KAPIT: Fasiliti Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC) perlu ditubuhkan di Empangan Baleh, di sini yang merekodkan peningkatan kes positif sehingga menyebabkan tercetus baharu kluster.
Jelas Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Dr James Jemut Masing, kemudahan tambahan ini bagi menampung keperluan rawatan dan isolasi pesakit COVID-19.
Malah tambahnya, PKRC sedia ada di Dewan Suarah dan Stadium Tertutup di Kapit dikhuatiri tidak mampu menampung jumlah pesakit jika trend jangkitan di bahagian itu terus meningkat.
“Pada satu-satu masa terdapat sekitar 130 kes positif setiap hari di Kapit. PUI (Individu Dalam Siasatan) ditempatkan di asrama belia dan rumah temuai.
“Kes yang lebih serius diletakkan di Hospital Besar Kapit. Hospital Kapit kini juga penuh!” kata Masing dalam satu kenyataan pada Rabu.
Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Baleh mengutarakan kepentingan menubuhkan PKRC di kawasan kes yang meningkat bagi memastikan pesakit COVID-19 mempunyai tempat untuk menerima rawatan.
“Di Kapit, misalnya, PKRC harus dibangunkan di sekitar Empangan Baleh di mana terdapat Kluster COVID-19 tercetus.
"Ini akan mengurangkan tekanan penggunaan Dewan Suarah untuk kes positif COVID-19. Dengan cara ini kita dapat mengasingkan kes positif COVID-19 daripada bukan positif COVID-19 dan seterusnya, rantai penyebaran akan dapat dipotong,” jelasnya.
Dalam pada itu, pemberian vaksinasi juga ditingkatkan bagi mewujudkan imuniti kelompok. Apabila kedua-dua usaha ini dilakukan serentak, penularan COVID-19 akan lebih senang dikawal.
“Dengan cara ini kita berada dalam posisi yang lebih baik untuk memerangi COVID-19 dalam masa yang lebih singkat,” katanya.
“Dana wang digunakan juga dibelanjakan dengan baik untuk pembinaan PKRC di kawasan zon Merah,” katanya.
Tambah Masing lagi, bangunan PKRC itu juga boleh digunakan untuk tujuan lain pada masa akan datang apabila wabak ini terkawal kelak.
Untuk rekod, Kapit telah merekodkan penambahan 21 kes positif COVID-19 pada Rabu menjadikan jumlah 412 kes jangkitan tempatan direkodkan dalam tempoh 14 hari lalu dan 449 kes aktif sedang menerima rawatan.
Fadilah Sulaiman
Wed Jun 02 2021

an Sri Dr James Jemut Masing, mengutarakan kepentingan menubuhkan PKRC di kawasan kes yang meningkat bagi memastikan pesakit COVID-19 mempunyai tempat untuk menerima rawatan. - Foto BERNAMA

Seluruh England: Pasangan Korea Selatan sekat kemaraan Sze Fei-Nur Izzuddin ke suku akhir
Pasangan profesional yang juga pilihan kedua itu gagal ke suku akhir selepas tewas kepada Kim Won Ho-Seo Seung Jae dari Korea Selatan.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [14 Mac 2025]
Antara fokus AWANI Pagi bersama Geegee Ahmad dan Afiezy Azaman
Kerajaan Persekutuan, negeri perlu kerja keras bina masa depan Malaysia
MCMC sedia kerjasama dengan KKM tangani ketagihan media sosial luar biasa
SPRM sambung rakam keterangan Ismail Sabri hari ini
Kerajaan Persekutuan, negeri perlu kerja keras bina masa depan Malaysia
MCMC sedia kerjasama dengan KKM tangani ketagihan media sosial luar biasa
SPRM sambung rakam keterangan Ismail Sabri hari ini

Zelenskyy kecam kenyataan ‘manipulatif’ Putin mengenai gencatan senjata
Putin sebetulnya sedang "bersedia untuk menolak" tetapi takut untuk menyatakannya kepada Presiden Trump bahawa beliau mahu meneruskan perang, dakwa Zelenskyy.

Tiga penyamun warga asing ditembak mati selepas serang polis
Dalam kejadian kira-kira jam 3 pagi, sepasukan polis menerima maklumat berhubung kejadian pecah rumah di kawasan berkenaan.

Tidak pernah terlintas di hati bubar pasukan atau keluar liga - KDA FC
Mohd Daud berkata, pihak pengurusan sedang giat memastikan semua syarat Perlesenan Kelab Liga Malaysia Football League dipenuhi.

STEM 70 peratus: Persatuan pelajar mahu kajian diadakan terlebih dahulu
Sebarang perubahan dalam sistem pendidikan harus bersifat inklusif, holistik dan berasaskan keperluan sebenar negara serta minat pelajar.

Alibaba naik taraf aplikasi AI Quark untuk pengalaman lebih baik buat pengguna
Ia memperkenalkan keupayaan dipertingkat, termasuk chatbot AI, penyelidikan mendalam, penaakulan lanjutan dan pelaksanaan tugas.
Armenia, Azerbaijan setuju tamatkan 40 tahun konflik
Armenia dan Azerbaijan umum mereka telah bersetuju dengan teks perjanjian damai bagi menamatkan hampir empat dekad konflik antara kedua-dua negara di rantau Caucasus Selatan.
Putin sokong gencatan senjata AS, tapi letak syarat
Presiden Rusia, Vladimir Putin, menyatakan sokongan secara prinsip terhadap cadangan gencatan senjata oleh Amerika Syarikat (AS) dalam konflik Ukraine.
Trump mahu AS kuasai Greenland, cetus ketegangan antarabangsa
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, meningkatkan usahanya untuk menguasai Greenland dengan alasan kepentingan keselamatan antarabangsa.

244 kes baharu COVID-19, tiada kematian
Daripada jumlah itu, 95.5 peratus atau 10,008 individu menjalani kuarantin di rumah dan tiada yang dirawat di PKRC.

COVID-19: 383 kes baharu, lapan kematian dicatat
Kes aktif yang dilaporkan pada Isnin juga turun sedikit kepada 11,414 kes.

COVID-19: 509 kes baharu, satu kematian direkodkan
Kes aktif pada Sabtu juga turun kepada 12,002 kes.

COVID-19: 902 kes baharu, enam kematian dicatat
Daripada jumlah itu, tiga kematian berlaku di luar fasiliti hospital atau 'brought-in-dead' (BID).

COVID-19: 1,672 kes baharu, 10 kematian dicatat
Negara juga mencatatkan 2,722 kes sembuh.

COVID-19: 3,024 kes baharu, 8 kematian
Sebanyak 92 peratus atau 24,752 kes merupakan individu yang dikuarantin di rumah.

COVID-19: 2,256 kes baharu, empat kematian
Sejumlah 47 daripada mereka ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU), dengan 17 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.

COVID-19: 3,045 kes baharu, lima kematian
Jumlah kes jangkitan harian baharu kini mencecah 4.735 juta.

3,942 kes baharu COVID-19, empat kematian
Pengurangan itu menjadikan jumlah keseluruhan kes kepada 4.69 juta sejak pandemik melanda negara.

COVID-19: Kes baharu, kematian meningkat minggu lepas - Dr Noor Hisham
Bilangan kes baharu COVID-19 meningkat 0.8 peratus kepada 28,554 kes pada Minggu Epidemiologi ke-31 (ME 31/2022) dari 31 Julai hingga 6 Ogos, meliputi 28,499 kes tempatan dan 55 kes import.