PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan pada Isnin mengetepikan hukuman dua tahun penjara terhadap bekas Ketua Pegawai Eksekutif Transmile Gan Boon Aun yang dijatuhkan oleh Mahkamah Tinggi kerana mengemukakan penyata kewangan mengelirukan mengenai syarikat itu kepada Bursa Malaysia Securities Bhd (Bursa Malaysia) .
Sebaliknya, panel tiga hakim terdiri daripada Datuk Hadhariah Syed Ismail, Datuk M. Gunalan dan Datuk Azman Abdullah mengekalkan keputusan Mahkamah Sesyen yang menjatuhkan hukuman penjara sehari dan denda RM2.5 juta.
Mahkamah membenarkan rayuan Gan untuk mengetepikan perintah Mahkamah Tinggi dan mengekalkan keputusan Mahkamah Sesyen pada 27 Ogos 2020 itu.
Hadhariah yang menyampaikan keputusan mahkamah itu, memerintahkan keputusan Mahkamah Tinggi menaikkan hukuman penjara terhadap Gan sebagai batal dan tak sah kerana ia bercanggah dengan Seksyen 314 Kanun Tatacara Jenayah.
Beliau berkata kedua-dua notis rayuan dan notis pendengaran tidak diserahkan terus kepada Gan oleh pihak pendakwaan di Mahkamah Tinggi seperti yang dikehendaki di bawah Seksyen 314.
Beliau juga berkata tiada merit dalam hujahan Suruhanjaya Sekuriti yang menyatakan peguam mewakili Gan tidak mempunyai locus standi untuk memfailkan notis rayuan kepada Mahkamah Rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi.
Suruhanjaya Sekuriti berhujah notis rayuan yang difailkan peguam Gan tidak mengikut prosedur kerana beliau menerima arahan daripada anak perempuan Gan untuk memfailkan notis rayuan sedangkan arahan perlu datang daripada Gan sendiri.
Peguam Gan, Guok Ngek Seong mengesahkan keputusan Mahkamah Rayuan itu ketika dihubungi Bernama.
Gan meninggalkan Malaysia sebelum pendengaran rayuan di Mahkamah Tinggi untuk mengetepikan sabitan dan hukuman terhadapnya yang dijatuhkan Mahkamah Sesyen dan rayuan silang terhadap hukumannya yang dibawa oleh Suruhanjaya Sekuriti.
Beliau sudah menjalani hukuman penjara sehari dan membayar denda yang dikenakan kepadanya.
Pada 25 Jan tahun lepas Mahkamah Tinggi membenarkan rayuan Suruhanjaya Sekuriti dan menambah hukuman penjara Gan daripada sehari kepada 24 bulan.
Gan didapati bersalah oleh Mahkamah Sesyen kerana mengemukakan kenyataan mengelirukan dengan niat untuk memperdaya berkaitan perolehan Transmile dalam Laporan Suku Tahunan Belum Diaudit bagi tahun berakhir 31 Dis, 2006.
Pertuduhan itu dikemukakan di bawah Seksyen 122B (a) (bb) Akta Perindustrian Sekuriti (SIA) 1983 (Akta 280) yang dibaca bersama dengan Seksyen 122 (1) akta yang sama.
Datuk V. Sithambaram dan Guok mewakili Gan pada prosiding hari ini sementara pihak pendakwaan diwakili Timbalan Pendakwa Raya daripada Suruhanjaya Sekuriti Mohd Hafiz Mohd Yusoff.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jul 10 2023
Mahkamah Rayuan mengekalkan keputusan Mahkamah Sesyen yang menjatuhkan hukuman penjara sehari dan denda RM2.5 juta. - Foto fail/BERNAMA
Malaysia pertahan kedaulatan di Mahkamah Agung Perancis
Malaysia akan terus berjuang menentang penipuan Kumpulan Sulu di bidang kuasa lain yang terlibat, termasuk di Sepanyol dan Luxembourg.
Dua geran bantu mula, kembang projek pertanian dilancar
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) hari ini melancarkan Geran “Start-Up” dan “Scale-Up” bagi membantu golongan muda dalam sektor pertanian dan agromakanan mengurangkan kos permulaan serta mengembangkan projek pertanian.
Prospek meningkat bukti pelabur percaya kebolehan negara
Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Datuk Seri Abdul Rasheed Abdul Ghaffour berkata, pelaburan yang diluluskan berjumlah hampir RM84 bilion untuk suku pertama 2024 mencerminkan kepercayaan pelabur terhadap Malaysia.
RON97, diesel turun lagi
Harga runcit petrol RON97 turun sebanyak 6 sen manakala diesel turun sebanyak 6 sen seliter bagi tempoh 19 hingga 25 September 2024.
Ini menurunkan harga kedua-dua minyak itu masing-masing kepada RM3.19 dan RM2.95 seliter.
Ini menurunkan harga kedua-dua minyak itu masing-masing kepada RM3.19 dan RM2.95 seliter.
Malaysia teliti penggunaan nuklear sebagai tenaga alternatif
Kerajaan tidak menolak kemungkinan untuk melihat nuclear sebagai salah satu alternatif bagi membolehkan negara berada di landasan yang tepat untuk menuju ke arah dekarbonisasi.
Menteri Sumber dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, Malaysia perlu mencari tenaga alternatif memandangkan 80 peratus sumber tenaga elektrik datang daripada arang batu dan gas asli, dan kerajaan telah pun memutuskan tiada loji arang batu yang baharu
Menteri Sumber dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, Malaysia perlu mencari tenaga alternatif memandangkan 80 peratus sumber tenaga elektrik datang daripada arang batu dan gas asli, dan kerajaan telah pun memutuskan tiada loji arang batu yang baharu
Malaysia, Tajikistan perkukuh hubungan dua hala - Ahmad Zahid
Malaysia dan Tajikistan akan terus memperkukuh hubungan dua hala terutama dalam sektor ekonomi, pendidikan serta kebudayaan.
Angkatan bersenjata Singapura hantar bantuan kemanusiaan ke negara terjejas Taufan Yagi
Bantuan itu merangkumi selimut, kit kebersihan, penapis air, bekas air mudah alih serta pek makanan.
Kelindan lori maut dihempap gulungan tembaga
Seorang kelindan lori maut selepas dihempap gulungan tembaga seberat dua tan di Kemaman.
Kejadian berlaku apabila lori kargo yang dinaikinya terbalik selepas melanggar sebuah lori rosak di lorong kecemasan.
Kejadian berlaku apabila lori kargo yang dinaikinya terbalik selepas melanggar sebuah lori rosak di lorong kecemasan.
Pengerusi sebuah pusat pengajian agama dituduh amang seksual remaja
Seorang pengerusi sebuah pusat pengajian agama swasta dihadapkan ke mahkamah atas pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap pelajarnya dalam tiga kejadian berbeza.
Tertuduh, Mohd Hafidz Eshak, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas tiga pertuduhan terhadapnya dibacakan di Mahkamah Sesyen Seremban hari ini.
Tertuduh, Mohd Hafidz Eshak, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas tiga pertuduhan terhadapnya dibacakan di Mahkamah Sesyen Seremban hari ini.
SPRM jumpa wang tunai hampir RM800,000 dalam bilik tidur pegawai imigresen
SPRM mendedahkan hampir RM800,000 wang tunai dijumpai di bilik tidur dua pegawai imigresen yang terlibat dalam sindiket "counter setting".
Hukuman penjara sehari, denda RM2.5 juta bekas CEO Transmile kekal
Mahkamah Rayuan mengekalkan keputusan Mahkamah Sesyen yang menjatuhkan hukuman penjara sehari dan denda RM2.5 juta.