KUALA LUMPUR: Isu penjagaan kesihatan sentiasa menjadi antara kebimbangan utama isi rumah terutama apabila musibah menimpa pencari nafkah atau warga emas yang dikasihi menghidap penyakit tidak berjangkit atau penyakit kronik.
Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa berkata antara keutamaan kerajaan yang menjaga kebajikan rakyat ialah memastikan penjagaan kesihatan boleh diakses dan saksama oleh semua rakyat terutama golongan rentan serta individu yang telah kehilangan haknya.
Justeru, beliau berkata Kertas Putih Kesihatan (HWP) adalah perlu untuk menangani isu struktur bagi meningkatkan prognosis keseluruhan sistem penjagaan kesihatan negara.
"Saya tidak pernah beranggapan bahawa penyediaan penjagaan kesihatan berkualiti dan berpatutan kepada semua rakyat Malaysia secara lestari boleh dilakukan melalui pendekatan sedikit demi sedikit. Di sinilah HWP meneliti pembaharuan sistematik dan struktur kepada penjagaan kesihatan kita bagi tempoh 15 tahun akan datang.
"Apabila dibentangkan di Parlimen bulan lepas, Alhamdulillah, ia diterima secara positif serta diluluskan oleh Dewan Rakyat dan Dewan Negara. Tahap minat yang tinggi oleh rakan-rakan Ahli Parlimen saya mencerminkan bahawa kepentingan isu itu merentasi spektrum politik," menurutnya dalam satu artikel hari ini.
Dr Zaliha berkata meskipun kerajaan melalui Kementerian Kesihatan (KKM) baru-baru ini telah memperkenal Skim Perubatan MADANI (SPM), kementerian itu sedar bahawa pelan yang boleh dilaksana dan realistik diperlukan bagi menangani kelemahan sistematik serta memanfaatkan kekuatan sedia ada di seluruh landskap penjagaan kesihatan.
"Program seperti SPM bukan sahaja mengetengahkan keutamaan kita tetapi juga menjadi peringatan mengenai halangan yang wujud bagi sesetengah orang awam dalam mengakses perkhidmatan penjagaan kesihatan yang sewajarnya.
"Ketika kita berusaha merapatkan kesemua jurang ini, kita juga perlu sedar bahawa tiada jalan pintas dan kemajuan akan terhasil dengan bekerjasama serta bukan dengan bercakaran sesama sendiri," katanya.
Justeru, beliau mengalu-alukan sebarang idea atau cadangan yang akan membantu memenuhi visi HWP dan kerajaan MADANI.
Menerusi hantaran di laman Facebook rasmi beliau, Dr Zaliha berkata KKM telah mengenal pasti sejumlah 436 klinik daif di seluruh negara yang memerlukan kerja-kerja pembaikan dan naik taraf tahun ini.
Beliau berkata KKM juga menyasarkan untuk membaik pulih 1,200 klinik dan fasiliti daif melalui tiga fasa hingga tahun 2025.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jul 19 2023

Dr Zaliha berkata HWP adalah perlu untuk menangani isu struktur bagi meningkatkan prognosis keseluruhan sistem penjagaan kesihatan negara. - Gambar fail/Bernama

Dua kapal tentera laut Iran tiba di Malaysia untuk lawatan operasi
Dua kapal berkenaan ialah jenis Auxiliary, iaitu Ocean Liner-110-3 Shahid Mahdavi dan kapal kelas frigate IRINS Dena.
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.

Kusta: 368 penduduk jalani ujian saringan
Kerajaan memberi jaminan bahawa rawatan bagi pesakit kusta adalah berkesan dan tidak perlu dilakukan sebarang langkah kuarantin.

Kusta: Tiada vaksin, tangani dengan amalan kebersihan dan penjagaan kesihatan
Penyakit kusta tiada vaksin khusus dan merebak melalui titisan udara. Pencegahan terbaik adalah dengan menjaga kebersihan diri serta kesihatan yang baik.

Situasi kusta di Kuala Pilah terkawal, pesakit tidak perlu lagi diasing - KKM
KKM memberi jaminan situasi kusta di Kuala Pilah dalam keadaan terkawal dan pesakit kusta tidak perlu diasingkan susulan terdapat rawatan berkesan bagi penyakit itu.

Penyakit kusta: PKD ambil langkah proaktif, lakukan pencegahan awal
PKD melakukan pencegahan awal terhadap penyakit kusta menerusi saringan dan pemeriksaan terhadap penduduk di Kampung Orang Asli (KOA) Chergun dan KOA Guntur di sini, sejak Ogos lepas.

Wabak kusta: KKM minta jangan terpengaruh dengan sumber tidak tepat
KKM meminta agar masyarakat tidak bimbang dan terpengaruh dengan sebarang spekulasi atau sumber tidak tepat berhubung wabak kusta di Kampung Orang Asli Chergun dan Guntur, Kuala Pilah.

Vaksin influenza percuma untuk warga emas di Melaka mulai hari ini
Vaksin influenza percuma untuk warga emas di Melaka mulai hari ini

Vaksin influenza percuma untuk warga emas sakit kronik mulai 18 Feb - KKM
Warga emas, iaitu mereka yang berumur 60 tahun ke atas dan mempunyai sekurang-kurangnya satu penyakit kronik tersenarai, boleh mendapatkan vaksin influenza secara percuma bermula 18 Feb ini.

Pengharaman penuh industri vape di Malaysia bukan penyelesaian yang adil - Nanostix
Nanostix Innovations Sdn Bhd dalam satu kenyataan mahu kerajaan menekankan pertimbangan utama bagi memastikan pelaksanaan yang lebih seimbang.

Pengendali makanan di tapak pesta perlu dapatkan suntikan antitifoid - KKM
Semua pengendali perlu dipastikan menghadiri Latihan Pengendali Makanan (LPM) di Sekolah Latihan Pengendali Makanan (SLPM) yang diiktiraf.

Tiada trend peningkatan influenza, tiada kes selesema burung - KKM
Malaysia tidak menunjukkan trend peningkatan kes influenza dan tidak merekodkan sebarang kes selesema burung (avian influenza) dalam kalangan manusia, demikian menurut Kementerian Kesihatan (KKM).