KUALA LUMPUR : Pihak Pengurusan Hospital Sungai Buloh (HSgB) menarik balik memo larangan menggunakan khidmat penghantaran makanan atas talian bagi kakitangan dan pesakit di hospital berkenaan.
Pengarah HSgB, Dr. Kuldip Kaur Prem Singh menjelaskan, penarikan memo bertarikh 9 Ogos 2022 itu berkuat kuasa serta-merta.
"Pihak Pengurusan Hospital Sungai Buloh ingin memaklumkan dengan lebih lanjut berkenaan memo dalaman hospital ini bertajuk “Larangan menggunakan khidmat penghantaran makanan atas talian bagi kakitangan dan pesakit di Hospital Sungai Buloh” bertarikh 9 Ogos 2022 yang telah tular di media sosial sejak 10 Ogos 2022.
"Adalah dimaklumkan bahawa, pihak Pengurusan HSgB dengan ini menarik balik semua larangan yang ditetapkan dalam memo bertarikh 9 Ogos 2022 berkenaan, berkuat kuasa serta-merta," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.
Sebelum ini memo 'dalaman' itu tular di media sosial dan mendapat kritikan pengguna media sosial termasuk Ahli Parlimen Kuching, Kelvin Yii.
Memo itu antara lain menyebut, larangan kepada kakitangan dan pesakit untuk menggunakan khidmat penghantaran atas talian dikuatkuasa berikutan aduan peningkatan kuantiti sisa makanan dan sampah sarap yang tidak terurus selain gangguan makhluk perosak yang menjejaskan kebersihan wad.
Dalam masa sama, memo itu turut mengingatkan pihak kafeteria mempertingkatkan perkhidmatan serta penyediaan makanan kepada warga kerja dan orang awam dari semasa ke semasa berdasarkan keperluan dan permintaan.
Rahimah Abdullah
Thu Aug 11 2022
![Hospital Sungai Buloh tarik balik memo larang kakitangan, pesakit guna penghantaran makanan atas talian Hospital Sungai Buloh tarik balik memo larang kakitangan, pesakit guna penghantaran makanan atas talian](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-07/41626885378_JabatanForensik.jpg)
Sebelum ini memo 'dalaman' itu tular di media sosial dan mendapat kritikan pengguna media sosial termasuk Ahli Parlimen Kuching, Kelvin Yii. - BERNAMA
![THT ubat kecewa, juarai MHL 2025 THT ubat kecewa, juarai MHL 2025](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739740841_TNBLigaHoki.jpg)
THT ubat kecewa, juarai MHL 2025
Kemenangan itu merupakan kali ketujuh buat THT, yang pernah menjuarai liga pada edisi 2014, 2015, 2016, 2018, 2022, dan 2023.
![Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739740057_HamidYusoff.jpg)
Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf
Projek itu dijalankan menerusi kaedah moden menggunakan sistem iMistroom 2.0 hasil inovasi Hamid bersama pasukannya.
![HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702567_KhairulAzwanHarun.jpg)
HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka
Khairul Azwan berkata ekspo yang dijadual berlangsung selama enam bulan bermula pertengahan April akan turut disertai pelbagai agensi kerajaan.
![Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739611701_AbangJohariTunOpe.jpg)
Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari
Katanya, Sarawak telah diiktiraf oleh Bank Dunia dan Ketua Audit Negara kerana berjaya menguruskan kewangannya dengan baik.
![RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702271_ShamsulAzri.jpg)
RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN
Ia sebahagian usaha kerajaan meningkatkan kedudukan Malaysia dalam CPI dengan menambah baik proses pentadbiran kerajaan secara menyeluruh.
![Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702372_MohdDusukiMokhtar.jpg)
Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat
Mohd Dusuki berkata, pihak Jabatan Peguam Negara amat berbesar hati kerana turut berpeluang terlibat dengan Projek Kampung Angkat MADANI.
![Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739707799_ResortPulauPetang.jpg)
Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang
KETENGAH kini di peringkat melantik kontraktor setelah peruntukan itu disalurkan pada akhir tahun lepas.
Penjual jagung hina kaum India tampil mohon maaf
Penjual jagung yang meletakkan papan tanda berunsur perkauman terhadap kaum India tampil memohon maaf atas kesilapannya itu.
Dia yang dikenali sebagai Abdul Aziz Musa berkata, perbuatan itu sama sekali tidak berniat untuk menghina kaum India.
Dia yang dikenali sebagai Abdul Aziz Musa berkata, perbuatan itu sama sekali tidak berniat untuk menghina kaum India.
Kehadiran anggota polis di kedai buku hanya rondaan rutin
Kehadiran anggota polis di sebuah galeri buku di Petaling Jaya hanya sekadar rondaan rutin dan bukan bertujuan mengganggu aktiviti perniagaan.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, penjelasan ini bagi menjawab hantaran dimuat naik di aplikasi X berkaitan kehadiran pihaknya serta penguatkuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) di premis terbabit
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, penjelasan ini bagi menjawab hantaran dimuat naik di aplikasi X berkaitan kehadiran pihaknya serta penguatkuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) di premis terbabit
Wanita curi duit semasa kenduri ditahan, ada 10 rekod jenayah
Seorang wanita berusia 61 tahun yang menyamar sebagai tetamu dan mencuri beg tangan berisi wang RM2,500 ketika majlis perkahwinan di Pasir Mas, Kelantan pada 1 Februari lalu berjaya diberkas polis.
Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Kama Azural Mohamed berkata, suspek ditahan jam 2.35 petang di hadapan sebuah masjid di Kota Bharu semasa menaiki sebuah teksi dipandu rakannya berusia 63 tahun.
Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Kama Azural Mohamed berkata, suspek ditahan jam 2.35 petang di hadapan sebuah masjid di Kota Bharu semasa menaiki sebuah teksi dipandu rakannya berusia 63 tahun.
![Hospital Sungai Buloh tarik balik memo larang kakitangan, pesakit guna penghantaran makanan atas talian Hospital Sungai Buloh tarik balik memo larang kakitangan, pesakit guna penghantaran makanan atas talian](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-07/41626885378_JabatanForensik.jpg)
Hospital Sungai Buloh tarik balik memo larang kakitangan, pesakit guna penghantaran makanan atas talian
Pihak Pengurusan Hospital Sungai Buloh (HSgB) menarik balik memo larangan menggunakan khidmat penghantaran makanan dalam talian bagi kakitangan dan pesakit di hospital berkenaan.
![COVID-19: Syarikat penerbangan terjejas, Malindo Air berdepan kekangan aliran tunai? COVID-19: Syarikat penerbangan terjejas, Malindo Air berdepan kekangan aliran tunai?](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-03/41520236430_MALINDOAIR.jpg)
COVID-19: Syarikat penerbangan terjejas, Malindo Air berdepan kekangan aliran tunai?
Di Malaysia, Malindo Air nampaknya menjadi syarikat penerbangan pertama mendedahkan 'inisiatif pengurangan kos' berkaitan dengan COVID-19.
![Amber Rudd letak jawatan Setiausaha Dalam Negeri Britain Amber Rudd letak jawatan Setiausaha Dalam Negeri Britain](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-04/41525056370_AmberRudd.jpg)
Amber Rudd letak jawatan Setiausaha Dalam Negeri Britain
Jurucakap pejabat perdana menteri mengesahkan May telah menerima peletakan jawatan wanita terbabit.