MELAKA:Ibu kandung kepada kanak-kanak yang maut selepas dipercayai lemas dalam tong dan didera dalam kejadian di Taman Krubong Jaya, di sini pada Jumaat merupakan graduan Diploma Bimbingan dan Kaunseling.
Menyifatkannya sebagai seorang peramah dan suka menyakat rakan-rakan, Tufah Naziha Md Tarmidi, 26, kakak angkat kanak-kanak malang itu yang juga bekas rakan sekolej suspek wanita berkenaan berkata, mengenali wanita berkenaan, dia tidak menyangka peristiwa tragis ini terjadi kepada adik angkatnya.
“Saya mula mengenalinya bila kami mengambil jurusan sama iaitu diploma bimbingan dan kaunseling namun ketika itu saya di tahun satu dan dia senior saya.
"Jujurnya saya terkilanlah dengan apa yang berlaku dan apabila pagi tadi dua-dua mereka (ibu kandung dan ayah tiri) datang ke Jabatan Perubatan Forensik ini untuk pengecaman, kami pun tergamam,” katanya ketika ditemui Astro AWANI, di sini pada Ahad.
BACA: Kanak-kanak lemas dalam tong dipercayai didera ibu, ayah tiri
BACA: Facebook dipercayai milik ibu kandung kanak-kanak didera, 'diserang' netizen
Terdahulu, proses bedah siasat di Hospital Melaka baru dimulakan kira-kira jam 11 pagi tadi dan keluarga angkat serta ibu kandung dan ayah tirinya turut hadir bagi membuat pengecaman terhadap jenazah mangsa yang mesra dipanggil ‘Adik’ itu.
BACA: Kalau boleh biarlah jenazah 'Adik' dikebumikan di tempat dia dibesarkan - Bapa angkat
Mengulas lanjut, ujar Tufah, ketika pengecaman itu ibunya Norlida Abu Hassan, 50, sempat merayu kepada ibu kandung kanak-kanak itu untuk dikebumikan di kediaman dia membesar di Rawang, Selangor.
“Mereka sampai dulu di Jabatan Perubatan Forensik ini untuk pengecaman, dan ayah tiri dia asyik sebut minta maaf pada Umi sepanjang pertemuan itu.
“Umi pula merayu kepada ibu kandung ‘Adik’ untuk beri izin kali terakhir jenazah dikebumikan di Rawang, namun dia (ibu kandung) cuma menggeleng tanpa berkata apa-apa,” tambahnya.
Terdahulu Astro AWANI melaporkan pasangan suami isteri direman tujuh hari selepas dipercayai mendera kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun sehingga meninggal dunia dalam kejadian di Taman Krubong Jaya, petang Sabtu.
Dalam kejadian kira-kira jam 4 petang Jumaat itu, pihak polis menerima panggilan daripada bapa tiri mangsa berusia 38 tahun yang anaknya itu lemas dalam tong air setinggi 60.9 sentimeter di rumah berkenaan.
Siasatan pihak polis bagaimanapun mendapati, hasil pemeriksaan fizikal terhadap mayat mangsa menemui kesan lebam dan kecederaan di beberapa anggota badan, sebelum mayat kanak-kanak itu dibawa ke Jabatan Perubatan Forensik, Hospital Melaka untuk bedah siasat bagi mengetahui punca kematian.
Shuhada Abdul Kadir
Sun Jan 31 2021

Kediaman arawah 'Adik' di Taman Krubong Jaya, di Ayer Keroh di sini, disita pihak polis. - Foto Astro AWANI
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.
DBKL ambil alih pengurusan bazar, tawar sewaan berpatutan
Bermula tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil alih sepenuhnya pengurusan bazar Ramadan dan Aidilfitri di ibu kota, termasuk urusan permohonan lesen, pengoperasian tapak serta kawalan bazar.

Ibu kandung mangsa lemas dalam tong, graduan diploma kaunseling
Ibu kandung kepada kanak-kanak yang maut selepas dipercayai lemas dalam tong dan didera dalam kejadian di Taman Krubong Jaya, di sini pada Jumaat merupakan graduan Diploma Bimbingan dan Kaunseling.

Kes dera cucu sampai pecah usus, nenek direman seminggu lagi
Perintah reman ke atas suspek berusia 55 tahun ini sepatutnya tamat hari ini namun polis memohon sambungan reman bagi meneruskan siasatan lanjut.

Kanak-kanak dua tahun mati didera teman lelaki ibu
Polis telah berjaya menahan seorang suspek lelaki berusia 26 tahun dikatakan terlibat dengan kes dera seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun sehingga maut.