Ringkasan AI
- IBM mengumumkan teknologi baharu yang dapat mengurangkan penggunaan kuasa sehingga lima kali ganda ketika melatih model AI.
- Teknologi ini menggantikan sambungan tembaga dengan gentian polimer optikal, meningkatkan kadar pemindahan data sehingga 80 kali ganda lebih pantas.
- Proses melatih model AI dapat dipercepatkan dari tiga bulan ke tiga minggu, mengurangkan penggunaan tenaga yang setara dengan kuasa untuk 5,000 rumah selama setahun.
Ini adalah antara sebab wujud gerakan anti-AI kerana ia dilihat sebagai teknologi yang membinasakan alam sekitar.
IBM hari ini mengumumkan kajian mereka dapat mengurangkan penggunaan kuasa sehingga lima kali ganda ketika melatih AI dan juga mempercepatkan proses sehingga 77%.
Kelemahan pada sistem sedia ada ialah pemindahan data antara komponen yang masih menggunakan tembaga.
Limitasi kadar pemindahan elektron dalam tembaga membuatkan wujud had kepantasan maksimum yang boleh dicapai.
Oleh itu penyelidik IBM membangunkan teknologi co-packaged optics (CPO) yang menggantikan sambungan tembaga dengan sambungan menggunakan gentian polimer optikal.
Menerusi CPU, pemindahan data jalur lebar pada kadar amat pantas dapat dilakukan antara cip, papan litar dan pelayar.
Kerana data dipindahkan menggunakan cahaya, sambungan sehingga ratusan meter masih lagu pantas jika dibandingkan dengan menggunakan kabel tembaga.
Kadar pemindahan data sehingga 80 kali ganda lebih pantas boleh dicapai menggunakan CPO
Yang lebih penting ialah penggunaan tenaga dapat dikurangkan sehingga lima kali ganda dengan IBM mengatakan ia bersamaan penggunaan kuasa untuk 5,000 rumah selama setahun.
Pemindahan pantas juga berjaya mengurangkan tempoh melatih model AI daripada 3 bulan ke 3 minggu. -Amanz