KUALA LUMPUR:Sebarang butiran pelaksanaan ibadah haji bagi umat Islam Malaysia tahun hadapan masih belum diputuskan, tegas Pengarah Eksekutif Haji Lembaga Tabung Haji (TH), Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman.
Sehubungan itu, Syed Saleh meminta orang ramai, supaya tidak terpengaruh dengan mana-mana maklumat berkaitan pelaksanaan ibadat haji 2021M/1442H yang tular di media sosial, sejak beberapa hari yang lalu.
"Pihak kami masih belum menerima sebarang makluman rasmi berkaitan dengan urusan ibadat haji untuk tahun 2021M/1442H, dari pihak berkuasa Arab Saudi.
"YB Menteri (Datuk Seri Dr Zulkifli Mohammad Al-Bakri) dan pengurusan kanan TH dijangka akan mengadakan mesyuarat dengan Menteri Haji Arab Saudi dan Menteri Agama Arab Saudi pada awal tahun hadapan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Syed Saleh berkata, TH akan mengumumkan keputusan perbincangan dan kesepakatan yang akan diambil oleh pemimpin kedua-dua negara, berkaitan dengan isu berkenaan.
Mesej dipercayai tular selepas Muzakarah Haji yang telah diadakan secara dalam talian (Webinar) selama tiga hari bermula 21 Disember lalu.
Mesej yang tersebar melalui aplikasi WhatsApp itu mengandungi butiran haji tahun hadapan termasuk jadual penerbangan, tarikh wukuf, kuota jemaah, kos haji yang didakwa meningkat, serta prosedur operasi standard (SOP) yang perlu diikuti kerana penularan COVID-19.
Sementara itu, Syed Saleh sekali lagi menegaskan supaya orang ramai merujuk hanya kepada TH bagi mendapatkan maklumat yang sahih dan rasmi berkenaan ibadah haji.
Untuk sebarang pertanyaan, orang ramai boleh menghubungi talian Khidmat Pelanggan (THCC) TH di 03-62071919.
Berikutan penularan pandemik COVID-19, kerajaan sebelum ini memutuskan ibadat haji tahun ini ditangguh ke tahun hadapan. - BERNAMA
Bernama
Tue Dec 29 2020
Lembaga Tabung Haji masih belum menerima sebarang makluman rasmi berkaitan dengan urusan ibadat haji untuk tahun 2021M/1442H dari pihak berkuasa Arab Saudi. - Gambar hiasan
Tindakan keras terhadap penjualan racun makhluk perosak haram - CAP
CAP menggesa Lembaga Racun Makhluk Perosak segera mengambil tindakan keras terhadap penjualan racun makhluk perosak haram di negara ini dan menguatkuasakan dengan tegas Akta Racun Perosak 1974.
SDG: UTP lahir pelajar berkemahiran, tinggi tanggungjawab sosial
UTP berhasrat mendidik pelajar bukan sahaja untuk mahir dalam aspek teknikal tetapi juga untuk menjadi warganegara yang bertanggungjawab dari segi kemahiran dan keupayaan sosial.
RUU 355: Pindaan perlu untuk praktikaliti, keadilan
Apa sahaja pindaan terhadap akta itu perlu berjalan selari dengan persediaan mereka yang bertanggungjawab melaksanakannya, seperti mahkamah syariah, pegawai penguatkuasa agama dan peguam syarie.
Kerajaan teliti kaedah baharu lantikan tetap
Kerajaan sedang meneliti kaedah baharu lantikan tetap bagi memastikan pengurusan kewangan negara yang lebih mampan.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa berkata hasil kajian tersebut akan dibentangkan kepada Jemaah Menteri untuk pertimbangan dan kelulusan.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa berkata hasil kajian tersebut akan dibentangkan kepada Jemaah Menteri untuk pertimbangan dan kelulusan.
PDRM gerak unit skuba forensik, K9 cari bukti hari ini
Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menggerakkan unit skuba (Unit Forensik) serta Unit Anjing Pengesan (K9) ke lokasi penemuan mayat Nur Farah Kartini Abdullah, 25, di Kampung Sri Kledang, Hulu Selangor, pagi esok.
Timbalan Ketua Polis Daerah Hulu Selangor DSP Mohd Asri Mohd Yunus ketika dihubungi Bernama berkata proses mencari bahan bukti akan dimulakan sekitar jam 9 pagi di kawasan parit berhampiran ladang kelapa sawit berkenaan.
Timbalan Ketua Polis Daerah Hulu Selangor DSP Mohd Asri Mohd Yunus ketika dihubungi Bernama berkata proses mencari bahan bukti akan dimulakan sekitar jam 9 pagi di kawasan parit berhampiran ladang kelapa sawit berkenaan.
Dewan Rakyat: Langkah meknoktahkan kemisikan tegar di Sabah antara tumpuan hari ini
Langkah-langkah untuk meknoktahkan kemiskinan tegar di Sabah terutamanya di lapan daerah yang dikategorikan termiskin di Malaysia antara tumpuan persidangan Dewan Rakyat hari ini.
Kagame, menang 99.5 peratus pilihan raya Rwanda
Paul Kagame meneruskan khidmatnya buat penggal keempat berturut-turut sebagai Presiden Rwanda, selepas memenangi 99.15 peratus undi dalam pilihan raya negara itu.
Polis kerah lebih 300 anggota kawal perlawanan Piala FA
Seramai 351 anggota polis ditugaskan bagi mengawal perlawanan separuh akhir Piala FA antara Terengganu FC (TFC) dengan Selangor FC di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA) Jumaat ini.
Perisik Korea Utara berpaling tadah
Seorang diplomat Korea Utara berprofil tinggi yang ditempatkan di Cuba dikenali sebagai Ri II Kyu, 52 tahun, berpaling tadah ke Korea Selatan.
Dua warga AS antara yang ditemui maut di bilik hotel di Thailand
Jabatan Negara Amerika Syarikat ambil maklum mengenai laporan mengenai dua warganegaranya yang ditemui mati di sebuah hotel di Thailand.
'Dugaan memang banyak, tapi Allah rezekikan kami' - Amy Mastura selamat tunai haji
Amy juga mendoakan agar Allah mengurniakan ibadah haji yang mabrur buatnya dan jemaah yang lain.
Menteri Hal Ehwal Agama Tunisia dipecat selepas kematian jemaah haji
Presiden Tunisia memecat Menteri Hal Ehwal Agama selepas berpuluh-puluh jemaah haji Tunisia meninggal dunia ketika menunaikan haji.
Ibadah haji tuntut umat Islam kembali kepada fitrah - Mohd Na'im
Ibadah haji menuntut umat Islam supaya kembali kepada fitrah iaitu beriman kepada Allah SWT dan menolak segala bentuk perbuatan mensyirikkan atau menduakan-Nya.
Mufti Besar Arab Saudi beri amaran tentang haji tanpa permit
Mufti Besar Kerajaan Arab Saudi menyeru semua jemaah haji tahun 1445H untuk mematuhi arahan keselamatan dan rasmi dengan ketat.
Konflik Iran-Israel: Kerajaan utamakan keselamatan jemaah haji - Mohd Na'im
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Mohd Na'im Mokhtar menjelaskan, keselamatan dan kebajikan jemaah haji menjadi keutamaan kerajaan dan TH.
Umat Islam perlu faham konsep 'berkemampuan' tunai haji - Mohd Na'im
Umat Islam di Malaysia perlu diberikan kefahaman yang tepat mengenai konsep dan pengertian istito'ah atau syarat kemampuan menunaikan haji.
Alif Satar berjodoh dengan Faizal Tahir, tunai haji bersama
Hasrat penyanyi dan pengacara Alif Satar dan penyanyi Faizal Tahir untuk menunaikan ibadah haji bersama akhirnya tercapai apabila mereka kini sama-sama berada di Tanah Suci.
2,000 jemaah haji alami keletihan haba
Perkara itu diumumkan pegawai Arab Saudi, selepas suhu meningkat kepada 48 darjah Celsius sejak dua hari lepas.
Umat Islam di India, Pakistan, Bangladesh, Thailand sambut Aidiladha pada 29 Jun
Aidiladha disambut pada pada 10 Zulhijah, bulan terakhir dalam kalendar Hijrah.
Letih lesu di Tanah Suci, pakar kesihatan senaraikan kenduri sebelum berangkat antara punca
Walaupun kesihatan bakal haji baik sebelum ke Tanah Suci, tetapi keadaan itu mungkin berubah apabila berada di sana.