Seorang suri rumah mengharapkan sumbangan orang ramai bagi meringankan beban ditanggung setelah anak lelakinya berusia tiga tahun disahkan menghidap kanser Neuroblastoma (kanser berkaitan saraf) sejak April lepas.
Nor Asnah Asmo, 36, berkata sejak mengetahui Muhammad Muazzudin Mohd Hayat menghidap kanser tahap empat itu, kehidupannya bersama suami Mohd Hayat Mohd Abdullah, 36, turut berubah kerana perlu memberi perhatian sepenuhnya kepada anaknya itu selain empat lagi anak berusia lima hingga 12 tahun.
"Sebelum ini, suami bekerja pemandu bas di Kuala Lumpur dengan pendapatan kira-kira RM1,500 sebulan, namun selepas Muaz (panggilan Muhammad Muazzudin) jatuh sakit, kami putus pendapatan apabila suami terpaksa ambil cuti tanpa gaji sejak Mei lalu.
"Suami mengambil keputusan tersebut kerana perlu membawa anak kami berulang-alik ke Hospital Pulau Pinang dan Hospital Sultanah Bahiyah mendapatkan rawatan menyebabkan kami putus pendapatan dan kini bergantung sumbangan saudara-mara dan penduduk setempat," katanya ketika ditemui pemberita di rumahnya di Jitra dekat sini hari ini.
Menurut Nor Asnah kehidupan mereka makin terhimpit apabila memerlukan belanja antara RM200 hingga RM300 sebulan untuk rawatan anaknya itu selain perbelanjaan lain ketika anaknya di masukkan ke wad beberapa hari.
"Setiap bulan, tiga atau empat kali kami berulang ke HPP dan HSB untuk buat pemeriksaan darah dan sekiranya keadaannya tidak memuaskan, dia ditahan di wad sehingga beberapa hari dan memakan kos," katanya yang mengharapkan anaknya itu sembuh dan menjalani kehidupan seperti kanak-kanak lain.
Nor Asnah berkata dia tidak lagi sanggup melihat anaknya itu menanggung kesakitan ketika sukar untuk membuang air kecil dan besar.
"Saya juga tidak lagi sanggup melihat Muaz terlantar selepas lumpuh dari paras pinggang hingga kaki akibat penyakit itu, biarpun sudah menjalani rawatan termasuk menjalani lapan kali sesi kimoterapi sebelum ini.
"Saya rindukan Muaz seperti dulu yang ceria dan aktif," katanya yang sebak apabila memaklumkan anaknya mempunyai peluang 20 peratus untuk sembuh kerana sel kanser telah mula menyerang ke bahagian organ lain terutama sekali tulang belakang.
Sementara itu, nasib yang menimpa Muhammad Muazzudin mendapat perhatian Pengasas Cancer Survivors Malaysia Zuraini Kamal yang menziarahi kanak-kanak itu di rumahnya selain turut menyerahkan bantuan makanan keperluan, lampin pakai buang, susu dan wang tunai.
"Harapan saya agar ada pihak korporat dapat membantu menyumbang sedikit bantuan kerana keluarga ini hilang pendapatan dan berharap duit zakat sebanyak RM2,500 yang diterima baru-baru ini sahaja," katanya.
Orang ramai yang ingin membantu Muhammad Muazzudin boleh menyalurkan terus ke akaun Maybank Nor Asnah 164061742144 atau menghubunginya di talian 017-3856338 atau Mohd Hayat (suami) di nombor 017-3089673.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Sep 21 2019
Nor Asnah memeriksa ubat pada Muhammad Muazzudin yang terlantar akibat menghidap kanser Neuroplastoma tahap empat di rumah mereka di Kampung Telok Nibong, di Jitra, 21 Sept, 2019. --fotoBERNAMA
NASA lakar sejarah terbang paling hampir kepada matahari
Peneroka Parker Solar milik NASA mencipta sejarah pada Selasa apabila menjadi kapal angkasa pertama yang terbang paling dekat dengan matahari.
Presiden AS Biden tandatangani 50 RUU malam Krismas
Antara undang-undang baharu itu ialah Akta Hentikan Penyalahgunaan Institusi Kanak-Kanak yang diperjuangkan oleh selebriti Paris Hilton.
Enam disenarai individu dikehendaki polis Hong Kong
Enam individu disenaraikan sebagai individu dikehendaki polis Hong Kong kerana disyaki melanggar undang-undang keselamatan negara itu.
Yeoh Kay Bin diumum ketua jurulatih baharu team LZJ
Pasukan Lee Zii Jia (Team LZJ) mengumumkan bekas pemain badminton negara Yeoh Kay Bin sebagai ketua jurulatih baharu pasukan itu.
PGA tumpas aktiviti pemerdagangan orang di Pasir Mas
Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Tenggara menumpaskan kegiatan pemerdagangan orang membabitkan enam pendatang tanpa izin menerusi Op Nyah II di Kampung Barol Pial di Rantau Panjang, Pasir Mas semalam.
12 kontena misi bantuan MAPIM berjaya masuk ke Gaza
Menerusi satu kenyataan media pada Rabu, beliau berkata, fasa pertama berjaya dengan 12 kontena manakala pihaknya sedang mengusahakan fasa kedua dan ketiga untuk mencukupkan sasaran 100 kontena untuk Gaza.
25 pemandu bas ekspres, persiaran dikesan pandu seorang diri
Sebanyak 25 bas ekspres dan persiaran dikesan beroperasi dengan hanya seorang pemandu bagi perjalanan jarak jauh dalam operasi yang diadakan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pulau Pinang di tiga plaza tol di negeri itu, pada Selasa.
Masih terlalu awal klasifikasikan punca insiden
Siasatan mengenai nahas pesawat di Kazakhstan sedang dijalankan dan pada masa ini masih terlalu awal mengklasifikasikan kes tersebut.
Kesemua 28 mangsa terselamat dirawat di hospital berhampiran
Kementerian Situasi Kecemasan Kazakhstan pada rabu mengesahkan kesemua 28 mangsa yang terselamat termasuk dua kanak-kanak dalam nahas kapal terbang Embraer 190, sedang dirawat di hospital berhampiran.
Selain itu pihak berkuasa tempatan juga memaklumkan suruhanjaya kerajaan telah ditubuhkan untuk membuat siasatan terperinci berhubung punca kemalangan.
Selain itu pihak berkuasa tempatan juga memaklumkan suruhanjaya kerajaan telah ditubuhkan untuk membuat siasatan terperinci berhubung punca kemalangan.
Azerbaijan Airlines terhempas, Vladimir Putin ucap takziah
Menurut jurucakap Kremlin, Dmitry Peskov, pihaknya sangat bersimpati dengan mereka yang terkesan serta mendoakan pemulihan segera kepada semua mangsa yang terselamat.
Bunuh isteri, anak selepas diminta pergi kerja
Motif pembunuhan dipercayai berpunca daripada 'perang mulut' antara mangsa dan suspek.
Bapa, anak maut dalam kemalangan berantai
Seorang bapa bersama anak lelakinya maut dalam kemalangan berantai melibatkan empat kenderaan di Jalan Taman Siniawan Bau, hari ini.
KPT salur bantuan pendidikan, pengecualian yuran IPT anak mangsa nahas helikopter
KPT melalui PTPTN akan menyalurkan sebanyak RM1,000 seorang kepada 21 anak mangsa nahas dua helikopter yang terhempas di Lumut.
Anak pasangan suami isteri maut kemalangan di JRTB meninggal dunia
Mangsa meninggal dunia ketika dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh.
Wanita direman beri projek sekolah pada syarikat anak
Perintah tahanan reman sehingga Isnin depan terhadap suspek wanita berusia 54 tahun itu dikeluarkan Majistret Khairunisak Hassni.
Pasangan buta berjaya didik lapan anak
Sara bersyukur empat daripada lapan anaknya mendapat pendidikan sehingga ke peringkat universiti dan mempunyai pekerjaan yang baik.
'Daddy' pesan sentiasa buat baik kepada semua orang - Anak Azraai Khor
Arwah sentiasa berpesan kepada mereka tiga beradik supaya sentiasa buat baik dengan semua orang dan merendah diri.
Neymar mahu model Brazil buat ujian DNA anak
Neymar menuntut satu ujian DNA dilakukan selepas seorang wanita mendakwa sedang mengandungkan anaknya.
Beri anak makan makanan harian ini untuk mudah fokus, kuat ingatan
Tujuh makanan ini antara yang disyorkan sebagai makanan harian dan wajib ada di rumah.
7 tahun bercinta, Mariah Carey, Bryan Tanaka berpisah sebab anak?
7 Tahun Bercinta, Mariah Carey & Bryan Tanaka Ambil Keputusan Berpisah Hanya Sebab Anak?