KUALA LUMPUR: Seorang ibu tidak dapat menahan sebak apabila pasukan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) menahan dua anak dan seorang menantunya di rumah mereka di Desa Tasik, Sungai Besi di sini pada Khamis kerana terlibat dengan dadah.
Ketua Pegawai AADK Daerah Cheras, Mohd Ridhwan Mohd Rodzmi berkata, serbuan dilakukan kira-kira jam 10 malam ketika kesemua mereka sedang leka menghisap dadah.
Beliau berkata, kesemua yang diberkas berumur 27 hingga 38 tahun.
"Ketika serbuan dilakukan, ibu suspek yang menghidap kencing manis kronik tidak dapat menahan sebak apabila pasukan AADK menahan ketiga-tiga mereka di rumah," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.
Beliau berkata, dalam operasi sama, pihaknya turut menahan beberapa lagi individu yang dipercayai terbabit dalam penyalahgunaan dadah.
"Kita turut merampas dadah disyaki syabu seberat 0.4 gram dan menahan dua suspek kerana dipercayai memproses serta menjual air ketum di kedai memproses santan kelapa di Taman Ikan Emas, Cheras.
"Sebanyak 40 bungkus plastik lut sinar berisi cecair yang dipercayai mengandungi air ketum dengan anggaran 15.1 liter turut dirampas," kata beliau.
Menurutnya, kesemua suspek diserahkan kepada Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah Cheras.
"Kes disiasat mengikut Seksyen 30(3) Akta Racun 1952 serta Seksyen 3(1) Akta Penagih Dadah 1983 (Rawatan dan Pemulihan) Pindaan 1998," katanya.
Berita asal: Ibu sebak lihat anak, menantu ditahan kerana dadah
Sinar Harian
Fri Apr 30 2021

Antara suspek yang ditahan AADK dalam serbuan yang dilakukan di Sungai Besi, Kuala Lumpur pada Khamis. -Foto Sinar Harian
Penganggur mengaku tak bersalah pandu melulu
Seorang penganggur mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada Jumaat atas pertuduhan memandu kereta secara berbahaya, yang boleh menyebabkan kematian dalam kejadian langgar lari membabitkan dua kenderaan pada Januari lepas.
Rogol pembantu klinik, doktor minta dibicarakan
: Seorang Dr mengaku tidak bersalah atas dakwaan merogol dan melakukan persetubuhan luar tabii
Tangan yang memberi lebih baik daripada yang menerima
Temu bual bersama Pensyarah Klinikal Pakar Bedah Mulut, Dr Nor Azura Ahmad Tarmidzi mengenai program USIM Living Lab di Jalan Belia, Chow Kit Kuala Lumpur.
Rampasan terbesar dalam sejarah, syabu RM1.06 bilion ke Australia tumpas
Malaysia merekodkan rampasan terbesar dalam sejarah selepas 33.2 tan methamphetamine bernilai RM1.06 bilion dirampas di West Port, Pelabuhan Klang, Selangor pada 25 Januari lalu.
USIM datang bawa kepakaran kepada golongan memerlukan
Temu bual bersama Pengerusi Food For Gelandangan, Noor Arjuna Abdul Ghani dan Ketua Komunikasi WTCKL mengenai program Infaq Kasih dan USIM Living Lab di Jalan Belia, Chow Kit Kuala Lumpur.
RM2.243 bilion untuk tebatan banjir, muara sungai di Terengganu
Sebanyak RM2.243 bilion diperuntukkan untuk pelbagai projek tebatan banjir dan pemuliharaan sungai serta hakisan pantai di Terengganu, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Jumlah mangsa di Johor melebihi 12,000 orang
Jumlah mangsa banjir di Johor meningkat kepada lebih 12,000 orang setakat malam tadi, dengan Batu Pahat menjadi daerah terbaru yang terjejas dengan bencana itu.
Kerajaan salur RM50.61 bantu mangsa di Johor
Kerajaan Persekutuan menerusi Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) menyalurkan dana sebanyak RM50.61 juta untuk membantu mangsa banjir di Johor.

Lapangan Terbang Heathrow London kekal ditutup sehingga tengah malam Jumaat
Lapangan Terbang Heathrow London kekal ditutup sehingga tengah malam Jumaat susulan "gangguan bekalan elektrik yang serius" akibat kebakaran di sebuah pencawang elektrik berhampiran.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 21 Mac 2025.

Ibu sebak lihat anak, menantu ditahan ketika leka ambil dadah
Serbuan dilakukan kira-kira jam 10 malam ketika kesemua mereka sedang leka menghisap dadah.