Pihak swasta terutama hotel yang mempunyai kolam renang di premis mereka disaran membantu memudahkan pihak sekolah menyediakan aktiviti renang untuk para pelajar mereka.
Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik berkata pihaknya akan mengadakan perbincangan dengan pihak hotel mengenai perkara itu supaya ia ditawarkan sebagai salah satu Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) mereka.
"Kita juga berharap lepas pengumuman ini, pihak hotel akan bertindak proaktif untuk mengambil inisiatif sendiri," katanya pada sidang media selepas melancarkan program 'Life Saving Skills' dan modul Kesedaran Keselamatan dan Menyelamat di Air 2018 di sini hari ini.
Maszlee dilapor berkata, mulai tahun depan kegiatan kokurikulum belajar berenang bakal diperkenalkan kepada murid sekolah dalam usaha kementerian mempersiapkan mereka dengan kemahiran itu, sekali gus menangani insiden lemas.
Bagaimanapun, beliau menegaskan bahawa saranan supaya hotel menawarkan premis mereka hanya sebagai usaha kementerian untuk menambah lokasi belajar renang sekolah.
"Pelan asalnya ialah membawa mereka ke pusat-pusat sukan dan kolam renang awam. Kami cuma mengges pihak hotel agar dapat melaksanakan tugas CSR," katanya menambah saranan itu berikutan tidak semua sekolah dilengkapi dan berdekatan dengan kolam renang.
Ditanya sama ada aktiviti belajar renang akan dijadikan satu kokurikulum wajib, katanya kerajaan mempunyai rancangan untuk menjadikan ia silibus wajib bermula dari prasekolah sehingga sekolah menengah, namun ia akan mengambil masa yang panjang, memandangkan terdapat kira-kira 10,000 buah sekolah di seluruh negara.
Terdahulu, dalam ucapannya, Maszlee berkata buat masa ini, aktiviti renang dijalankan melalui kelab dan persatuan sebagai kegiatan kokurikulum dengan pelajar diajar berdasarkan modul-modul oleh agensi berdaftar dengan kementerian berpandukan garis panduan pelaksanaan aktiviti kokurikulum sedia ada.
Modul yang dilancarkan hari ini adalah julung kali diadakan dan amat bermakna selain tepat pada masanya bagi menunjukkan komitmen kementerian menyebar luas kesedaran dan kepentingan keselamatan dan menyelamat di air.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Nov 21 2018
Maszlee (dua, kiri) melihat demonstrasi menyelamat mangsa lemas sempena perasmian Program 'Life Saving Skills' dan Modul Kesedaran Keselamatan dan Menyelamat Air Peringkat Kebangsaan 2018 di Kem Tekali hari ini. --fotoBERNAMA
Tragedi tukar pemandu, dua penuntut UTeM maut
Dalam kejadian kira-kira jam 6.20 pagi itu, mangsa Nurul Syafiqah Nasruddin dan Nurhanis Afryna Azizan, masing-masing berusia 19 tahun maut akibat kecederaan parah di bahagian kepala.
Dua Dekad Tsunami: Penduduk Kota Kuala Muda imbau tragedi, masih trauma
Biarpun sudah dua dekad berlalu, dia tidak pernah melupakan tragedi itu kerana kakak sulungnya menjadi antara 12 mangsa yang terkorban di Kota Kuala Muda.
OpenAI pertimbang bangunkan robot berbentuk manusia
OpenAI juga telah melabur dalam beberapa syarikat robotik seperti Physical Intelligence dan Figure.
Mayat ditemukan di ruang roda pesawat United Airlines di lapangan terbang Hawaii
Mayat itu dilaporkan ditemukan pada sebuah pesawat Boeing 787-10 yang berlepas dari Lapangan Terbang O'Hare di Chicago.
Dua Dekad Tsunami: Aku, Aceh dan tsunami
Program Podcast Tsunami 20 tahun dan resensi buku "Aku, Aceh dan Tsunami" oleh Norazam Abu Samah menjadi tumpuan, menceritakan pengalaman dan semangat juang warga Aceh selepas bencana.
Pantau Belanjawan: Lonjakan Pelaburan Malaysia: Pacu Momentum 2025
Felo Bersekutu Kanan, Institut Dasar Ekonomi dan Kewangan (ECOFI), Universiti Utara Malaysia, Prof. Madya Dr. Irwan Shah Zainal Abidin mengupas berkenaan prestasi pelaburan tahun 2024 dan bagaimana momentum kukuh ini boleh diteruskan pada 2025.
The need for Regulation of Property Management Practice under Act 242 & BOVAEP
How gaps in regulation put property owners, tenants, and the real estate market at risk. Join Director, Research, Sr Sulaiman Saheh Explore as he explore critical need for robust property management regulations to safeguard public interest and elevate industry standards.
AWANI Ringkas: JPS ramal banjir di sembilan jajahan Kelantan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Kapal NASA terbang ke atmosfera luar matahari
Kapal angkasa Parker Solar Probe, projek perintis Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (NASA) mencipta sejarah terbang ke dalam atmosfera luar matahari, dikenali sebagai korona, dalam misi untuk membantu saintis mengetahui lebih lanjut mengenai bintang terdekat Bumi.
Penumpang pakai topeng oksigen sebelum terhempas
Penumpang pesawat Embraer EMBR3 Azerbaijan Airlines dilihat memakai topeng oksigen kabin sebelum pesawat itu terhempas di lapangan terbang Aktau, Kazakhstan pada Rabu.
Pembukaan banyak pusat data boleh jejas sumber air negara
Meskipun Malaysia mengalu-alukan pelaburan itu, pakar bimbang tidak ada cukup langkah untuk melindungi air bagi kegunaan awam dan persekitaran.
Semua empangan di Selangor berkapasiti penuh, mampu bertahan empat bulan
Secara keseluruhan, kapasiti air mentah mampu bertahan selama tempoh empat bulan tanpa hujan.
Masalah air perlukan penyelesaian yang lebih saksama
Jelas beliau, jika masalah air ini gagal diatasi ia juga akan menyumbangkan kepada penutupan kilang-kilang dan pelabur berpindah ke negara lain.
Dasar Air Negara diperkemas, KASA lantik UKM jalankan kajian
Pakar runding dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dilantik Kementerian Alam Sekitar dan Air bagi menjalankan kajian Dasar Negara dalam mengukuhkan dasar air yang lebih menyeluruh dan holistik.
Ketika banjir melanda, LRA Cheras Batu 11, Langat 2 dihenti tugas, jejas 472 kawasan - Air Selangor
Berikutan peningkatan paras air sungai yang mengakibatkan banjir, dua LRA iaitu LRA Cheras Batu 11 dan LRA Langat 2 dihenti tugas manakala LRA Sungai Langat beroperasi pada pengeluaran separa.
Bekalan air terjejas kerana elektrik terputus - AKSB
Bekalan air terawat yang terjejas di beberapa jajahan di Kelantan berpunca dari bekalan elektrik yang terputus hingga menyebabkan pam air mentah terhenti pada Jumaat lepas.
Euro 2020: Ronaldo tolak tepi minuman tajaan kejohanan
Cristiano Ronaldo mengetepikan botol tersebut dan menyebut 'agua', sekali gus memberikan mesej kepada semua supaya tidak mengambil minuman yang mengandungi gula yang tinggi itu.
Lubang benam gergasi 'muncul' di Mexico
Lubang itu pada mulanya hanya berukuran lima meter namun saiznya menjadi berkali ganda hanya dalam beberapa jam.
Indeks Harga Pengguna naik 1.7 peratus pada Mac 2021
Peningkatan dalam keseluruhan IHP tersebut didorong oleh kenaikan indeks pengangkutan, makanan, pelbagai barangan dan perkhidmatan.
Ramadan 2021: Masalah mulut berbau.. Apa puncanya?
Ramai salah anggap, samakan plak dengan makanan yang tertinggal dalam mulut, sedangakan ia adalah benda yang bebeza.