KUALA LUMPUR: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) boleh mengambil tindakan terhadap ibu bapa atau penjaga yang membenarkan remaja di bawah umur memandu kenderaan motor tanpa lesen yang sah.
Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Hasbi Habibollah berkata di bawah Seksyen 39, Akta Pengangkutan Jalan 1987, individu terbabit boleh didenda tidak melebihi RM2,000, atau penjara selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.
Jelas beliau, setakat 29 Februari lalu sebanyak 578 kes direkodkan bagi kesalahan memandu di bawah umur.
"Selain itu, JPJ turut boleh mengambil tindakan terhadap pemilik kenderaan yang membenarkan remaja di bawah umur memandu kenderaan motor tanpa suatu lesen memandu yang sah.
"Di bawah Seksyen 26 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, tindakan boleh diambil terhadap pemilik kenderaan yang dipandu oleh seseorang yang tidak mempunyai lesen memandu yang sah.
"Mana-mana orang yang didapati bersalah boleh didenda tidak melebihi RM2,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga bulan atau kedua-duanya," katanya pada sesi Pertanyaan-Pertanyaan Lisan di Dewan Rakyat pada Rabu.
Beliau menjawab soalan Azahari Hasan (PN-Padang Rengas) minta menyatakan apakah penambahbaikan dari segi tindakan penguatkuasaan serta perundangan yang sedia ada khususnya terhadap pemandu bawah umur atau mereka yang tidak mempunyai lesen sehingga menyebabkan nahas di jalan raya.
Mengulas lanjut, Hasbi (GPS-Limbang) berkata kerajaan menyediakan kemudahan untuk menggalakkan rakyat yang kurang berkemampuan mendapatkan lesen memandu termasuk melalui Program MyLesen B2.
Menjawab soalan tambahan Fong Kui Lun (PH-Bukit Bintang) sama ada kerajaan akan mengenakan hukuman lebih tegas kepada pemandu bawah umur, beliau berkata sesi libat urus dengan pelbagai pihak perlu dilakukan bagi mendapatkan pandangan.
Bagaimanapun Hasbi menegaskan ketika ini kementerian juga menggunakan pendekatan advokasi bagi memastikan pematuhan dalam pemanduan.
Hasimi Muhamad
Wed Mar 13 2024
![Ibu bapa, penjaga benar remaja bawah umur memandu boleh dikena tindakan Ibu bapa, penjaga benar remaja bawah umur memandu boleh dikena tindakan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/51646836246_Hasbi.jpg)
Hasbi berkata, setakat 29 Februari lalu, Hasbi berkata sebanyak 578 kes direkodkan bagi kesalahan memandu di bawah umur - Foto fail
![MAD terima RM50,000 menerusi peruntukan menteri - Hannah MAD terima RM50,000 menerusi peruntukan menteri - Hannah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41720357063_HannahYeohVRadh.jpg)
MAD terima RM50,000 menerusi peruntukan menteri - Hannah
MAD menerima RM50,000 menerusi peruntukan menteri bagi terus memupuk minat dan penglibatan sukan berkenaan di peringkat akar umbi.
![Kehadiran ATM di Timur Sabah tingkat keyakinan, rancak ekonomi Kehadiran ATM di Timur Sabah tingkat keyakinan, rancak ekonomi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61720354218_ATMSandakan.jpg)
Kehadiran ATM di Timur Sabah tingkat keyakinan, rancak ekonomi
Kehadiran pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Timur Sabah meningkatkan keyakinan masyarakat setempat serta merancakkan lagi pembangunan sektor pelancongan, ekonomi dan sosial di kawasan itu.
![Teater Hikayat Hang Tuah antara tarikan Melaka Heritage Festival Teater Hikayat Hang Tuah antara tarikan Melaka Heritage Festival](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41720353476_ZaidiAttan.jpg)
Teater Hikayat Hang Tuah antara tarikan Melaka Heritage Festival
Persembahan Teater Hikayat Hang Tuah di Encore Melaka antara tarikan Melaka Heritage Festival 2024 yang dijadual diadakan di sekitar Banda Hilir pada 12 hingga 14 Julai ini.
Tumpuan Isnin – 08 Julai 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
'Jeff' dinobat siput terpantas dunia, menang Kejohanan Dunia Lumba Siput
Tahun ini, siput bernama Jeff dinobatkan sebagai pemenang, menang saingan akhir dengan masa 4 minit dan 3 saat. Begitupun, kepantasan Jeff tidak dapat memadam rekod yang dibuat pada tahun 1995 oleh seekor siput bernama Archie.
![Pentadbiran Prabowo-Gibran dijangka perkukuh industri sawit Indonesia Pentadbiran Prabowo-Gibran dijangka perkukuh industri sawit Indonesia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720368598_TBPrabowo.jpg)
Pentadbiran Prabowo-Gibran dijangka perkukuh industri sawit Indonesia
Kerajaan baharu yang akan dipimpin oleh Prabowo Subianto-Gibran Rakabuming Raka dijangka memperkukuh daya saing produk minyak sawit sebagai komoditi strategik untuk pasaran domestik dan antarabangsa.
![Kanak-kanak lelaki maut selepas terjatuh ke dalam tasik Kanak-kanak lelaki maut selepas terjatuh ke dalam tasik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/61706067730_TBgarisanpolis.jpg)
Kanak-kanak lelaki maut selepas terjatuh ke dalam tasik
Seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun maut selepas terjatuh ke dalam tasik dipercayai ketika sedang mencari lokan di Taman Tasik Teratai Fasa 2 Serendah, Hulu Selangor.
Ribuan umat Islam zahir solidariti kepada Palestin di Shah Alam
Bertemakan Gaza Bangkit, program pada Ahad malam itu turut mengundang pendakwah dari Indonesia, Ustaz Abdul Somad Batubara untuk menyampaikan ceramah.
NGO, belia perlu ambil iktibar peristiwa hijrah - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru pertubuhan bukan kerajaan dan gerakan belia mengambil iktibar daripada peristiwa Hijrah Nabi Muhammad SAW untuk mengembalikan kegemilangan negara.
Kehadiran ATM di Timur Sabah berikan keyakinan masyarakat setempat
Kehadiran pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Timur Sabah meningkatkan keyakinan masyarakat setempat serta merancakkan lagi pembangunan sektor pelancongan, ekonomi dan sosial di kawasan itu.
![Semakan Akta Pengangkutan Jalan akan dibuat dari semasa ke semasa - Loke Semakan Akta Pengangkutan Jalan akan dibuat dari semasa ke semasa - Loke](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/51700039251_TBPERHIMPUNANBULA.jpg)
Semakan Akta Pengangkutan Jalan akan dibuat dari semasa ke semasa - Loke
Kementerian Pengangkutan akan melakukan semakan semula hukuman denda terhadap pemandu bawah umur seperti yang termaktub di bawah Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.
![Pasangan bakal bertunang maut dirempuh pemandu 16 tahun di Jambatan Pulau Pinang Pasangan bakal bertunang maut dirempuh pemandu 16 tahun di Jambatan Pulau Pinang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/81699702133_TBKEMALANGAN.jpg)
Pasangan bakal bertunang maut dirempuh pemandu 16 tahun di Jambatan Pulau Pinang
Dua maut selepas motosikal dinaiki mereka dirempuh kereta dipandu remaja berusia 16 tahun di Kilometer 1.9 Jambatan Pulau Pinang (menghala ke arah Perai) awal pagi Sabtu.
![Kanak-kanak 9 tahun pandu kereta, bapa disaman Kanak-kanak 9 tahun pandu kereta, bapa disaman](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-09/61599477297_kanakkanak.jpg)
Kanak-kanak 9 tahun pandu kereta, bapa disaman
Bapa kepada kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun yang memandu kereta seperti tular di media sosial hari ini telah dikenakan tindakan saman mengikut Seksyen 111 Akta Pengangkutan Jalan 1987.