Keadaan di Hospital Lahad Datu tenang dan aktiviti harian berjalan seperti biasa namun beberapa anggota tentera dan polis kelihatan berkawal di sekitar kawasan hospital terutamanya dekat pintu kecemasan.

Wartawan Astro AWANI yang cuba mendapatkan maklumat terkini diarah tidak berada di kawasan berhampiran sebalik berada di luar garisan kuning.

Bagaimanapun pemerhatian mendapati ada beberapa ambulans diiringi kereta peronda polis masuk ke pintu kecemasan.

Seorang pembantu pegawai perubatan yang enggan dikenali memaklumkan segala persediaan bagi menerima pesakit telah dilakukan.

"Doktor dan jururawat memang ditambah tapi saya tidak tahu berapa ramai," katanya.

LAPORAN LANJUT MENYUSUL