IPOH: Kerajaan Perak tidak akan meluluskan sewenang-wenangnya sebarang aktiviti pembalakan dan perlombongan di kawasan Hutan Simpan (HS) Kenderong jika memberi kesan negatif kepada alam sekitar.
Menteri Besar, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, semua aktiviti itu perlu mendapat kelulusan Jabatan Alam Sekitar (JAS) menerusi laporan Penilaian Kesan Kepada Alam Sekitar (EIA) sebelum diteruskan.
Katanya, kerajaan negeri mengambil maklum pandangan berkaitan isu membabitkan kawasan berkenaan termasuk yang dibangkitkan Sahabat Alam Malaysia (SAM).
"... sebelum ini pun kita kerajaan negeri mengambil maklum perkara itu, kalau ia merupakan kawasan sensitif alam sekitar, of course they cannot do anything.
"Cuma nak kena tengok status, saya juga kena bincang dengan Datuk Mohd Zin Yusop (Pengarah Perhutanan Perak) sebab hutan pengeluaran ini ada beberapa kategori... hutan simpan. Ada hutan simpan kekal yang langsung tak boleh kita balak, tapi ada hutan simpan pengeluaran, that can be balak," katanya.
Beliau ditemui selepas Sesi Ramah Mesra Bersama Sahabat AIM di Laman Seri Ridzuan di sini, pada Sabtu.
Mengenai dakwaan aktiviti itu boleh mencemarkan air seperti yang berlaku di Loji Air Ganda pada 2019, Saarani menegaskan kerajaan negeri mengambil serius tentang perkara tersebut.
Menurutnya, jika dakwaan itu benar, kerajaan negeri tidak akan membiarkan rakyat setempat terdedah dengan risiko pencemaran.
Pada Jumaat, SAM meluahkan kebimbangan mengenai projek pembalakan dan perlombongan bijih timah di HS Kenderong, mukim Kerunai, Gerik kerana dibimbangi mencemarkan sumber air Sungai Perak.
Presiden SAM, Meenakshi Raman berkata, kawasan hutan seluas 245 hektar telah dinyahwartakan daripada HS Kenderong untuk tujuan pelaksanaan projek tersebut yang dicadangkan oleh sebuah syarikat perlombongan.
Tapak tersebut juga terletak di dalam kawasan wilayah Rangkaian Utama-8 dalam Rangkaian Ekologi Central Forest Spine (CFS) yang merupakan kawasan habitat spesies hidupan liar terancam dan hampir pupus seperti gajah, harimau, tapir dan beruang matahari.
Cadangan projek perlombongan di lokasi seperti itu dibimbangi akan memburukkan lagi konflik antara manusia dengan hidupan liar di negara ini.
Abd Razak Mohd Ali
Sat Feb 05 2022

Saarani berkata, semua aktiviti perlu mendapat kelulusan Jabatan Alam Sekitar (JAS) menerusi laporan Penilaian Kesan Kepada Alam Sekitar (EIA). - Gambar/ Bernama

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

Lombong haram bijih timah ditemui dalam hutan simpan di Hulu Perak
Hasil pemeriksaan, dua pelombong ditahan dan enam motosikal serta peralatan perlombongan dan khemah disita.