Azizan, 19, untuk menghadiri kenduri kahwin dengan menaiki kereta Audi yang dipandu ayahnya.
Katanya, kali terakhir dia berjumpa ibu dan adik bongsu pada Khamis lalu dan tidak sempat bertemu mereka sebelum bertolak ke Kelantan kerana pergi bercuti bersama anak dan isterinya.
"Kira-kira jam 2 petang Ahad saya mendapat panggilan telefon daripada individu memaklumkan keluarga saya terbabit kemalangan sebelum bergegas ke Hospital Gerik dan tiba kira-kira jam 6 petang.
"Saya dimaklumkan oleh adik perempuan yang terselamat, ayah sedar sepanjang kejadian berlaku sehinggalah dirawat di hospital dan diberi ubat penenang kerana dipercayai mengalami pendarahan dalaman serta terpaksa dipindahkan ke Hospital Taiping," katanya.
Menurutnya, walaupun sedih kehilangan ibu yang memang rapat serta adik bongsunya, dia redha dengan apa yang berlaku.
Rohaizat memberitahu, jenazah ibu dan adiknya itu akan dikebumikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Taman Kelisa Ria, Sungai Petani, Kedah berhampiran dengan kediaman ibu bapanya itu di Bandar Perdana.
Abd Razak Mohd Ali
Sun Feb 18 2018
!['Ibu sedia makanan sejak seminggu lalu' - Anak mangsa kemalangan 'Ibu sedia makanan sejak seminggu lalu' - Anak mangsa kemalangan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-02/41518949293_Kemalangan.jpg)
Kemalangan melibatkan kenderaan jenis Audi, Perodua Kenari dan pacuan empat roda Isuzu D-Max. - PDRM
Menteri Luar ASEAN tegaskan sokongan terhadap hak Palestin
Menteri-menteri Luar ASEAN menegaskan sokongan berterusan terhadap hak rakyat Palestin yang tidak boleh dinafikan, termasuk hak menentukan nasib sendiri serta tanah air mereka.
Anwar cadang Turkiye sebagai rakan dialog ASEAN
Malaysia selaku pengerusi ASEAN mencadangkan agar Turkiye dimasukkan sebagai Rakan Dialog ASEAN.
Brazil tidak mahu mula perang dagang dengan Amerika Syarikat
Menteri Hubungan Institusi Brazil, Alexandre Padilha berkata, negaranya sentiasa komited untuk mengukuhkan perdagangan bebas di peringkat global.
Tarif terhadap keluli Mexico tidak munasabah
Menteri Ekonomi Mexico, Marcelo Ebrard berkata, negaranya mengimport lebih banyak keluli dari Amerika Syarikat berbanding mengeksport komoditi itu.
![Program Jom Masuk U 2025 bermula 22 Feb - KPT Program Jom Masuk U 2025 bermula 22 Feb - KPT](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739353845_KementerianPengajia.jpg)
Program Jom Masuk U 2025 bermula 22 Feb - KPT
Program Jom Masuk U 2025 (JMU 2025) bakal memulakan siri jelajah ke 10 zon di seluruh negara bermula pada 22 Feb hingga 18 Mei depan.
Harga minyak mentah menurun susulan lebihan simpanan di AS
Harga komoditi itu turut menerima tekanan menurun akibat kebimbangan mengenai tarif perdagangan yang dilaksanakan pentadbiran Presiden Donald Trump.
Sarawak mesti berkuasa dalam pengagihan sumber minyak dan gas - Abang Jo
Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, ini walaupun kerajaan negeri telah bersetuju untuk mengiktiraf Akta Pembangunan Petroleum Malaysia 1974 yang memberikan kuasa itu kepada Petronas sebelum ini.
Perdagangan Malaysia melonjak 5.5 peratus pada 2024
Perdagangan borong dan runcit negara meningkat kepada RM1.77 trilion tahun lalu, didorong oleh permintaan kukuh, kestabilan persekitaran ekonomi dan aktiviti pelancongan yang meningkat.
Pengambilalihan muktamad, Maswings kini dikenali AirBorneo
Entiti baharu penerbangan Sarawak yang diambil alih daripada Maswings Sdn Bhd akan dikenali sebagai AirBorneo.
Premium insurans: PAC adakan sesi pendengaran awam
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) bersedia untuk mengadakan sesi pendengaran awam berhubung kenaikan premium insurans kesihatan/takaful, dan caj hospital swasta.
Pengerusinya Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, ia merupakan sebahagian daripada usaha PAC untuk membantu kerajaan merangka reformasi penjagaan kesihatan.
Pengerusinya Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, ia merupakan sebahagian daripada usaha PAC untuk membantu kerajaan merangka reformasi penjagaan kesihatan.
![Tragedi mandi sungai: Mayat Nur Arina ditemui 7 kilometer dari lokasi hilang Tragedi mandi sungai: Mayat Nur Arina ditemui 7 kilometer dari lokasi hilang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/61732015558_MayatNurArina.jpg)
Tragedi mandi sungai: Mayat Nur Arina ditemui 7 kilometer dari lokasi hilang
Mayat seorang wanita yang hilang dihanyutkan arus semasa mandi-manda bersama ahli keluarganya di Sungai Air Beruk, Jalan Padang Setang, Kampung Kerunai di Gerik pada petang Ahad ditemui hari ini.
![Anak dikhuatiri lemas, ibu selamat ketika mandi sungai di Gerik Anak dikhuatiri lemas, ibu selamat ketika mandi sungai di Gerik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/71731879536_bombalemasmandi.jpg)
Anak dikhuatiri lemas, ibu selamat ketika mandi sungai di Gerik
Nur Arina dipercayai hanyut dibawa arus deras manakala ibunya diselamatkan orang awam dan dibawa naik ke tebing sebelum bomba tiba.
![Polis tahan dua lelaki babit kes remaja dirogol, mengandung Polis tahan dua lelaki babit kes remaja dirogol, mengandung](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/51703147857_TBLOGOPOLISGENERIC.jpg)
Polis tahan dua lelaki babit kes remaja dirogol, mengandung
Hasil pemeriksaan lanjut dari pihak Klinik Kesihatan Lenggong, mangsa disahkan mengandung.
![Kastam rampas rokok seludup bernilai RM2.1 juta Kastam rampas rokok seludup bernilai RM2.1 juta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51720424903_OperasiDarat.jpg)
Kastam rampas rokok seludup bernilai RM2.1 juta
Kastam Kelantan merampas sebanyak 3.2 juta rokok seludup dianggarkan bernilai RM2.1 juta dalam operasi darat pada 29 Jun hingga 5 Julai lepas.
![10 cedera, dua selamat dalam kemalangan libat tiga kereta 10 cedera, dua selamat dalam kemalangan libat tiga kereta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81719758388_nahaslibattigaker.jpg)
10 cedera, dua selamat dalam kemalangan libat tiga kereta
Sebanyak 10 individu cedera manakala dua selamat dalam kemalangan melibatkan tiga kereta di kawasan Batu Melintang menghala ke Bukit Gerik, Jeli, petang tadi.
![Orang Asli maut dipijak gajah di Gerik Orang Asli maut dipijak gajah di Gerik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81719210747_TBGajahJERTIHPer.jpg)
Orang Asli maut dipijak gajah di Gerik
Seorang lelaki Orang Asli maut, dipercayai dipijak seekor gajah di kawasan kebun getah Kampung Lerlar, Rancangan Penempatan Semula (RPS) Kemar, dekat Gerik, petang semalam.
![Tak puas hati pembahagian harta, lelaki ugut keluarga ditahan Tak puas hati pembahagian harta, lelaki ugut keluarga ditahan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51717488389_HandcuffGari.jpg)
Tak puas hati pembahagian harta, lelaki ugut keluarga ditahan
Polis Daerah Gerik menerima laporan berhubung perbuatan khianat dan ugut itu pada awal pagi Rabu, sebelum melakukan penahanan.
![Perhilitan selamatkan gajah jatuh longkang Perhilitan selamatkan gajah jatuh longkang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/51716004776_GajahJatuh.jpg)
Perhilitan selamatkan gajah jatuh longkang
Perhilitan Perak berjaya menyelamatkan seekor gajah betina yang jatuh longkang di Batu 11, Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) berhampiran Tugu Peringatan JRTB di sini pada Jumaat.
![Gerik kembali ceria selepas sedekad muram Gerik kembali ceria selepas sedekad muram](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/71705451215_muraltematempatan.jpg)
Gerik kembali ceria selepas sedekad muram
Gerik bukan lagi pekan mati, mural tema tempatan ceriakan suasana sempena Tahun Melawat Perak 2024.
![Dua lelaki maut kereta bertembung treler Dua lelaki maut kereta bertembung treler](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2015-09/41442737822_kemalangan.jpg)
Dua lelaki maut kereta bertembung treler
Dua lelaki maut selepas kereta yang dinaiki bertembung dengan treler membawa muatan habuk kayu di Kilometer 20 Lebuhraya Timur Barat membabitkan laluan Tasik Banding menghala Gerik hari ini.