IPOH: Seorang wanita yang telah menghilangkan diri selepas lebih seminggu melahirkan bayi lelakinya 'Hussein' pada 22 April di Hospital Slim River, dekat sini, sehingga kini masih gagal dikesan.
Pegawai Pelindung, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Daerah Muallim Wan Nurhaliza Wan Ghazali berkata, wanita berkenaan yang dikenali Rashidah Abdullah, 22, gagal dikesan selepas dibenarkan keluar sebentar dari Hospital berkenaan untuk ke pekan Slim River pada 29 April.
"Selepas beberapa hari kelahiran, bayi berkenaan dijangkiti dengan sakit kuning dan sedang menerima rawatan dan pemerhatian di Wad Kanak-kanak Hospital Slim River. (Sebelum itu) Rashidah telah dapat kebenaran daripada pihak Wad Kanak kanak Hospital Slim River untuk keluar sementara pada waktu tengah hari untuk membuat urusan rasmi peribadi di Pekan Slim River," katanya ketika dihubungi hari ini.
Wan Nurhaliza berkata, sejak Rashidah keluar untuk membuat urusan peribadinya, ibu bayi yang diberi nama Hussein buat sementara itu terus menghilangkan diri dan tidak pulang ke wad hospital berkenaan.
Beliau berkata berikutan itu, pihak hospital menghubungi pihak JKM daerah untuk mengambil tindakan selanjutnya pada bayi berkenaan.
"JKM telah memberi tempoh sebulan lebih untuk ibu atau bapa kandung kepada Hussein untuk hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat telah membantu mencari cara penyelesaian masalah mereka sekeluarga menurut Perintah Seksyen 19 Akta Kanak-kanak 2001 pindaan 2016 Pelindung kanak-kanak.
"Berdasarkan maklumat terakhir, wanita berkenaan tinggal di Hulu Bernam namun gagal dikesan, dan justeru orang ramai yang mengenalinya boleh boleh menghubungi JKM daerah di talian 05-4529664 untuk sebarang maklumat lanjut.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jun 24 2021
Sejak Rashidah keluar untuk membuat urusan peribadinya, ibu bayi yang diberi nama Hussein buat sementara itu terus menghilangkan diri dan tidak pulang ke wad hospital berkenaan. - Gambar hiasan
Kepengerusian ASEAN 2025: Malaysia sediakan ruang dialog pertahanan konstruktif, progresif
Malaysia berhasrat menyediakan platform serta ruang perbincangan mengenai pertahanan yang konstruktif, terbuka dan progresif untuk rakan-rakan dialog strategik semasa tempoh kepengerusian ASEAN.
Ops Tiris: KPDN Sarawak catat 119 kes, nilai rampasan lebih RM20 juta
KPDN Sarawak mencatatkan 119 kes yang melibatkan nilai rampasan sejumlah RM21.5 juta sejak pelaksanaan Ops Tiris 3.0 dari 1 Jan hingga 20 Nov lepas.
Bin Zayed International komited labur AS$2 bilion di Malaysia
BZI akan memanfaatkan hartanah, tenaga boleh baharu dan perkhidmatan kewangan untuk menarik pelaburan ke Malaysia.
Negeri Sembilan bentang belanjawan berimbang 2025 RM590 juta - Aminuddin
Kerajaan Negeri Sembilan hari ini membentangkan Belanjawan 2025 yang berimbang berjumlah RM590 juta dengan anggaran hasil pada jumlah yang sama dan perbelanjaan pembangunan mencecah RM135 juta.
Buli siber: OSAG gesa kerajaan seimbangkan hak dan perlindungan
OSAG mengesyorkan penubuhan suruhanjaya bebas untuk memantau dan menguatkuasakan Akta Keselamatan Dalam Talian, mengimbangi keselamatan awam dengan perlindungan hak asasi manusia.
MTL: Kerajaan Kelantan minta orang ramai elak lakukan aktiviti luar
Kerajaan Kelantan mengingatkan orang ramai agar tidak melakukan sebarang aktiviti-aktiviti luar susulan musim Monsun Timur Laut (MTL) ini.
Lelaki Orang Asli ditemukan lemas di Sungai Tumboh
Mayat mangsa ditemukan oleh Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dengan berpakaian lengkap dan dipercayai tersangkut pada pokok liar.
AWANI Ringkas: Salah laku | RUU Pekerja Gig
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
10 Berita Pilihan - (22 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Ringkas: 1MDB | Mahkamah | Bahan api
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Kerajaan Australia tanggung subsidi vaksin RSV untuk wanita hamil, bayi
Wanita yang hamil antara 28 hingga 36 minggu layak menerima vaksin percuma mulai Februari.
Raja Ilya selamat lahirkan bayi seberat 4.7kg di Australia, beri nama Royal Abraham
Raja Ilya meluahkan rasa syukur selepas menjalani pembedahan melahirkan bayi lelaki seberat 4.7 kilogram itu.
Pengasuh taska didakwa sebabkan bayi cacat kekal
Mengikut pertuduhan, tertuduh telah mengabaikan kanak-kanak itu dengan cara yang mungkin akan menyebabkannya mengalami kecederaan.
Bayi lelaki 30 hari meninggal dunia selepas diberi susu di pusat jagaan berpantang
Bayi lelaki berusia 30 hari meninggal dunia selepas didapati tidak sedarkan diri setelah diberikan susu oleh jururawat yang ditugaskan menjaga bayi tersebut di sebuah pusat jagaan berpantang.
Mayat bayi di bawah simen, polis guna saluran diplomatik kesan suspek
Ketika ini usaha mengesan suspek, seorang wanita warga Indonesia yang juga penyewa terakhir rumah berkenaan masih dijalankan.
Bayi tercampak dalam tali air: Polis ambil keterangan 11 individu
Seramai 11 individu dipanggil untuk diambil keterangan oleh polis susulan kes seorang bayi maut selepas motosikal dibonceng tercampak ke dalam tali air dalam Kampung Tok Belian.
Anak pengasuh didakwa lakukan amang seksual terhadap bayi 10 bulan
Seorang anak pengasuh mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini kerana melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang bayi perempuan berusia 10 bulan, bulan lepas.
Masyarakat Melayu Rawa di Gopeng masih kekalkan adat berjojak
Adat berjojak dilakukan sebagai lambang seorang bayi itu bakal memulakan langkah dalam kehidupan.
Bayi alami pendarahan otak, patah tangan kiri ketika di rumah pengasuh
Polis akan mengambil keterangan seorang pengasuh bagi membantu siasatan berhubung kes bayi perempuan berusia lima bulan yang mengalami pendarahan otak dan patah tangan kiri pada Khamis.
Belum capai usia setahun, bayi mampu sambung bacaan surah lazim
Seorang bayi, Fahry Nedzar mampu menyambung bacaan surah lazim yang dialunkan oleh ibunya dengan lancar bermula usianya lapan bulan.