KUALA LUMPUR:Hospital Selayang melaksanakan langkah-langkah penambahbaikan bagi menangani isu pesakit yang perlu beratur panjang untuk mendapatkan rawatan di klinik pakar hospital itu.
Pengarah Hospital Selayang Dr Sakinah Alwi memaklumkan sepanjang tempoh pandemik COVID-19, penjarakan fizikal telah diamalkan di hospital itu sekali gus mengehadkan bilangan pesakit yang berada dalam ruangan klinik pakar pada satu-satu masa.
Tindakan itu secara tidak langsung juga telah mengakibatkan ramai pesakit perlu beratur di luar klinik pakar, katanya.
Antara langkah diambil bagi menangani isu itu termasuk menyediakan khemah di tapak meletak kereta di hadapan lobi klinik pakar serta menambah baik sistem laluan pesakit mengikut waktu temu janji yang ditetapkan supaya tidak berlaku kesesakan.
"Hospital Selayang juga akan memulakan perkhidmatan bilik ambil darah di luar klinik pakar lebih awal dari waktu yang dirancang sebab ia dapat mengurangkan bilangan pesakit daripada berbaris di laluan yang sama ke klinik pakar.
"Hospital juga akan mewujudkan sistem serahan surat rujukan yang dapat mengurangkan lagi bilangan pesakit yang perlu berbaris di laluan ke klinik pakar," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Dr Sakinah memaklumkan dalam pelaksanaan inisiatif itu, pihak Hospital Selayang akan sentiasa memastikan pematuhan kepada prosedur operasi standard (SOP).
Mengulas lanjut, Dr Sakinah berkata memandangkan Hospital Sungai Buloh kini merupakan Hospital Utama COVID-19 serta Hospital Kuala Lumpur dijadikan hospital hybrid bagi merawat pesakit COVID-19, Hospital Selayang perlu membantu supaya kesinambungan rawatan pesakit hospital itu tidak terjejas.
"Pada masa yang sama, Hospital Selayang terus memberikan perkhidmatan rawatan bagi pesakit sedia ada.
"Oleh itu, pertambahan bilangan pesakit yang mendapatkan rawatan di Hospital Selayang pada masa ini tidak dapat dielakkan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Nov 30 2020

Hospital Selayang melaksanakan langkah-langkah penambahbaikan bagi menangani isu pesakit yang perlu beratur panjang untuk mendapatkan rawatan di klinik pakar hospital itu. - fotoBERNAMA

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

Pesakit mental terjatuh dari tingkat sembilan Hospital Selayang
Pengarah Hospital Selayang berkata, pesakit berusia 32 tahun itu dimasukkan ke wad 9D susulan pengambilan ubat berlebihan.

Infrastruktur, sumber manusia Hospital Selayang ditambah baik - Dr Dzulkefly
Antara permasalahan yang dikenal pasti adalah Sistem Maklumat Hospital Bersepadu yang sudah tergendala sekian lama.

Elak kesesakan, Hospital Selayang guna parkir mekanikal
Pengenalan sistem parkir mekanikal dijangka mampu mengatasi masalah parkir dan kesesakan di hospital sekali gus dapat memberi manfaat buat pengunjung.

Pemain era 80-an Azhar Sharif meninggal dunia
Azhar dilapor menderita penyakit angin ahmar selain mengalami komplikasi jantung.

Polis buka kertas siasatan kes tikam di Hospital Selayang
Kertas siasatan telah dibuka berhubung kes itu mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana mencederakan dengan senjata.

Mangsa tikam Hospital Selayang diberi rawatan terbaik - Dr Zaliha
Kementerian Kesihatan akan memastikan lelaki yang cedera ditikam seorang pesakit mental di Hospital Selayang semalam diberikan rawatan terbaik.

Tanah runtuh Batang Kali: Empat mangsa di Hospital Selayang stabil - Dr Zaliha
Empat mangsa termasuk seorang wanita hamil dalam tragedi tanah runtuh di tapak perkhemahan Father's Organic Farm, Batang Kali, Selangor yang menerima rawatan di Hospital Selayang berada dalam keadaan

Perodua sumbang barangan, peralatan bernilai RM151,000 kepada dua hospital
Antara barangan yang disumbangkan ialah peralatan diagnostik, pemulihan, penjagaan pesakit, mesin dialisis dan hamper untuk para pesakit.

Hannah Yeoh dan Adam Adli ziarah Rahman Sidek
Turut hadir sama, bekas legenda beregu negara, Datuk Razif Sidek yang juga merupakan abang kepada Rahman.

Lelaki terjatuh ketika mandi air terjun
Mangsa mengalami kecederaan pada kaki kanan dan hipotermia.