Ibu bapa atau penjaga yang cuai dalam penjagaan anak mereka boleh didakwa di mahkamah mengikut Akta Kanak-Kanak 2001, kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Rohani Abdul Karim.
Beliau berkata sekiranya sabit kesalahan, mereka boleh dikenakan denda maksimum RM20,000 atau penjara maksimum 10 tahun atau kedua-duanya.
"Sekarang ini sudah terlampau banyak kes kecuaian, tinggalkan anak di dalam kereta...ibu bapa tidak belajar daripada pengajaran, kita harap perkara ini akan jadi teladan dan tidak berulang lagi," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan Ramadan kepada 300 penghuni Rumah Anak Yatim dan Ibu Tunggal Rumah Perlindungan Nur Kasih di sini hari ini.
Beliau diminta mengulas insiden seorang kanak-kanak perempuan berumur tiga tahun maut akibat lemas setelah ditinggalkan tanpa sengaja oleh ibunya selama lebih lima jam dalam kereta di tempat letak kereta sebuah sekolah di Subang Jaya di sini, Khamis.
Nawal Iris Samsudin, yang tertidur di kerusi belakang kereta, ditemui ibunya Nor Zatusy Hazwa Abdul Rahim, 32, dalam keadaan kebiruan sebelum dibawa ke klinik berhampiran dan disahkan meninggal dunia.
Rohani berkata kejadian itu sepatutnya tidak berlaku kerana ia merupakan tugas dan tanggungjawab ibu dan bapa dalam memastikan anak mereka mendapat penjagaan yang baik.
"Kemalangan boleh berlaku di mana-mana dan oleh sesiapa sahaja, hal seperti ini perlu diingatkan selalu, saya berasa amat sedih dan bersimpati kerana kejadian ini merupakan satu kecuaian," katanya.
Justeru, beliau berkata kementerian akan berbincang dengan Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) untuk menambah modul baharu di dalam kursus keibubapaan yang dianjurkan lembaga itu bagi mengelakkan insiden kecuaian berlaku lagi sehingga menyebabkan kecederaan atau kematian anak.
Sementara itu, mengenai dua pasangan muda yang sanggup tinggal di bawah jejambat di tepi Sungai Klang bersama bayi perempuan berusia empat bulan, Rohani berkata Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) telah memberi bantuan RM300 kepada mereka serta sumbangan barangan keperluan bayi seperti lampin pakai buang, botol susu dan pakaian.
"Baitulmal juga telah menghulur wang pendahuluan RM5,000 sebagai deposit untuk menyewa rumah dan ibu bapa mereka juga sudah datang ke Kuala Lumpur bagi menjaga bayi mereka," katanya.
Majlis anjuran kementerian bersama Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (Mubarak) Wilayah Persekutuan (WP) itu turut dihadiri Yang Dipertua Mubarak Tan Sri Abdul Aziz Yassin, Naib Presiden Mubarak Tan Sri Zaleha Ismail, Ketua Penerangan Mubarak Datuk Abdul Rahman Sulaiman yang juga Setiausaha Mubarak WP dan Pengerusi Bernama serta Pengerusi Panel Pembangunan Wanita dan Keluarga Mubarak WP Toh Puan Wan Asiah Ahmad.
Bernama
Sat Jul 20 2013

Datuk Rohani Abdul Karim

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

Tindakan segera diperlukan di Indonesia, pastikan ruang digital selamat untuk kanak-kanak
Kandungan yang merangkumi keganasan fizikal dan lisan, unsur seksual, maklumat yang mengelirukan dan ucapan kebencian adalah berbahaya.

80 anak bekas anggota GISB belum dituntut ibu bapa - Nancy
Nancy berkata 475 lagi telah diserahkan kepada keluarga mengikut Seksyen 30 (1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001 manakala lima lagi diserahkan kepada Orang yang Layak dan Sesuai (OYLS) mengikut akta sama.

Tiga tebusan Israel berada dalam keadaan stabil - Pengarah Hospital
Tiga tebusan telah bertemu semula dengan keluarga masing-masing manakala pemeriksaan kesihatan akan mengambil masa beberapa hari.

Dua lelaki mengaku salah miliki bahan penganiayaan seksual kanak-kanak
Dua lelaki mengaku bersalah atas pertuduhan memiliki bahan penganiayaan seksual terhadap kanak-kanak di dalam komputer masing-masing.

107 anak-anak bekas anggota GISB tidak dituntut
Nancy berkata, seramai 448 kanak-kanak sudah diserahkan kepada keluarga mengikut Seksyen 30(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.

Amalan 'sharenting' buka ruang jenayah dalam talian libatkan kanak-kanak - Fahmi
Amalan 'sharenting' atau amalan menunjuk-nunjuk perkara berkaitan anak-anak oleh segelintir ibu bapa, membuka ruang kepada jenayah dalam talian.

Jurulatih renang didakwa lakukan amang seksual terhadap kanak-kanak lelaki
Seorang jurulatih renang mengaku tidak bersalah datas pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang kanak-kanak lelaki.

FGV, NFDP kerjasama anjur Bright Cow Junior Cup 2024
FGV Holdings Berhad (FGV) dengan kerjasama Program Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP) menganjurkan Bright Cow Junior Cup 2024 dan NFDP Carnival 2024 yang menyaksikan perlawanan sengit.

Roblox akan mula halang kanak-kanak melepak dalam permainan mereka
Roblox menyatakan bahawa langkah-langkah keselamatan baharu ini adalah sebahagian daripada usaha mereka untuk memastikan keselamatan pemain, terutamanya kanak-kanak.

Australia akan perkenal RUU haramkan remaja bawah 16 tahun guna media sosial
Pengharaman adalah secara menyeluruh walaupun pengguna menerima kebenaran daripada ibu bapa mereka.