JOHOR BAHRU: Seorang ibu didakwa di Mahkamah Majistret di sini, semalam, atas pertuduhan dengan sengaja menyebabkan kematian anak lelakinya berusia lima tahun, awal bulan ini.
R. Kaleswary, 35, mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nur Madiana Mamat, bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan kerana kes bunuh di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.
Tertuduh didakwa dengan sengaja menyebabkan kematian PJ Samsoon Paul, di sebuah premis di Taman Tan Sri Yaakub dekat Iskandar Puteri antara 9 pagi hingga 12.20 tengah hari, 3 Dis lepas dan didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati, jika sabit kesalahan.
Mahkamah menetapkan 15 Feb depan untuk sebutan semula kes bagi serahan dokumen dan lantikan peguam.
Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Khairunnisa Zainudin.
Sementara itu, di Mahkamah Sesyen, Kaleswary bersama teman lelakinya Muhammad Iskandar Abdullah, 32, didakwa melakukan penganiayaan sehingga menyebabkan kecederaan fizikal terhadap mangsa sama antara April hingga 3 Dis lepas.
Ibu kanak-kanak berkenaan mengaku bersalah manakala Muhammad Iskandar yang bekerja sebagai penghantar gas mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Fatimah Zahari.
Bagaimanapun hukuman ke atas Kaleswary ditangguhkan kerana menunggu laporan bedah siasat.
Mereka didakwa melakukan perbuatan itu di tempat sama mengikut Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak Kanak 2001 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 31 (1) akta sama yang membawa hukuman denda maksimum RM20,000 atau penjara maksimum 10 tahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
Timbalan Pendakwa Raya Chai Ing Hien dan M. Raveena tidak menawarkan jaminan terhadap tertuduh atas alasan kesalahan itu melibatkan kematian namun Muhammad Iskandar yang tidak diwakili peguam, merayu jaminan minimum kerana dia menanggung dua anak berusia dua tahun dan lapan bulan, yang seorang daripadanya merupakan anak bersama Kaleswary.
Fatimah membenarkan Muhammad Iskandar diikat jamin RM14,000 dengan seorang penjamin selain perlu melapor diri sebulan sekali di balai polis berhampiran.
Mahkamah menetapkan 27 Jan untuk sebutan semula kes bagi serahan dokumen, laporan bedah siasat mangsa dan lantikan peguam.
Pada 3 Dis lepas, seorang kanak-kanak lelaki dilaporkan meninggal dunia dipercayai didera. Polis menerima panggilan daripada petugas Hospital Sultanah Aminah mengenai kejadian itu pada 12.20 tengah hari.
Pemeriksaan ke atas badan mangsa turut menemukan kecederaan di mulut dan lebam di seluruh bahagian depan serta belakang badan dipercayai akibat didera.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Dec 14 2021

Kaleswary didakwa dengan sengaja menyebabkan kematian anaknya di sebuah premis di Taman Tan Sri Yaakub dekat Iskandar Puteri antara 9 pagi hingga 12.20 tengah hari, 3 Dis lepas. --fotoBERNAMA
Skim harga barangan sempena Aidilfitri bermula 24 Mac
Kerajaan akan melaksanakan skim kawalan harga maksimum musim perayaan sempena musim Aidilfitri selama 15 hari bermula 24 Mac hingga 7 April depan.

Selangor umum BKK tambahan setengah bulan gaji untuk penjawat awam negeri
Penjawat awam Selangor akan menerima Bantuan Khas Kewangan (BKK) tambahan sebanyak setengah bulan gaji atau minimum RM1,000.

Datuk hampir pengsan lihat tangan cucu hancur, pipi terbelah kena letupan mercun
Dua beradik, Muhammad Zharif Daniel dan Muhammad Aiman Naufal, cedera parah akibat letupan mercun di Kampung Baru, Kuala Nerang.

Pengerusi baharu PSM dijangka diumum esok - Iliyas Jamil
Keputusan siapa yang akan menyandang jawatan sebagai Pengerusi Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) baharu bagi menggantikan Datuk Hans Isaac dijangka akan diketahui esok.

Dua lelaki didapati bersalah curi tandas emas di Istana Blenheim
Dua lelaki didapati bersalah mencuri tandas emas bernilai 4.75 juta pound (AS$6.17 juta) dari Istana Blenheim di selatan England.

Anwar arah Kabinet teliti cadangan had tempoh jawatan PM - Fahmi
Cadangan untuk mengehadkan tempoh jawatan Perdana Menteri kepada 10 tahun akan diteliti oleh Kabinet,

Lima didenda RM3,000 kemuka maklumat palsu untuk dapatkan sijil kelahiran bayi
Lima individu masing-masing didenda RM3,000 oleh Mahkamah Majistret Putrajaya hari ini, selepas mengaku bersalah mengemukakan maklumat palsu semasa mendaftar kelahiran lima bayi.

ASEAN perku kekal aman, berkecuali untuk tarik lebih banyak pelabur - Johari
Perkara itu penting kerana tidak ada pihak yang mahu melabur di kawasan bergolak dan susah untuk melakukan perniagaan.

Tun Ameerul Luqman juarai Jelajah PBA dengan perbelanjaan sendiri
Pengorbanan jaguh tenpin boling negara Tun Ameerul Luqman Al-Hakim Tun Hasnul Azam yang sanggup mengeluarkan perbelanjaan sendiri demi bersaing wajar diberi pujian penuh.

Ismail Sabri keluar dari SPRM selepas lebih 6 jam rakam percakapan
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob keluar dari ibu pejabat SPRM, di Putrajaya, pada pukul 4.35 petang selepas memberi keterangan lebih 6 jam pada Rabu.

Ibu didakwa sebabkan kematian anak lelaki berusia lima tahun
Tiada pengakuan direkodkan kerana kes bunuh di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Kanak-kanak lemas dalam tong: Polis sedang lengkapkan siasatan
Siasatan lanjut sedang dilakukan sebelum diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya (DPP) untuk tindakan susulan.

Kerana kekasih 'tomboy' ibu sanggup dera tiga anak
Anak sulung wanita itu tampil membuat laporan polis, mendakwa dia dan dua orang lagi adiknya sering menjadi mangsa pukul ibu mereka sejak empat bulan lepas.

Dipukul dan disimbah air panas, remaja OKU dipercayai didera ibu, abang kandung
Mangsa ditemui dengan kesan luka baru dan lama, di kediaman mereka di Kampung Gial Tengah, Mata Ayer, Perlis.

Ibu mengaku tidak bersalah dera anak
Wanita itu didakwa memukul dan mendera anaknya di sebuah rumah di Jalan Besar, Kampung Manis, Prai pada jam 3.30 petang, 2 Februari lalu.