TANJONG KARANG: Hospital Tanjong Karang yang baharu beroperasi sejak Oktober tahun lepas bakal mempunyai 10 jenis khidmat kepakaran bagi memberi rawatan kepada para pesakit, yang akan diperkenalkan secara berfasa, kata Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa.
Beliau berkata ia terdiri daripada pembedahan, kecemasan, perubatan umum, obstetrik dan ginekologi, pediatrik, ortopedik, anestesiologi, radiologi, patologi serta bedah mulut dan maksilofasial.
Katanya sejak Hospital Tanjong Karang yang kini berstatus hospital pakar minor mula beroperasi, RM1.5 juta kos penghantaran pesakit dari Hospital Tanjong Karang ke hospital pakar lain dapat dijimatkan, melibatkan anggaran 3,000 kes rujukan pesakit.
"Dengan status baharu sebagai hospital pakar minor, diharap ia dapat mengurangkan jumlah kes yang dirujuk ke Hospital Sungai Buloh," katanya kepada media selepas Majlis Perasmian Hospital Tanjong Karang yang dirasmikan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini.
Mengulas berhubung kekurangan doktor gigi dalam perkhidmatan kesihatan, Dr Zaliha berkata kementeriannya akan terus meningkatkan usaha menempatkan lebih ramai penempatan bagi doktor gigi di fasiliti kesihatan kerajaan bagi mengatasi isu kesesakan kehadiran pesakit.
"Khususnya untuk (penempatan) doktor gigi, sebenarnya kita ada penambahan contohnya pada 2021, kita ada 154 orang doktor. Pada 2022 kita tambah seramai 477 doktor gigi, ia hampir tiga kali ganda (peningkatan)," katanya.
Dr Zaliha berkata pihaknya menggunakan pelbagai pendekatan bagi mengatasi masalah kesesakan antaranya menerima pesakit secara walk-in (pandu lalu) ke klinik pergigian, dan bakal memperkenalkan klinik pergigian komuniti yang diperhalusi secara menyeluruh.
Ditanya mengenai titah Sultan Selangor mengenai waktu menunggu yang terlalu lama di bahagian kecemasan hospital seluruh negeri itu, Dr Zaliha berkata Kementerian Kesihatan telah merangka beberapa langkah untuk mengatasi masalah berkenaan.
Katanya ia termasuk melakukan audit kepada pihak berkaitan termasuk pengarah hospital bagi mengenal pasti masalah yang dihadapi, selain turut bercadang mewujudkan lodging wad yang berfungsi menempatkan pesakit sementara untuk menunggu proses keluar hospital (discaj).
-- BERNAMA
Bernama
Thu Feb 09 2023

Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah (tiga, kiri) bersama Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin (dua kanan) membuat lawatan selepas Majlis Perasmian Hospital Tanjong Karang hari ini. - Foto BERNAMA
[TERKINI] 'Gummy' dilarang jual, tidak patuh pelabelan
Produk gummy berbentuk mata yang dipercayai menjadi punca kematian kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun di Pulau Pinang dilarang dijual di mana-mana platform termasuk dalam talian dan pasaran domestik.

Pengurusan masjid, surau perlu tingkatkan kawalan keselamatan - Mohd Na'im
Insiden kanak-kanak dipercayai dicabul ketika berada di dalam sebuah masjid di Selangor adalah satu perkara yang perlu diambil iktibar.
InRealty: LBS Memacu Pembangunan Hartanah Lestari
LBS mengekalkan amalan lestari di dalam setiap pembangunan projek hartanah.
APMM tahan tujuh lelaki Indonesia ceroboh pelantar
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu menahan tujuh lelaki warga Indonesia yang menceroboh pelantar minyak tidak berpenghuni di Lapangan Tembikai di kedudukan 77 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu, semalam. #AWANInews
KPM pantau penjaja di luar premis sekolah - KP Pendidikan
Isu penjaja di luar kawasan sekolah akan dipantau ketat oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi menjamin keselamatan murid. #AWANInews
Cuba cabul kanak-kanak di masjid, polis tahan remaja 19 tahun
Polis telah menahan seorang suspek lelaki warga tempatan berusia 19 tahun berkaitan kes cubaan merogol kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor. #AWANInews
Dialog Anak Muda: Pindaan akta untuk berhimpun
Apa sebab Akta Perhimpunan Aman 2012 perlu ditambah baik? Bagaimana pindaan baharu Akta 736 ini boleh memenuhi keseimbangan kebebasan bersuara dan soal keselamatan negara? Dialog Anak Muda, 8.30 malam ini.
AWANI Sabah+: Keindahan Sabah menggamit pelancong asing
Peningkatan ketibaan pelancong dari tahun ke tahun ke Sabah telah menjana perbelanjaan pelancongan yang mencecah lebih RM5 billion pada tahun 2024 dan ia dijangka meningkat dengan pelbagai penambahbaikan yang memberi tumpuan kepada pemeliharaan warisan dan alam sekitar.
NASA kurangkan risiko impak Asteroid 2024 YR4 kepada 0.28 peratus
Nasa mengurangkan lagi kemungkinan impak daripada Asteroid 2024 YR4 ke Bumi pada 22 Disember 2032, kepada 0.28 peratus, menurut jangkaan terbaru NASA pada Khamis.
MARA sasar RM50 juta kutipan wakaf MARA MADANI - Asyraf Wajdi
Majlis Amanah Rakyat (MARA) menyasarkan kutipan dana Wakaf MARA MADANI berjumlah RM50 juta menjelang hari pelancarannya pada 15 Mac ini.

Bayi perempuan dijumpai di belakang rumah belum siap
Jiran yang mendengar suara tangisan itu terkejut apabila menemui bayi masih bertali pusat kira-kira jam 1.40 pagi.

Hospital Tanjong Karang bakal miliki 10 jenis khidmat kepakaran
Ia a terdiri daripada pembedahan, kecemasan, perubatan umum, obstetrik dan ginekologi, pediatrik, ortopedik, anestesiologi, radiologi, patologi serta bedah mulut dan maksilofasial.

Tiga lelaki halang tugas penjawat awam ditahan
Lelaki berusia 17, 21, dan 35 tahun itu ditahan pada Rabu bagi membantu siasatan lanjut.

Hospital Tanjong Karang mula beroperasi 10 Oktober ini
Hospital Tanjong Karang diharap mampu memberikan perkhidmatan yang lebih baik terutamanya dalam menampung keperluan semasa.

Penghantar makanan maut rempuh belakang lori
Pelanggaran itu menyebabkan penunggang motosikal cedera parah dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Lelaki ditemui mati dalam lori
Polis menerima laporan seorang lelaki berusia lingkungan 50-an ditemukan tidak sedarkan diri dalam kenderaan itu pada jam pada jam 9.20 pagi.

Bangunan baharu Hospital Tanjong Karang dijangka siap November 2020
Menteri Kesihatan Dr Dzulkefly Ahmad berkata kerja-kerja menanam cerucuk sudahpun bermula pada tapak projek pembinaan yang tertangguh sejak sedekad lepas.