KUALA TERENGGANU: Industri pelancongan di Tasik Kenyir dijangka bertambah rancak pada tahun hadapan dengan siapnya hotel bertaraf tiga bintang di Pulau Poh.
Pengarah Eksekutif yang juga Presiden Terengganu Incorporated Sdn Bhd (Terengganu Inc), Burhanuddin Hilmi Mohamed@Harun berkata, pembinaan hotel setinggi lapan tingkat dengan 100 bilik itu, sudah mencapai lebih 90 peratus dan dijangka dibuka kepada pelancong pada suku kedua tahun hadapan.
"Kita sedang siapkan dokumen permohonan bidaan (RFB) untuk beberapa syarikat yang berminat untuk masuk menguruskan hotel ini.
"Kita mahu mencari pengusaha yang memiliki reputasi dan nama besar dalam industri berkaitan kerana tidak mahu berlaku masalah di kemudian hari," katanya di sini, hari ini.
Tambah beliau, selain hotel, pihaknya turut memperuntukkan perbelanjaan sebanyak RM1.5 juta bagi kerja-kerja pembaikan taman tema air berdekatan hotel tersebut, yang dijadualkan bermula tahun depan.
Katanya, taman tema itu sebelum ini telah beroperasi dan dikendalikan oleh Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah), tetapi terpaksa ditutup atas beberapa faktor termasuk pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
"Kita akan naik taraf sedikit taman tema ini.. mungkin mengambil idea daripada Taman Tema Sunway Lagoon, sebagai daya tarikan baharu ke Kenyir yang sebelum ini banyak bergantung pada rumah bot.
"Kalau boleh kita mahu taman tema ini dikendalikan di bawah pengusaha sama dengan hotel, tetapi perlu keluarkan dokumen RFB dahulu dan lihat macam mana perkembangannya," katanya.
Hotel di Pulau Poh, yang mula dibina pada 2017 itu, adalah sebahagian daripada pelan pembangunan Zon Bebas Cukai Tasik Kenyir dan turut dilengkapi kemudahan lain seperti jeti kargo dan Jambatan Ikonik yang telah pun dibuka kepada orang ramai.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Dec 06 2021
Selain hotel, pelan pembangunan Zon Bebas Cukai Tasik Kenyir turut dilengkapi kemudahan seperti jeti kargo dan Jambatan Ikonik yang telahpun dibuka kepada orang ramai. - Bernama
Pembukaan NADI pupuk komuniti lebih berinovatif, interaktif
Kemudahan NADI membantu pelajar dan penduduk mempelajari ilmu baharu yang relevan dengan perkembangan semasa.
Perpaduan dan nilai kekeluargaan teras kemajuan Wilayah Persekutuan - Zaliha
Di sebalik pembangunan dan kemodenan Wilayah Persekutuan yang merangkumi Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan, tersemat semangat perpaduan dan nilai kekeluargaan di setiap sudutnya.
Polis Filipina sahkan pemergiaan Malabed satu kehilangan
Polis Filipina pada Jumaat mengesahkan seorang pegawainya Kolonel Polis Pergentino Malabed berada dalam pesawat American Airlines yang terhempas ke Sungai Potomac selepas bertembung dengan helikopter Black Hawk Tentera pada Rabu.
Junta tentera lanjutkan darurat
Junta Tentera melanjutkan darurat selama enam bulan lagi, sehari sebelum ulang tahun keempat rampasan kuasa.
Hamas umum nama tiga tebusan bakal dilepaskan
Hamas pada Jumaat mengumumkan nama tiga tebusan yang bakal dilepaskan pada Sabtu.
Tiga individu itu ialah Ofer Calderon, Keith Siegel dan Yarden Bibas.
Tiga individu itu ialah Ofer Calderon, Keith Siegel dan Yarden Bibas.
Pemimpin pembangkang India ditahan atas dakwaan rogol, serangan
Seorang pemimpin parti pembangkang Kongres India ditangkap pada Khamis atas tuduhan rogol dan serangan.
FDA lulus ubat baharu berpotensi jadi alternatif opioid
Pil itu dinamakan Journavx, yang digunakan untuk merawat sakit akut jangka pendek yang sering berlaku selepas pembedahan atau kecederaan.
Malaysia bantu permudah Timor-Leste sertai perjanjian ekonomi ASEAN
ASEAN menantikan kesediaan daripada Timor-Leste untuk menyertai perjanjian-perjanjian dan bersedia memberikan sokongan pembinaan kapasiti.
Sekitar Masjid Umawi sempena solat Jumaat pertama selepas pembentukan kerajaan sementara
Hari Jumaat di Syria merupakan hari hujung minggu. Hujung minggu kali ni sedikit berbeza kerana rakyat Syria dilihat keluar beramai-ramai solat Jumaat di Masjid Umawi di Damsyik dan Hilal Azmi yang berada di lokasi sempat bertemu dengan pelajar Malaysia di sana.
Kertas siasatan kes guru pukul murid telah lengkap
Polis telah melengkapkan kertas siasatan berhubung dakwaan seorang murid sebuah sekolah rendah di Bagan Serai mengalami kecederaan akibat dipukul guru seperti yang tular di media sosial.
Hotel tiga bintang di Pulau Poh, Tasik Kenyir siap tahun depan
Pembinaan hotel setinggi lapan tingkat dengan 100 bilik itu, sudah mencapai lebih 90 peratus.