MARAN: Hati ibu mana yang tidak bersedih apabila anak kandung yang ditatang bagai minyak yang penuh kini hilang tanpa berita.
Ibu tunggal Norhaslinda Fazzlin Abd Malek, 40, merayu agar anak gadisnya, Aina Mariesya Muhd Sukri, 15, yang menghilangkan diri lebih sebulan lalu pulang ke rumah mereka di Felda Anggerik Jengka 01, di sini.
Norhaslinda Fazzlin berkata, sebelum kejadian, tiada perbalahan antara mereka malah sikap anaknya itu normal seperti hari-hari lain malah tiada yang perubahan sikap.
"'Mak, nak keluar kejap, orang dah siap kerja'. Itulah yang dia cakap sebelum keluar rumah pada petang kejadian tu (11 Julai).
"Dan itulah kali terakhir saya melihat anak saya sejak dia keluar dari rumah.
"Saya cuba menghubungi anak saya melalui WhatsApp selepas dia lewat pulang ke rumah, tetapi tiada respons.
"Banyak kali saya cuba, sehinggalah saya dapati nombor itu tidak lagi aktif," katanya.
Norhaslinda Fazzlin berkata, anak keempat daripada enam beradik itu, keluar rumah pada jam 5 petang pada 11 Julai lalu.
Bimbang dengan keselamatan Aina Mariesya, Norhaslinda Fazzlin telah membuat laporan polis pada keesokan hatinya (12 Julai lalu) di Balai Polis Maran.
Katanya, anaknya memakai kemeja-T lengan panjang berwarna merah dan seluar berwarna hitam semasa keluar dari rumah pada petang itu dan menunggang motosikal abangnya ke rumah rakan berdekatan.
Bagaimanapun, rakan Aina Mariesya memberitahu, anaknya itu kemudian dilihat menaiki sebuah kenderaan pacuan empat roda berwarna merah ke destinasi yang tidak diketahui.
Kata Norhaslinda Fazzlin, dia dan ahli keluarga kini giat melakukan pencarian dengan menyebarkan maklumat mengenai anaknya itu melalui media sosial setelah mendapat kebenaran daripada pihak polis.
"Saya tidak mahu fikir perkara negatif. Saya hanya mahu anak saya selamat pulang ke rumah. Itu sahaja.
"Kepada orang ramai yang pernah ternampak atau mempunyai maklumat mengenai anak saya, boleh menghubungi talian 013-5005460," katanya atau mana-mana balai polis berdekatan.
Azee Shafy
Tue Aug 30 2022

Norhaslinda Fazzlin merayu agar anak gadisnya Aina Mariesya Muhd Sukri (gambar) segera pulang ke pangkuan keluarga. - Foto Facebook

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Ibu minta bantuan orang ramai untuk cari anak hilang
Sehari selepas menghilangkan diri, Nur Fatihah Rodzi menghubungi ibunya dan meminta agar tidak mencarinya lagi.