LANGKAWI: Seorang wanita yang juga peniaga kedai makan maut manakala anaknya parah selepas motosikal yang mereka naiki dirempuh sebuah kereta dalam kemalangan di Jalan Bukit Malut, di sini, hari ini.
Ketua Polis Daerah Langkawi, Asisten Komisioner Shariman Ashari berkata, dalam kejadian jam 7.45 pagi itu, mangsa, Fodilah Kadir, 57, maut di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah di kepala dan badan.
Manakala, anaknya Mohamad Zaki Ahmad Nizat, 25, parah dan patah kaki kanan.
“Siasatan awal dapati motosikal dinaiki kedua-dua mangsa datang dari arah Kuah ke Bukit Malut manakala kereta yang dipandu seorang lelaki dari arah Temonyong ke arah Kuah dan sebaik tiba di Jalan Bukit Malut, pemandu kereta itu dipercayai hilang kawalan dan masuk ke laluan bertentangan lalu merempuh motosikal yang dinaiki dua beranak terbabit.
“Akibat rempuhan kuat, penunggang dan pembonceng motosikal terbabit tercampak ke hutan semak di sebelah kiri jalan.
“Pembonceng disahkan maut ditempat kejadian oleh pegawai perubatan yang tiba,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini.
Menurut Shariman, mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Sultanah Maliha (HSM) dan mangsa yang cedera turut dibawa ke hospital sama untuk rawatan lanjut.
Jelasnya, hasil ujian nafas ke atas pemandu lelaki berusia 38 tahun warganegara India, bekerja sebagai jurutera IT di Singapura, didapati negatif alkohol.
Pemandu kereta itu telah direman selama dua hari bermula hari ini.
Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.
Adie Sufian Zulkefli
Thu Jan 26 2023
Akibat rempuhan kuat, penunggang dan pembonceng motosikal terbabit tercampak ke hutan semak di sebelah kiri jalan.
50 pesakit dari Gaza masuk Mesir melalui pintu sempadan Rafah untuk rawatan
Mereka merupakan kumpulan pertama pesakit Gaza yang memasuki Mesir melalui pintu masuk itu bagi mendapatkan rawatan perubatan sejak Mei tahun lepas.
1.5 juta penganut Hindu dijangka banjiri P. Pinang sempena Thaipusam
Semua pihak terutama kuil dan jawatankuasa yang terlibat sempena perayaan itu sedang melakukan persiapan rapi.
Pembelian 30 pesawat pejuang dari Kuwait dimuktamad tahun ini - Adly
Perkara itu dimuktamad selepas semua dokumentasi antara Kuwait Air Force (KAF) dan Amerika Syarikat diselesaikan dalam masa terdekat.
India umum langkah belanjawan pacu pertumbuhan ekonomi, tingkat perbelanjaan ketenteraan
Ekonomi India dijangka berkembang pada kadar 6.4 peratus bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac 2026.
Pulau Pinang terus jadi tumpuan pelancong pada musim cuti
Kedai-kedai nasi kandar di Jalan Gurdwara dan Jalan Datuk Keramat serta cendol dan air sarbat di Jalan Penang di sini menjadi tumpuan pelancong.
Muzium Nasional Hangeul di Seoul terbakar, seorang anggota bomba cedera
Ketika kejadian, muzium berkenaan ditutup kepada orang ramai bagi kerja-kerja pembesaran.
Industri seks bukan produk pelancongan direstui kerajaan Thailand
Sebaliknya, kerajaan negara gajah putih itu lebih berminat menawarkan produk pelancongan berkaitan sejarah, budaya, warisan serta tempat-tempat menarik kepada pelancong asing.
Gencatan senjata: 32 rakyat Palestin dari Tebing Barat dibebaskan
Ramai daripada tahanan yang dibebaskan dilihat berada dalam keadaan kesihatan yang lemah, dengan ada yang hampir tidak dapat berjalan.
Pelaksanaan gaji RM1,700 perlu dipantau secara holistik
Presiden Majlis Rangkaian Kesatuan Sekerja Antarabangsa Malaysia, Datuk Mohamed Shafie BP Mammal, ini kerana masih wujud aduan daripada pekerja berhubung pemotongan elaun oleh syarikat selepas pengumuman kerajaan mengenai gaji minimum.
Menteri luar negara arab tolak cadangan Trump
Para menteri luar negara Arab pada Sabtu menolak cadangan pemindahan warga Palestin dari tanah mereka dengan apa juga alasan.
Ibu maut selepas pulang jemput anak dari asrama
Seorang ibu maut manakala dua anaknya selamat selepas Proton Exora bertembung dengan Perodua Alza di Jalandhar berhampiran simpang Felda Air Tawar 1, Jalan Kota Tinggi-Sungai Rengit.
Ibu maut, anak tercampak kereta dilanggar dari belakang
Seorang wanita maut sementara anak lelakinya berusia dua tahun tercampak dari kereta dalam nahas dua kenderaan di Kilometer 291.3 PLUS arah selatan berhampiran RTC Gopeng.
Ibu maut, anak parah motosikal dirempuh kereta dipandu pelancong asing
Akibat rempuhan kuat, penunggang dan pembonceng motosikal terbabit tercampak ke hutan semak di sebelah kiri jalan.
Ibu maut, dua anak cedera kereta bertembung
Seorang wanita maut manakala empat lagi termasuk dua anaknya cedera dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Jalan Segamat-Kuantan hari ini.
Ibu maut, anak cedera motosikal dilanggar SUV
Kemalangan kira-kira jam 11.30 pagi itu mengakibatkan mangsa yang berusia 52 tahun itu meninggal dunia ketika sedang dirawat di Hospital Gua Musang.
Ibu maut, bayi cedera, kereta terbabas di Lebuhraya Utara-Selatan
Dua lagi anaknya, Nur Jannatul Husna, 6, dan Muhammad Iman Rizky, 3, tidak mengalami kecederaan.
Ibu maut dibunuh anak sendiri
Dalam kejadian pada Jumaat, mangsa yang berusia 90 tahun dibunuh anak perempuannya berusia 53 tahun.