INISIATIF Pembiayaan Perumahan Malaysia (i-Biaya) di bawah Program Pemilikan Kediaman (HOPE) memberi peluang kepada golongan belia terutama pekerja ekonomi gig untuk memiliki kediaman.
Timbalan Ketua Setiausaha (Perumahan dan Kesejahteraan Komuniti) Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Azhar Ahmad berkata inisiatif itu menawarkan akses pembiayaan menerusi Cagamas Berhad, Syarikat Jaminan Kredit Perumahan (SJKP) dan skim sewa untuk beli dengan PR1MA.
Katanya, pembiayaan melalui Cagamas Berhad dan SJKP bersifat fleksibel tanpa perlu mengemukakan penyata gaji yang kebiasaannya menjadi syarat utama dalam proses pemilikan kediaman.
"Dalam keadaan sekarang ini, ramai belia terlibat dalam ekonomi gig atau bekerja sendiri iaitu tiada pendapatan tetap, tiada penyata gaji, tidak seperti mereka yang bekerja dengan sektor awam... mereka tidak dapat berikan penyata gaji bulanan seperti apa yang bank minta, jadi untuk tangani isu ini kerajaan lancarkan skim i-Biaya ini.
"Di bawah skim ini ada Cagamas Berhad dan SJKP yang bersifat fleksibel, kalau tiada penyata gaji boleh dipertimbangkan dengan melihat komitmen bulanan seperti bil elektrik, bil telefon atau pembelian secara dalam talian iaitu (jika) rekod pembayaran mereka bagus, ini boleh diambil kira sebagai menyokong kelayakan bahawa dia mampu untuk bayar (rumah)," katanya.
Beliau berkata demikian ketika menjadi tetamu program Ruang Bicara bertajuk 'HOPE: Ke Arah Merealisasikan Aspirasi 1 Keluarga, 1 Rumah Tetamu' terbitan Bernama TV pada Selasa.
Mengulas lanjut Azhar berkata pembiayaan yang ditawarkan adalah 110 peratus meliputi pembiayaan bagi membayar deposit rumah.
"Ini kerana kita tahu golongan muda contohnya kalau nak beli rumah berharga RM250,000, deposit kena sediakan dengan bayaran peguam dan sebagainya lebih kurang RM25,000 boleh dimasukkan dalam pembiayaan perumahan mereka," katanya.
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada 15 Julai lepas telah melancarkan program HOPE dan Karnival Jom Beli Rumah di Pusat Pameran Mid Valley, yang bukan sahaja membantu mempromosi perumahan untuk segenap lapisan masyarakat tetapi juga bagi melihat ekosistem sektor perumahan secara holistik.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jul 19 2022

Pembiayaan melalui Cagamas Berhad dan SJKP bersifat fleksibel tanpa perlu mengemukakan penyata gaji. - Gambar hiasan
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.
DBKL ambil alih pengurusan bazar, tawar sewaan berpatutan
Bermula tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil alih sepenuhnya pengurusan bazar Ramadan dan Aidilfitri di ibu kota, termasuk urusan permohonan lesen, pengoperasian tapak serta kawalan bazar.
598 warga asing ditahan di Klang, ada yang sanggup sembunyi dalam longkang
Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Imigresen Malaysia Jafri Embok Taha berkata, kesalahan dilakukan merangkumi tiada dokumen perjalanan sah, tinggal lebih masa, salah guna pas dan pelbagai kesalahan lain.
AWANI Ringkas: Reformasi Institusi, Perkukuh Demokrasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

DeepSeek akan berkongsi lebih banyak kod dalam bentuk sumber terbuka
DeepSeek menyatakan mereka akan berkongsi lebih banyak kod mereka meliputi 5 repo, pada minggu hadapan.

i-Biaya beri peluang pekerja ekonomi gig miliki rumah
Pembiayaan melalui Cagamas Berhad dan SJKP bersifat fleksibel tanpa perlu mengemukakan penyata gaji.

KPKT, MoF lancar i-Biaya mudahkan pembiayaan perumahan M40, B40
Selari dengan matlamat Satu Keluarga, Satu Rumah, inisiatif i-Biaya merupakan satu langkah integrasi untuk menyatukan semua inisiatif di bawah satu bumbung.

i-Biaya bantu tingkatkan pemilikan rumah golongan M40, B40
Inisiatif itu memberi tumpuan terhadap golongan berpendapatan rendah (B40) dan sederhana (M40) yang masih berhadapan dengan masalah akses kepada pembiayaan perumahan.