MELAKA: Polis menahan seorang wanita dan teman lelakinya kerana dipercayai mendera anak kandungnya berusia lima tahun sehingga mengalami kecederaan di beberapa bahagian badan, di sini semalam.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Melaka, Asisten Komisioner Mohd Sukri Kaman berkata, kejadian berkenaan dikesan selepas pihak polis menerima panggilan daripada orang awam, kira-kira jam 9.25 malam Sabtu.
Katanya, kanak-kanak perempuan yang kini sedang menerima rawatan di Hospital Melaka itu dipercayai dipukul dengan menggunakan tangan dan tali pinggang oleh kedua-dua suspek.
“Selepas menerima maklumat, Bahagian (D11) Siasatan Seksual Wanita dan Kanak-Kanak Jabatan Siasatan Jenayah Kontinjen Melaka telah pergi ke tempat kejadian dan berjaya menyelamatkan mangsa iaitu kanak-kanak berumur lima tahun.
“Hasil siasatan awal mendapati terdapat beberapa kesan kecederaan pada bahagian tubuh badannya dipercayai dipukul oleh ibu kandung dan teman lelakinya,” katanya dalam kenyataan di sini.
Ujar Sukri, suspek lelaki berusia 38 tahun itu ditahan di perkarangan Balai Polis Bandar Hilir manakala ibu kandung berusia 30 tahun dicekup di rumahnya di Bandar Hilir tengah malam tadi.
Katanya, seorang lagi anak suspek berusia setahun tidak mengalami sebarang kecederaan dan kedua-dua mereka telah direman selama tujuh hari sehingga 21 Ogos ini.
“Polis Melaka memandang serius ke atas kes-kes jenayah teruatamanya kes yang melibatkan kanak- kanak dan akan mengambil tindakan tegas ke atas individu yang terlibat.
“Kes disiasat di bawah Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-kanak 2001 yang mana jika disabitkan kesalahan suspek boleh didenda tidak melebihi RM 20,000 atau penjara sehingga 10 tahun atau kedua-duanya,” tambahnya.
Shuhada Abdul Kadir
Sun Aug 15 2021

Kanak-kanak perempuan yang kini sedang menerima rawatan di Hospital Melaka itu dipercayai dipukul dengan menggunakan tangan dan tali pinggang oleh kedua-dua suspek. - Gambar hiasan

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Tidak bekerja bukan alasan untuk bertahan didera suami - Pakar
Apabila berlaku kes sebegini, masyarakat melontarkan pertanyaan mengapa si isteri tidak bertindak keluar dari rumah dan membebaskan dirinya?

Ibu dan teman lelaki disyaki dera kanak-kanak berusia tujuh tahun hingga mati ditahan
Seorang wanita dan teman lelakinya ditahan kerana disyaki mendera seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun sehingga meninggal dunia di sebuah rumah di Taman Bukit Ampang dekat sini semalam.

Tiada unsur dera bayi lemas dalam selimut di rumah pengasuh - Polis
Pemeriksaan yang dilakukan terhadap bayi terbabit tidak menemukan sebarang unsur penderaan atau kecederaan fizikal ditemui pada tubuh mangsa.

"Pelatih perlu tahan lasak, alasan tidak masuk akal untuk budayakan buli" - SUHAKAM
"Kita anggap ini satu penderaan dan menyebabkan gangguan (fizikal dan mental). Gurauan apa sehingga menyebabkan kematian?"

KPT bakal bincang dengan Mindef bagi tangani salah laku di UPNM
KPT memaklumkan bahawa langkah itu untuk memastikan keselamatan pelajar di kampus tersebut terjamin dan agar insiden serupa tidak berulang.

Kanak-kanak empat tahun disyaki didera rakan ibu
Seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun cedera di badan dan mata disyaki didera penjaga sementara yang juga rakan kepada ibunya, di Taman Desaria, Petaling Jaya.

PDRM mula siasatan kes buli, dera pegawai kadet UPNM
Kertas siasatan dibuka selepas mangsa berusia 20 tahun itu membuat laporan pada 1 November.

Dera pembantu rumah, dua beranak ditahan
Mangsa mendakwa telah dicederakan oleh dua wanita tersebut menggunakan tukul, pengepit besi serta seterika panas.

Sekolah agama swasta terlibat penderaan, gangguan seksual berdepan tindakan tegas - JAIS
Tindakan tersebut akan diambil selaras dengan Seksyen 25 Enakmen Pengawalan Sekolah Agama Islam 1988 (Pindaan 2001).

Suri rumah ditahan dera anak tiri, kurung dalam tandas
Polis menahan seorang suri rumah kerana disyaki mendera anak tirinya yang berusia sembilan tahun sehingga mengakibatkan mangsa mengalami kecederaan di kepala, lengan dan mata.