Kerajaan negeri Pahang hari ini sekali menegaskan kejadian banjir lumpur yang berlaku pada petang 11 Nov lepas di KM52.4 Lebuhraya Kuala Lumpur (KL)-Karak bukan berpunca daripada kegiatan pembalakan seperti tanggapan sesetengah pihak.
Pengerusi Jawatankuasa Kemudahan Asas dan Alam Sekitar Negeri Datuk Mohd Soffi Abd Razak sebaliknya berkata kejadian itu berpunca daripada jumlah taburan hujan luar biasa yangg turun seminggu sebelum itu dan pada hari kejadian.
"Kejadian yang berlaku ini sebenarnya berpunca daripada kejadian hujan lebat yang jika ikut kelaziman ukuran normal 25mm, tetapi seminggu sebelum kejadian berlaku hujan lebat tanpa henti dengan jumlah taburannya mencecah 40mm.
"Pada hari kejadian itu sendiri dalam tempoh tiga jam, (taburan) hujan meningkat sehingga 90mm menyebabkan terjadinya pergerakan tanah di cerun lebuh raya ini," katanya pada sesi pergulungan persidangan Dewan Undangan Negeri Pahang di Wisma Pahang di sini hari ini.
Dewan juga diberitahu keadaan itu menyebabkan empangan dan salur aliran air yang dibina pihak konsensi lebuh raya berkenaan tidak dapat menampung kuantiti air menyebabkan ia pecah sehingga membawa bersama batu, tanah dan pokok tumbang ke atas lebuh raya.
Namun seperti kelaziman, katanya 'ramai pakar yang tidak bertauliah' membuat tanggapan kejadian itu berpunca daripada kegiatan pembalakan di kawasan itu.
Menurutnya Lebuhraya KL-Karak agak unik kerana berada pada aras tertinggi, cerun-cerunnya juga agak curam berbanding lebuh raya lain dan lazimnya apabila berlaku hujan yang sangat lebat ia akan menyebabkan tanah runtuh disebabkan struktur aliran air yang dibina tidak dapat menampung sepenuhnya keadaan itu.
"Ini dapat dibuktikan apabila berlakunya tanah runtuh dan pokok tumbang di laluan jalan lama Bentong-KL semasa hari kejadian menyebabkan ia juga tidak dapat dilalui ketika itu, malah beberapa bahagian di jalan tersebut juga dinaiki air," katanya.
Dewan turut dimaklumkan bermula hari ini sehingga 26 Nov depan, jalan lama Bentong-KL akan ditutup sementara bagi membolehkan kerja-kerja pembersihan dan pemulihan cerun dijalankan tanpa sebarang gangguan lalu lintas.
Mohd Soffi berkata, ia akan dibuka semula selorong pada 27 Nov sehingga 6 Dis di beberapa lokasi yang terlibat dan akan dibuka sepenuhnya 7 Dis selepas kerja-kerja itu selesai dijalankan oleh Jabatan Kerja Raya dan Road Care selaku pemegang konsensi jalan berkenaan.
Selepas kejadian pada 11 Nov lepas, jalan lama Bentong-Kl hanya boleh dilalui 7 pagi sehingga 6 petang atas faktor-faktor keselamatan.
Bernama
Mon Nov 23 2015
Selepas kejadian pada 11 Nov lepas, jalan lama Bentong-Kl hanya boleh dilalui 7 pagi sehingga 6 petang atas faktor-faktor keselamatan. - Gambar Fail
Semua lif Monorel akan diselenggara dan sedia digunakan menjelang April 2025
Mengambil maklum aduan orang awam, Kementerian Pengangkutan turut menyatakan bahawa pihaknya akan menyelenggara semua lif dan sedia untuk digunakan menjelang April 2025. #AWANInews
Kerajaan rancang tambah jumlah gerabak Monorel bagi tambah kekerapan
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata pihaknya sedang dalam perancangan untuk menambah jumlah gerabak Monorel bagi menambah kekerapan.
#AWANInews
#AWANInews
Kerja-kerja naik taraf fasiliti pintu automatik akan siap akhir tahun
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata pihaknya sudah melantik kontraktor untuk kerja-kerja naik taraf pintu di platform Monorel yang memisahkan platform dengan koc monorel.
"Ketika Itu arwah dalam keadaan duduk" - Anak Allahyarham Ahmad Nawab
Anak Allahyarham Ahmad Nawab, Nassier Khan sempat berkongsi dirinya terkejut dengan pemergian bapanya, pada Ahad.
MARA Inc beli hartanah terlebih nilai di UK, Australia - PAC
Pembelian berkenaan melibatkan Dudley International House di 51 Queen Street dan 333 Exhibition Street di Melbourne pada 2013 diikuti Beaumont House di London pada 2014.
Pemandu mabuk sebabkan kematian pasangan suami isteri didakwa di mahkamah
Seorang lelaki mdidakwa atas dua pertuduhan memandu dengan kandungan alkohol berlebihan dalam badan sehingga menyebabkan kematian sepasang suami isteri.
Sony bangunkan konsol mudah alih permainan PS5
Peranti konsol mudah alih baharu Sony ini mungkin mengambil masa beberapa tahun sebelum hadir ke pasaran.
'Tak payah anjur Anugerah Kredit Madani' - Mas Ermieyati
Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin mengkritik pelaksanaan Anugerah Kredit Madani dan menggesa agar KPKT menyatakan makenisme sesuai pantau syarikat kredit komuniti yang mengenakan faedah tinggi.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
LaLiga: Saya mahu bantu Real Madrid jaringkan gol - Kylian Mbappe
Kylian Mbappe percaya dia sudah mula bangkit bersama rakan sepasukannya di Real Madrid selepas menjaringkan gol ketika kemenangan 3-0 berdepan Leganes.
Mercedes cipta sistem brek EV terbina pada motor elektrik
Sistem brek ini tidak perlu diselenggara sepanjang hayat kenderaan dan tidak mencemarkan udara kerana serbuk brek yang terhasil tidak disebarkan ke udara.
'Hati sebak bila langit Gunung Jerai gelap'
Biarpun sudah berlaku beberapa tahun, namun kesan dan traumanya masih dirasai penduduk setempat terutamanya mereka yang kehilangan ahli keluarga dalam kejadian yang menyayat hati itu.
Tanah runtuh sekitar Masilau di kaki Gunung Kinabalu, situasi terkawal
Pemantauan di kawasan kejadian tanah runtuh sekitar Mesilou, Kundasang di kaki Gunung Kinabalu mendapati, keadaan adalah terkawal.
Banjir lumpur Taman Chepor Impian: Penduduk minta penjelasan, ganti rugi
Roslan mendakwa kejadian banjir kilat beserta lumpur yang berulang itu adalah disebabkan projek perumahan baharu di kawasan berdekatan.
Libya bagai dilanda garuda
Ribut Daniel yang melanda akhir minggu lalu telah menenggelamkan bandar Derna dan mengakibatkan kemusnahan besar di Libya.
Banjir lumpur Bentong: Young Syefura desak siasat kejadian di Bukit Tinggi
Ini merupakan kejadian kedua dalam tempoh tidak sampai setahun, yang mana sebelum ini kejadian sama berlaku pada Mei 2022.
Banjir lumpur: Laluan Janda Baik-Genting Sempah ditutup akibat runtuh
Jalan Kuala Lumpur-Bentong yang menghubungkan Genting Sempah ke Janda Baik ditutup sementara kepada semua kenderaan selepas mengalami runtuhan akibat kepala air, hari ini.
Banjir lumpur landa Bukit Tinggi, laluan ke Janda Baik terjejas
Hujan lebat selama kira-kira setengah jam membawa kepada kejadian banjir lumpur di Bukit Tinggi, di sini petang tadi.
8 maut, 5 hilang dalam kejadian banjir lumpur di Peru
Komuniti perlombongan di Miski dan San Martin terkejut dengan kejadian tanah runtuh itu.
Setahun tragedi kepala air Titi Hayun, traumanya masih terasa - Penduduk
Hari ini genap setahun tragedi kepala air dan banjir lumpur di Gunung Jerai yang mengorbankan tujuh nyawa.
Pascabanjir: 'Ketepikan politik, kerjasama semua pihak amat perlu untuk mangsa' - Rara
Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ketari, Young Syefura Othman, beberapa isu terutamanya debu yang menjejaskan kesihatan penduduk perlu diselesaikan segera.