KUALA LUMPUR: Melangkah ke era baharu yang penuh harapan, hubungan Malaysia-China diyakini akan terus berkembang dan mencapai kejayaan yang lebih besar.
Bermula dengan termeterainya hubungan diplomatik secara rasmi pada 31 Mei 1974, kedua-dua negara telah meniti 50 tahun pertama dengan membina asas kukuh dalam pelbagai bidang terutamanya melibatkan sektor ekonomi dan pelaburan.
Dalam tempoh ini, Malaysia dan China telah mempamerkan komitmen jitu bagi memperkukuh ikatan yang memberi manfaat penting kepada kedua-dua negara.
Kejayaan ini dipamerkan dengan kemunculan China sebagai rakan dagang terbesar Malaysia selama 15 tahun berturut-turut sejak 2009.
Nilai dagangan dua hala mencecah RM450.84 bilion (US$98.80 bilion) pada 2023, meningkat lebih 481 kali ganda berbanding hanya sekitar US$200 juta (RM937 juta) pada 1974.
Para penganalisis optimis bahawa hubungan yang bertaraf Perkongsian Strategik Komprehensif itu mempunyai ruang dan peluang besar untuk terus dikembangkan demi manfaat bersama.
Pakar Geostrategi Prof. Dr. Azmi Hassan berkata bahawa meskipun berdepan cabaran, termasuk isu tuntutan bertindih di Laut China Selatan, hubungan ini harus dikekalkan berpaksikan dasar negara yang neutral dan tidak berpihak.
Beliau menegaskan bahawa hubungan kukuh Malaysia-China selama ini terjalin kerana nilai persahabatan yang bersandarkan kepada kesalingpercayaan dan situasi menang-menang.
Ia sekali gus menidakkan persepsi bahawa Malaysia memihak kepada China dalam soal geopolitik, kata Azmi kepada Bernama
"Malaysia rapat dengan China dan juga dengan Amerika Syarikat (AS) kerana apa yang kita inginkan ialah menentukan aktiviti dagang itu tidak terencat (akibat persaingan geopolitik China dan AS)," katanya.
Sebelum ini, Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Perdana Menteri China, Li Qiang menyatakan komitmen mereka untuk menggalakkan dunia multipolar yang baik dan teratur serta globalisasi ekonomi yang inklusif menerusi satu kenyataan bersama.
Dalam kenyataan bersama antara China dan Malaysia, kedua-dua pemimpin bersetuju bahawa dunia sedang melalui perubahan yang pesat dan telah memasuki tempoh baharu ketidakstabilan dan transformasi.
"Kedua-dua negara merupakan wakil penting untuk negara-negara sedang membangun di Asia dan ekonomi pesat membangun.
"Kepentingan hubungan dua hala yang strategik terus diketengahkan, yang penting bukan sahaja kepada rakyat tetapi juga masa depan rantau ini, meningkatkan perpaduan dan kerjasama 'Global South'," menurut kenyataan yang dibuat ketika lawatan rasmi Li bersempena sambutan jubli emas hubungan diplomatik antara kedua-dua negara di Malaysia baru-baru ini.
"Hubungan Malaysia dan China juga boleh menjadi model yang patut dicontohi, dengan kuasa besar boleh berdagang dan berurusan untuk kepentingan bersama tanpa mengambil kesempatan ke atas negara kecil," kata Azmi.
Azmi juga berkata bahawa kemunculan China sebagai kuasa besar dunia boleh menjadi teladan kepada negara pesat membangun seperti Malaysia, terutama dalam sektor ekonomi, infrastruktur, teknologi tinggi, pendigitalan dan kecerdasan buatan (AI).
Malaysia boleh mempelajari bagaimana China menjadikan pasaran domestik sebagai sandaran utama ekonominya.
Sementara itu, Timbalan Ketua Jabatan Pengajian Antarabangsa dan Strategik di Universiti Malaya, Dr. Lam Choong Wah berkata antara bidang baharu yang perlu diberi perhatian oleh Malaysia dalam hubungan yang semakin berkembang dengan China ialah eksplorasi angkasa.
Susulan kejayaan besar China dalam eksplorasi Bulan dan misi ke Marikh, Malaysia boleh memanfaatkan kepakaran China dalam bidang ini.
"Malaysia seharusnya tidak lagi menjadi pemerhati dalam bidang ini. Kita perlu mengambil bahagian secara aktif dalam era penemuan yang penting ini," kata Lam.
"Malaysia boleh mengambil peluang bekerjasama dengan China, contohnya dengan menghantar rakyat kita ke Akademi Sains China untuk menjalankan penyelidikan bersama mengenai tanah Bulan," katanya.
Beliau berkata faktor ini juga sejajar dengan cita-cita Malaysia untuk membangunkan industri angkasa.
Tahun lalu, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Chang Lih Kang berkata Malaysia sedang mengkaji kemungkinan untuk menubuhkan tapak pelancaran angkasa di sini dengan alasan kedudukan geografi unik negara dan potensi ekonomi besar yang boleh dijana dari industri itu.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jul 23 2024

Dalam tempoh ini, Malaysia dan China telah mempamerkan komitmen jitu bagi memperkukuh ikatan yang memberi manfaat penting kepada kedua-dua negara. - Gambar fail
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.
AWANI Ringkas: 12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Tarian singa jadi jambatan budaya antara China, Malaysia
Tradisi budaya tarian singa yang berasal lebih 1,000 tahun dahulu di China, kini menarik ramai peminat di Malaysia moden.

Hubungan Malaysia-China miliki potensi besar untuk diterokai 50 tahun lagi - Penganalisis
Melangkah ke era baharu yang penuh harapan, hubungan Malaysia-China diyakini akan terus berkembang dan mencapai kejayaan yang lebih besar.

Hubungan Malaysia-China contoh terbaik di rantau ini, Li Qiang cadang empat langkah untuk maju ke hadapan
China akan terus bekerjasama dengan Malaysia dalam meningkatkan persahabatan dan hubungan dua hala untuk manfaat bersama dan masa depan yang lebih cerah bagi kedua-dua negara.

Malaysia lihat hubungan dengan China menerusi lensa strategik menyeluruh - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan Malaysia melihat hubungan dengan China bukan setakat dua hala, tetapi menerusi lensa strategik yang menyeluruh.

Arkib Negara kekal pelihara bidikan sejarah hubungan Malaysia-China
Arkib Negara masih menyimpan rapi setiap gambar serta dokumen penting rentetan daripada peristiwa bersejarah itu.

Gelaran 'abang' beri impak bahasa diplomasi, tidak jejas dasar luar - Pakar
Cuma bahasa yang digunakan, menyebut 'abang besar' itu - ia satu pendekatan luar daripada norma diplomasi yang biasa.

Anggap Malaysia negara sahabat baik, China akan beri keutamaan vaksin COVID-19 - Muhyiddin
Malaysia telah disenaraikan sebagai negara yang akan diberi keutamaan untuk menerima vaksin COVID-19 daripada China, kata Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

PM Najib pulang ke tanah air selepas lawatan berjaya di China
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pulang ke tanah air pada Sabtu setelah melakukan lawatan yang berjaya dalam meningkatkan hubungan Malaysia-China ke tahap lebih tinggi.