KUALA LUMPUR:Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menegaskan kriteria-kriteria yang diletakkan dalam i-Sinar bukan bertujuan untuk ‘menutup pintu’ kepada lapan juta pencarum yang layak memohon kemudahan tersebut.
Sebaliknya, Ketua Pegawainya, Alizakri Alias berkata, pertimbangan akan diberikan kepada semua ahli dengan mengambil kira situasi unik yang dihadapi setiap ahli KWSP.
Menurut beliau, mana-mana ahli yang terjejas boleh membuat permohonan mengikut Kategori 1 dan Kategori 2 seperti yang diumumkan KWSP pada Rabu.
“Setiap ahli yang terjejas ini (mempunyai situasi yang) unik (bergantung) kepada individu tersebut.
“Kita tidak boleh menggunakan formula sama sebagai penyelesaian kepada semua individu. Jadi, kita hendak memastikan setiap individu yang mempunyai isu-isu dan cabaran-cabaran yang tersendiri, kita akan memberi peluang kepada mereka untuk membuat permohonan di Kategori 2.
“Kita tidak mahu menutup apa-apa pintu kepada ahli-ahli untuk mendapatkan wang bagi menolong mereka bertahan (kesan COVID-19). Jadi, untuk Kategori 2, kita menyarankan kepada ahli-ahli untuk menyiapkan dokumen yang boleh menunjukkan kesan (pendapatan) terjejas dan hantar kepada KWSP bermula 11 Januari 2021.
"Kita akan membuat pertimbangan untuk setiap orang kerana setiap orang (mempunyai) isu yang unik,” katanya menerusi temu bual eksklusif dalam program Agenda AWANI pada Khamis.
Menerusi Kategori 1, kriteria yang ditetapkan termasuk kepada ahli yang tiada caruman dengan KWSP sekurang-kurangnya dua bulan berturut-turut; atau ahli yang masih bekerja tetapi telah mengalami pengurangan gaji pokok sebanyak 30 peratus dan ke atas selepas Mac 2020.
Bagi kategori tersebut, tiada dokumen sokongan diperlukan dan kelulusan secara automatik akan diberikan berdasarkan data dalaman KWSP.
Mengulas lanjut, Alizakri berkata, mana-mana ahli yang tidak memenuhi kriteria Kategori 1, masih mempunyai peluang untuk membuat permohonan di Kategori 2.
Alizakri menambah, pihaknya menyedari bahawa terdapat kes-kes tertentu di mana ahli tidak terlibat dengan pengurangan gaji pokok sebanyak 30 peratus berikutan data yang dimiliki KWSP hanya mengambil kira gaji pokok sahaja.
“Tetapi kita tahu ramai ahli kita yang mendapat pendapatan dari elaun atau kerja lebih masa, yang mana jumlah itu kita tidak mempunyai rekod. Jadi, kalau kita tengok potongan gaji pokok, secara automatik kita nak mudahkan, cepatkan dan memastikan keselamatan pencarum ahli kita.
“(Justeru) saya hendak mengatakan kepada ahli kita, jangan risau. Kalau Kategori 1 tidak dapat masuk, kita ada pintu kedua (Kategori 2). Melalui pintu kedua, ahli hanya siapkan dokumen untuk mengesahkan dan menolong KWSP untuk menolong ahli kita yang terjejas,” jelas beliau.
Sementara itu, mana-mana ahli yang tidak memiliki dokumen sokongan pula, Alizakri berkata, KWSP terbuka untuk mengadakan perbincangan dan meneliti situasi pemohon berkenaan.
“Sebab setiap orang berlainan, jadi datanglah kalau betul-betul memerlukan pertolongan dan tiada dokumen, datang berjumpa dengan pegawai kita.
“Tetapi ia mungkin melambatkan sedikit sebab kita mahu memastikan (wang tersebut) dapat dikeluarkan secepat mungkin,” katanya.
Sebelum ini, Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz mengumumkan kemudahan i-Sinar diperluaskan kepada lapan juta orang berbanding dua juta ahli yang layak.
Selain itu, jumlah pengeluaran maksimum turut dinaikkan daripada RM9,000 kepada RM10,000 bagi mereka yang mempunyai RM90,000 dan ke bawah dalam akaun 1, membabitkan peruntukan RM70 bilion.
Manakala, ahli yang mempunyai baki lebih daripada RM90,000 dalam akaun 1, amaun maksimum yang boleh didahulukan adalah RM60,000.
Hasimi Muhamad
Thu Dec 03 2020
Pertimbangan akan diberikan kepada semua ahli dengan mengambil kira situasi unik yang dihadapi setiap ahli KWSP. - Gambar fail
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
3.61 juta ahli KWSP lakukan pindahan ke Akaun Fleksibel berjumlah RM11.52 bilion - MoF
Seramai 3.61 juta daripada 13.01 juta keseluruhan ahli KWSP di bawah umur 55 tahun memilih untuk mempunyai amaun permulaan di dalam Akaun Fleksibel.
Kementerian bincang dengan KWSP pertingkat manfaat pengamal media di hari tua - Fahmi
Kementerian Komunikasi sedang meneliti beberapa perkara termasuk mengadakan perbincangan dengan KWSP untuk meningkatkan manfaat yang boleh dinikmati pengamal media di hari tua.
3.5 juta ahli KWSP pindah RM10.86 bilion dana ke Akaun Fleksibel
Sebanyak 3.45 juta ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) membuat pilihan untuk mempunyai amaun permulaan dalam Akaun Fleksibel.
KWSP catat 107,105 pendaftaran ahli baharu pada suku pertama
KWSP menyaksikan sejumlah 107,105 pendaftaran ahli baharu pada suku pertama 2024, menjadikan jumlah keahlian kepada 16.1 juta.
Pendapatan boleh agih KWSP naik 33.1 peratus kepada RM19.2 bilion pada suku pertama
Jumlah pendapatan boleh agih KWSP bagi suku pertama berakhir 31 Mac, 2024, naik 33.1 peratus kepada RM19.2 bilion.
KWSP komited sokong transformasi rangka kerja persaraan - CEO
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) komited dalam menyokong transformasi rangka kerja sistem persaraan bagi memastikan keterangkuman dan jaminan untuk semua.
ISWC 2024: Mengimbangi penyelesaian kewangan jangka pendek dan panjang
Pengenalan Akaun Fleksibel oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) adalah untuk menangani masalah kewangan jangka pendek termasuk kecemasan kesihatan yang memerlukan penyelesaian segera.
5 sebab duit KWSP cepat habis - Pakar
Antara faktornya ialah ubah suai rumah, menjadi bank tanpa faedah untuk anak-anak dan membuat pelaburan yang tidak bermanfaat.
ISWC 2024: Merungkai cabaran penuaan dan penambahbaikan sistem persaraan
Persidangan Kesejahteraan Sosial Antarabangsa (ISWC) tahun ini, memfokuskan isu fenomena penuaan penduduk termasuk penambahbaikan ke atas sistem pencen dan persaraan negara.
ISWC 2024: Strategi holistik menuju persaraan bermakna
Malaysia perlu meneliti masalah penuaan dari pelbagai dimensi, termasuk politik, sosioekonomi dan sosial.