KOTA BHARU: Seorang remaja lelaki berusia 22 terpaksa menggalas tugas memandikan dan memberi makan kepada kakaknya yang mengalami kecacatan kekal atau cerebral palsy (CP) selepas ibu mereka yang selama ini menggalas tugas itu ditahan Jabatan Imigresen Kelantan.
Pelajar Politeknik Kota Bharu, Nik Mohd Firdaus Nik Ismail menggalas tugas itu selama dua bulan selepas ibunya, warga Thailand, ditahan kerana dokumen perjalanan yang sudah tamat tempoh.
Walaupun mempunyai lima lagi adik beradik yang lain, kakak dan abangnya tidak dapat membantu disebabkan kekangan kerja dan berada di luar Kelantan.
Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan di Kelantan ditambah pula ibunya akan dihantar pulang ke Thailand meruntun jiwa pemuda berkenaan.
“Sebenarnya kakak hendak ambil tetapi dia duduk jauh dan akan datang Julai ini.
“Selain itu, saya juga akan habis belajar Julai ini dan dia jemput duduk bersama, abang pula susah. Pasport emak mati, biasa sebulan sekali dia akan cop tetapi sudah dua bulan mati.
“Rutin harian, mandi, bagi dia makan selepas itu saya pergi praktikal, tawakal tinggalkan dia sebelum beri dia makan dan mandikan selepas saya pulang,” katanya.
Dia menjelaskan, kakaknya, Nik Fatihah Fatin, 29, mengalami kecacatan kekal sejak lahir dengan tidak boleh berjalan, bercakap dan memerlukan bantuannya untuk makan, minum, mandi dan sebagainya.
Ayahnya, seorang rakyat tempatan telah lama meninggal dunia.
Sebelum ini, ibunya yang berniaga di gerai melakukan rutin itu.
Apa yang membanggakan, remaja berkenaan tabah berdepan tugas menjaga kakaknya yang istimewa bahkan sempat menyediakan makan minumnya sepanjang bulan Ramadan.
Firdaus yang menjalani praktikal di Jabatan Parit dan Saliran (JPS) meninggalkan kakaknya keseorangan setiap hari dan pulang pada sebelah petang.
Menyewa di rumah yang agak daif dengan kedatangan haiwan berbisa merisaukannya, namun dia pasrah menghadapi ujian tersebut.
Muhafandi Muhamad
Wed May 05 2021

Nik Mohd Firdaus menggalas tugas menjaga kakaknya selepas ibu mereka ditahan kerana dokumen perjalanan yang sudah tamat tempoh. - Astro AWANI

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

Melaka salur insentif RM99,775 kepada atlet Para SUKMA Sarawak 2024
Kerajaan negeri hari ini menyalurkan insentif RM99,775 kepada atlet, pengurus pasukan dan jurulatih yang berjaya membawa pulang pingat pada temasya Para Sukan Malaysia (Para SUKMA) 2024.

Dua lelaki didakwa terlibat insiden langgar lari depan pusat hiburan
Dua lelaki didakwa merusuh bersenjatakan pisau dalam insiden langgar lari di Jalan Klang Lama.

Impian Jani sekeluarga miliki rumah lebih selesa bakal jadi kenyataan
Mohd Hasbie telah berbincang dengan Pengarah ICU negeri untuk menyegerakan proses pembinaan rumah baharu di tapak rumah kayu yang didiami mereka.

OKU kutip makanan tamat tempoh tampung hidup lima beranak
Kesusahan hidup memaksa seorang lelaki kurang upaya (OKU) memberi makanan tamat tempoh kepada keluarganya bagi meneruskan kelangsungan hidup.

Kejadian pukul OKU bukan di pasar tani seliaan FAMA
FAMA Terengganu menjelaskan bahawa kejadian pukul seorang lelaki OKU yang tular baru-baru ini, tidak berlaku di pasar tani seliaan agensi itu.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 20 Januari 2025.

KPKT peruntuk dana RM642 juta bina PPR di Kelantan
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) memperuntukkan dana sebanyak RM642 juta bagi pembinaan 3,574 unit rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) di Kelantan.

Kejadian lelaki OKU dipukul dapat perhatian Ahmad Zahid
Lelaki Orang Kurang Upaya (OKU) Ahmad Nor Al Faizan Jusoh yang dipukul di Pasar Tani Padang Astaka Chukai dekat Kemaman Jumaat lepas, mendapat perhatian Timbalan Perdana Menteri.

Naik taraf Kompleks Belia dan Sukan Pahang bawa manfaat besar kepada negeri
KOMBES yang sedang dinaik taraf dengan kos lebih RM24.7 juta akan memberi manfaat besar kepada rakyat negeri ini khususnya golongan belia dan atlet apabila siap sepenuhnya menjelang Jun depan.

15 PPDK di Wilayah Persekutuan terima peruntukan lebih RM700,000
Dana itu bagi memastikan komuniti Orang Kurang Upaya (OKU) mendapat sokongan sewajarnya untuk menjalani kehidupan lebih produktif.