GEORGE TOWN: Titah Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah supaya jangan jadikan agama Islam sebagai polemik politik perlu dihormati serta dipatuhi oleh semua rakyat negara ini, terutama pemimpin parti politik.
Mufti Pulau Pinang Datuk Seri Wan Salim Wan Mohd Noor berkata titah baginda itu tentunya lahir daripada keinsafan tentang betapa pentingnya kesucian agama Islam dipelihara, di samping mengekalkan keharmonian antara warganegara berbilang kaum.
"Sebagai seorang yang berkecimpung di dalam bidak kefatwaan selama hampir satu dekad saya suka mengingatkan semua pihak supaya tidak mengheret agama ke dalam kancah politik kepartian, ini adalah agar imej agama Islam tidak tercemar kerana dikaitkan dengan pandangan politik yang mungkin tersalah disebabkan kelemahan manusia.
"Memang politik tidak boleh dipisahkan daripada Islam tetapi politik yang dimaksudkan di sini ialah usaha-usaha untuk melaksanakan keadilan, kebajikan dan kemakmuran menerusi pemerintahan untuk kepentingan rakyat jelata," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata demikian bagi mengulas titah Al-Sultan Abdullah yang mengingatkan seluruh rakyat negara ini agar tidak menjadikan isu agama sebagai polemik politik.
Dalam titah sempena Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong semalam, Seri Paduka turut mengajak semua pihak membuang agenda retorik perpecahan dengan bersatu hati untuk mengemudi negara ke arah pembentukan masa hadapan lebih baik.
Mengulas lanjut, Wan Salim berkata dari sudut lain sistem demokrasi di dalam pemerintahan bukan sahaja ditandai dalam bentuk pilihan raya yang bebas, malah ia mesti diterjemahkan ke dalam usaha menghormati hak-hak seluruh warganegara termasuk golongan minoriti.
Katanya Islam itu mesti dilihat lebih besar daripada sebuah parti politik atau mana-mana organisasi yang ditubuhkan manusia dan Islam juga adalah satu misi Ilahi yang suci manakala parti politik adalah ciptaan manusia yang terdedah kepada kelemahan dan kekurangan.
"Umat Islam wajib terikat kepada prinsip-prinsip Islam, tetapi mereka diharuskan memilih mana-mana parti untuk diikuti. Seorang Muslim yang enggan mematuhi mana-mana rukun Islam adalah berdosa, tetapi tidak mengundi parti tertentu tidaklah salah di sisi Islam," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jun 06 2023

Wan Salim berkata titah baginda itu tentunya lahir daripada keinsafan tentang betapa pentingnya kesucian agama Islam dipelihara, di samping mengekalkan keharmonian antara warganegara berbilang kaum. - Gambar fail

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Agong berkenan terima menghadap Anwar di Bahrain
Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Bahrain pada Rabu.

Sultan Ibrahim selamat jalani rawatan di luar negara
Istana Negara memaklumkan perkara itu dalam hantaran yang dimuat naik ke akaun Facebook rasmi Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

Duta Besar M'sia ke AS: Nama calon sudah ada, perlu perkenan Agong dahulu - Anwar
Pelantikan jawatan itu perlu mendapat perkenan YDPA Sultan Ibrahim, yang kini sedang berada di luar negara untuk menjalani rawatan.

UiTM anjur solat hajat doa kesejahteraan, kesembuhan Agong
Universiti Teknologi MARA (UiTM) mengadakan Solat Hajat Khas di Masjid UiTM Shah Alam bagi mendoakan kesejahteraan dan kesembuhan segera Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim.

Najib pertimbang mohon pengampunan kedua - Peguam
Datuk Seri Najib Tun Razak sedang mempertimbangkan untuk mengemukan permohonan pengampunan kali kedua kepada Yang di-Pertuan Agong (YDPA).

Enam individu disiasat muat naik kandungan palsu, jelik berkaitan Agong - MCMC
MCMC melakukan siasatan terhadap enam individu yang dipercayai telah memuat naik kandungan berunsur palsu dan jelik melibatkan Yang di-Pertuan Agong.

Jemaah Menteri doakan kesembuhan Yang di-Pertuan Agong
Jemaah Menteri mendoakan agar Yang di-Pertuan Agong dikurniakan kesembuhan dan selamat menerima rawatan perubatan di luar negara.

Agong jalani rawatan di luar negara - Istana Negara
Istana Negara memaklumkan perkara itu telah disembah maklum kepada Majlis Raja-Raja dan Kerajaan Persekutuan.

Agong berangkat ke pra-Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-268
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan berangkat ke pra-Mesyuarat Majlis Raja-Raja (MRR) ke-268 di Istana Negara, hari ini.

Agong terima menghadap Panglima Angkatan Tentera
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang baharu Jen Datuk Mohd Nizam Jaffar di Istana Negara hari ini.