KUALA SELANGOR: Seorang penghantar makanan maut selepas motosikal ditunggangnya merempuh belakang sebuah lori muatan kelapa di Kilometer 44 Jalan Klang-Teluk Intan di sini, pada Khamis.
Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Ramli Kasa berkata, polis menerima maklumat kejadian itu pada jam 4.33 petang.
Menurutnya, siasatan awal mendapati lori dipandu lelaki berusia 24 tahun itu dalam perjalanan menghantar bekalan kelapa dari Bagan Datuk, Perak menghala ke Selayang.
"Sejurus tiba di lokasi kejadian pemandu memperlahankan kenderaannya kerana menghampiri kawasan lampu isyarat," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.
Bagaimanapun, Ramli berkata, motosikal Yamaha 135 LC ditunggang mangsa berusia 23 tahun dari arah belakang merempuh penghadang belakang kiri lori berkenaan.
Ramli memberitahu, pelanggaran itu menyebabkan penunggang motosikal cedera parah dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
Menurut beliau, mayat mangsa dibawa ke Hospital Tanjong Karang untuk bedah siasat.
"Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987," katanya. -Sinar Harian
Sinar Harian
Fri Aug 05 2022
Keadaan motosikal mangsa dalam nahas di Kilometer 44 Jalan Klang-Teluk Intan pada Khamis. -Foto Sinar Harian
NASA lakar sejarah terbang paling hampir kepada matahari
Peneroka Parker Solar milik NASA mencipta sejarah pada Selasa apabila menjadi kapal angkasa pertama yang terbang paling dekat dengan matahari.
Presiden AS Biden tandatangani 50 RUU malam Krismas
Antara undang-undang baharu itu ialah Akta Hentikan Penyalahgunaan Institusi Kanak-Kanak yang diperjuangkan oleh selebriti Paris Hilton.
Enam disenarai individu dikehendaki polis Hong Kong
Enam individu disenaraikan sebagai individu dikehendaki polis Hong Kong kerana disyaki melanggar undang-undang keselamatan negara itu.
Yeoh Kay Bin diumum ketua jurulatih baharu team LZJ
Pasukan Lee Zii Jia (Team LZJ) mengumumkan bekas pemain badminton negara Yeoh Kay Bin sebagai ketua jurulatih baharu pasukan itu.
PGA tumpas aktiviti pemerdagangan orang di Pasir Mas
Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Tenggara menumpaskan kegiatan pemerdagangan orang membabitkan enam pendatang tanpa izin menerusi Op Nyah II di Kampung Barol Pial di Rantau Panjang, Pasir Mas semalam.
12 kontena misi bantuan MAPIM berjaya masuk ke Gaza
Menerusi satu kenyataan media pada Rabu, beliau berkata, fasa pertama berjaya dengan 12 kontena manakala pihaknya sedang mengusahakan fasa kedua dan ketiga untuk mencukupkan sasaran 100 kontena untuk Gaza.
25 pemandu bas ekspres, persiaran dikesan pandu seorang diri
Sebanyak 25 bas ekspres dan persiaran dikesan beroperasi dengan hanya seorang pemandu bagi perjalanan jarak jauh dalam operasi yang diadakan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pulau Pinang di tiga plaza tol di negeri itu, pada Selasa.
Masih terlalu awal klasifikasikan punca insiden
Siasatan mengenai nahas pesawat di Kazakhstan sedang dijalankan dan pada masa ini masih terlalu awal mengklasifikasikan kes tersebut.
Kesemua 28 mangsa terselamat dirawat di hospital berhampiran
Kementerian Situasi Kecemasan Kazakhstan pada rabu mengesahkan kesemua 28 mangsa yang terselamat termasuk dua kanak-kanak dalam nahas kapal terbang Embraer 190, sedang dirawat di hospital berhampiran.
Selain itu pihak berkuasa tempatan juga memaklumkan suruhanjaya kerajaan telah ditubuhkan untuk membuat siasatan terperinci berhubung punca kemalangan.
Selain itu pihak berkuasa tempatan juga memaklumkan suruhanjaya kerajaan telah ditubuhkan untuk membuat siasatan terperinci berhubung punca kemalangan.
Azerbaijan Airlines terhempas, Vladimir Putin ucap takziah
Menurut jurucakap Kremlin, Dmitry Peskov, pihaknya sangat bersimpati dengan mereka yang terkesan serta mendoakan pemulihan segera kepada semua mangsa yang terselamat.
Penghantar makanan maut rempuh belakang lori
Pelanggaran itu menyebabkan penunggang motosikal cedera parah dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.