PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutuan hari ini mengekalkan hukuman mati yang dijatuhkan ke atas bekas pembantu pengawal keselamatan atas tuduhan membunuh seorang wanita yang sedang berpantang, enam tahun lepas.
Rayuan terakhir Mohd Azmirul Shamsuddin, 42, terhadap sabitan membunuh dan hukuman mati, sebulat suara ditolak oleh panel tiga hakim hari ini.
Panel itu yang diketuai Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Vernon Ong Lam Kiat berkata keputusan Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan mensabitkan Mohd Azmirul bagi kesalahan membunuh adalah selamat untuk dikekalkan.
"Kami telah mempertimbangkan isu ini secara teliti, berdasarkan bukti serta alasan penghakiman Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan. Dalam fikiran kami, isu utama ialah berkaitan keterangan pakar patologi menurut Seksyen 300 (c) Kanun Keseksaan.
"Adalah benar bahawa pakar patologi, Dr Karunakaran Mathiharan (SP14) tidak menyatakan 'kecederaan tubuh yang dialami si mati adalah mencukupi untuk menyebabkan kematiannya'.
"Bagaimanapun, jawapan kepada soalan pihak pendakwaan mengenai jenis kecederaan, beliau (pakar patologi) berkata dalam istilah tertentu bahawa mangsa akan mati akibat sesak nafas kerana keadaan mangsa dengan mulut disumbat selain tangan dan kaki diikat serta ditinggalkan di bawah timbunan pakaian. Si mati tidak mempunyai peluang untuk terus hidup," katanya.
Hakim Ong berkata berdasarkan semua keadaan itu, mahkamah tidak terpengaruh dengan isu-isu yang dibangkitkan oleh peguam perayu.
"Oleh itu, rayuan ditolak. Sabitan dan hukuman kekal," kata Hakim Ong yang bersidang bersama Puan Seri Zaleha Yusof dan Datuk Mary Lim Thiam Suan.
Pada 15 Okt 2018, Mohd Azmirul didapati bersalah dan dihukum gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam. Rayuannya di Mahkamah Rayuan ditolak pada 22 Okt 2019.
Mohd Azmirul didakwa membunuh Rabiatul Adawiah Abd Aziz, 23, di sebuah apartmen di Sungai Way, Petaling Jaya, dekat sini, jam 8.22 malam pada 4 Mac 2015.
Dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.
Mohd Azmirul diwakili peguam G.C Tan manakala Timbalan Pendakwa Raya Ng Siew Wee bagi pihak pendakwaan.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Oct 21 2021
Rayuan terakhir Mohd Azmirul Shamsuddin, 42, terhadap sabitan membunuh dan hukuman mati, sebulat suara ditolak oleh panel tiga hakim hari ini. - Gambar hiasan
Keputusan representasi Papagomo gugur kes hasut 6 Januari 2025
Keputusan representasi dikemukakan bekas Exco Pemuda Umno Wan Muhammad Azri Wan Deris atau lebih dikenali Papagomo bagi menggugurkan pertuduhan menghasut yang mendatangkan kebencian terhadap Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim akan diketahui 6 Januari depan.
Fenomena air pasang di Pelabuhan Klang terkawal
Sebanyak enam balai terlibat bagi pemantauan ini dan tumpuan adalah untuk melihat jika fenomena itu memberikan kesan signifikan kepada masyarakat setempat.
Chegubard akan kemuka representasi gugur tuduhan fitnah
Badrul Hisham Shaharin atau Chegubard akan mengemukakan representasi bagi menggugurkan pertuduhan mengeluarkan kenyataan fitnah yang akan merosakkan nama baik Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim, Januari lepas.
Na'imah gagal tangguh sementara bayar RM313.82 juta kepada LHDN
Isteri bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin, Toh Puan Na'imah Abdul Khalid gagal menangguhkan sementara perintah supaya membayar tunggakan cukai pendapatan berjumlah RM313.82 juta kepada LHDN.
Tiga termasuk dua pegawai penguat kuasa, Pulau Pinang ditahan
Dua pegawai agensi penguat kuasa dan seorang warga Bangladesh ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pulau Pinang kerana dipercayai terbabit mengatur kemasukan warga asing menerusi laluan kaunter khas di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang.
Terus perangi Rasuah, peruntukan SPRM ditingkatkan kepada RM360 juta
Kerajaan memberi kebebasan sepenuhnya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat dan mengambil tindakan tegas bagi mengheret pesalah rasuah ke muka pengadilan.
Belanjawan 2025: RM150 juta kepada PBT dan JPS, RM600 juta kepada NADMA
Anwar berkata pengurusan bencana negara terus ditambah baik di samping menyegerakan pelaksanaan projek tebatan banjir melibatkan kerjasama semua kontraktor.
Sektor pendidikan terima RM64.1 bilion, tertinggi dalam sejarah
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberitahu Kementerian Pendidikan diberi peruntukan RM64.1 bilion peruntukan tertinggi dalam sejarah.
Kerajaan meluluskan Forest City sebagai Pulau Bebas Cukai - PM
Skim Pejabat Keluarga Tunggal telah diluncurkan untuk Zon Kewangan Khas Forest City bagi menggalakkan pengurusan dana Keluarga, kata PM Anwar Ibrahim
Belanjawan 2025: Ada ibu bapa warga emas? Ini manfaat membabitkan mereka
Belanjawan 2025 menaikkan bantuan bulanan untuk warga emas serta memperluaskan pelepasan cukai berkaitan penjagaan kesihatan dan sukan.
Hukuman mati lelaki bunuh wanita berpantang kekal
Mahkamah Persekutuan hari ini mengekalkan hukuman mati yang dijatuhkan ke atas bekas pembantu pengawal keselamatan atas tuduhan membunuh seorang wanita yang sedang berpantang, enam tahun lepas.
Bunuh ibu berpantang, bekas pengawal keselamatan diperintah bela diri
Penemuan DNA milik seorang pengawal keselamatan pada lampin bayi merupakan antara alasan lelaki terbabit diperintah membela diri terhadap pertuduhan membunuh seorang wanita yang sedang berpantang.