KUALA LUMPUR: Sesudah tamatnya kertas peperiksaan subjek Sains Komputer hari ini, maka berakhirlah Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2020 yang tertangguh sejak tahun lepas akibat pandemik COVID-19.
Pelbagai gelagat pelajar dapat disaksikan, antaranya melakukan sujud syukur, bertepuk gemuruh serta bersyukur setelah berjaya menjawab kesemua kertas peperiksaan yang sepatutnya mereka duduki tahun lepas.
Di KUALA LUMPUR, pusat peperiksaan SPM 2020 di Victoria Institution walaupun hanya 15 calon yang menduduki peperiksaan pada hari terakhir SPM 2020, namun pusat peperiksaan itu tetap gamat dengan sorakan calon menandakan berakhirnya peperiksaan utama negara itu.
Lebih mencuri perhatian, kesemua calon yang menduduki peperiksaan subjek Sains Komputer di sini, melakukan sujud syukur sebaik sahaja tamat peperiksaan itu sebagai tanda syukur dan meraikan 'perjuangan' mereka dalam SPM2020.
Bagi Syed Fikri Syaddad Syed Izwan,18, dia mengakui walaupun berasa kurang selesa dengan pemakaian pelitup muka sepanjang masa ketika menjawab peperiksaan, namun baginya itulah cabaran dalam membiasakan amalan norma baharu bagi memutuskan rantaian jangkitan COVID-19.
"Rasa kurang selesa juga (pakai pelitup muka) tapi inilah cabaran dan juga satu kenangan buat kami sebagai kumpulan pertama SPM dengan pematuhan SOP (prosedur operasi standard) ketat," katanya ketika ditemui Bernama di sini.
DI NEGERI SEMBILAN, cabaran ketika menduduki peperiksaan dalam suasana norma baharu susulan pandemik COVID-19 membuatkan kebanyakan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seremban 2 di sini, melipat gandakan usaha untuk menjawab peperiksaan SPM dengan lebih baik.
Ahmad Syafi Ahmad Sahfengi, 18, berkata cabaran ketika menjawab peperiksaan SPM pada tahun ini memerlukan dirinya berusaha lebih susulan banyak menghabiskan masa belajar hanya dalam talian sebelum menjelang hari peperiksaan SPM.
Muhd Afeeq Haiqal, 18, pula berkata suasana peperiksaan sememangnya berbeza tahun ini apabila tiada pelajar yang berkumpul dan berbincang selepas keluar dari dewan peperiksaan.
Di KEDAH, wakil pelajar Kolej Sultan Abdul Hamid, Muhd Arman Mohd Sobri, 18, dalam ucapannya berkata dia dan rakan-rakan seperjuangannya sangat berharap agar keputusan yang akan diperolehi mampu membanggakan semua pihak.
Sementara itu, Timbalan Ketua Setiausaha Perancangan dan Pembangunan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) Noor Azman Abdul Rahman berkata walaupun sedang berdepan pandemik COVID-19, semua pelajar berjaya menduduki peperiksaan SPM.
"Bukan mudah untuk menduduki peperiksaan SPM kali ini kerana sejak Mac tahun lalu, pelajar tidak boleh ke sekolah. Cabaran untuk mengajar dan belajar ini sukar kerana perlu menggunakan cara pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR)," katanya ketika berucap pada Majlis Kesyukuran Pengurusan SPM 2020 di Kolej Sultan Abdul Hamid di sini hari ini.
Di KELANTAN, seorang pelajar perakaunan, Alyaa Maisarah Mohd Zamani, 17, melahirkan rasa gembira SPM akhirnya sampai ke penghujung biarpun terpaksa menjawab peperiksaan mengikut SOP yang ditetapkan.
"Rasa bahagia... akhirnya semuanya tamat selepas beberapa kali ditangguhkan. Sepanjang peperiksaan memang tidak selesa perlu menjawab dalam keadaan perlu memakai pelitup separuh muka," katanya ketika ditemui di Majlis Kesyukuran Sempena Tamat SPM 2020 di SMK Salor, Kota Bharu.
Di TERENGGANU, Ketua Pengawas peperiksaan SPM di SMK Sultan Sulaiman di Kuala Terengganu, Muhammad Othman berkata antara cabaran yang dihadapi sepanjang menjaga peperiksaan pada kali ini adalah SOP yang ketat bagi mengekang penularan COVID-19 dalam kalangan calon dan pengawas.
"Sepanjang 10 tahun menjadi pengawas peperiksaan, SPM 2020 ini adalah yang paling tidak boleh dilupakan. Antara yang perlu dipatuhi adalah kami perlu memakai sarung tangan setiap kali mengedarkan kertas soalan dan perlu menukar sarung tangan yang baru setiap kali mengutip kertas peperiksaan," katanya ketika ditemui dalam Majlis Kesyukuran Sempena Tamat SPM 2020 dilaksanakan sekolah itu.
Ketua Pelajar SMK Sultan Sulaiman Muhammad Khalil Muzammil Mohamad Yusof,18, berasa bersyukur kerana akhirnya selesai menduduki SPM dan menganggapnya sebagai pengalaman yang tidak akan dilupakan kerana menjadi antara calon pertama menduduki SPM dengan norma baharu.
Di PERLIS, pelajar SMK Tuanku Lailatul Shahreen, Goh Guang Wei, 18, berkata walaupun agak tertekan apabila peperiksaan SPM ditunda sebanyak dua kali, ia tidak mematahkan semangatnya untuk terus belajar.
Turut berkongsi pengalaman Amirul Azri Zamri, 18, berkata beliau bersyukur kerana akhirnya dapat menjawab kesemua tujuh kertas peperiksaan yang diduduki dan kini bercadang untuk bekerja sementara menunggu keputusan SPM.
Di PAHANG, calon SPM di SMK (LKTP) Jengka 2 Anis Zulaikha A.Mujaini, 18, turut merasa lega kerana akhirnya berjaya menamatkan sesi persekolahan selepas tidak dapat menduduki peperiksaan penting itu tahun lalu mengikut jadual asal.
"Dahulu setiap masa berdebar dan tertanya-tanya bila saya boleh mengambil SPM kerana saya mahu belajar ke peringkat lebih tinggi dan sudah tentu untuk memohon institusi pengajian tinggi memerlukan keputusan SPM. Lega juga apabila semuanya berjalan lancar dan tamat hari ini," katanya kepada Bernama.
Di JOHOR, seorang wakil pelajar Maktab Sultan Abu Bakar (MSAB), Luqmanul Hakeem Mohd Nurr, 18, menyifatkan peperiksaan SPM amat mencabar baginya kerana beberapa kali tertangguh untuk menduduki peperiksaan berkenaan susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi memutuskan rantaian COVID-19.
Di PULAU PINANG, Ketua Pengawas Peperiksaan, Mohd Zulfadli Jusoh berkata dari segi moral para pelajar tidak terdapat sebarang masalah dan tiada yang menunjukkan tanda-tanda tekanan emosi memandangkan tidak banyak perubahan dalam pengurusan peperiksaan.
"Kalau peperiksaan sebelum ini, pelajar akan dijarakkan satu meter (m), cuma kerana SOP COVID-19, jarak itu ditambah ke 1.5m," katanya.
Di LABUAN, wakil pelajar SPM SMK Mutiara Muhd Amsyar Dzulqarnain Amirulla berkata dengan masa yang lebih mencukupi dan sistem PDPR akan membolehkan mereka memperolehi keputusan yang cemerlang.
Di PERAK, R. Ruthannie, 18, pelajar SMK Jelapang Jaya, di Ipoh, berkata beliau berasa gembira kerana akhirnya berjaya menamatkan peperiksaan itu yang tertangguh sejak tahun lepas dan berterima kasih kepada ibu bapanya kerana banyak memberi sokongan dan galakan supaya saya tidak berputus asa.
Sementara itu, Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran (Sektor Operasi Sekolah), Datuk Adzman Talib berkata pihak Kementerian Pendidikan akan terus memantau SOP untuk pelajaryang dibenarkan menduduki peperiksaan selepas disahkan bebas COVID-19.
"Jika ada keperluan mengubah SOP yang lain, Lembaga Peperiksaan Malaysia akan meneliti, berhati-hati dan kita akan berbincang dengan Kementerian Kesihatan serta Majlis Keselamatan Negara untuk pastikan semua pelajar menduduki peperiksaan dengan cukup selamat dan kesihatan mereka terjaga," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Mar 25 2021
Pelbagai gelagat pelajar dapat disaksikan setelah berjaya menjawab kesemua kertas peperiksaan yang sepatutnya mereka duduki tahun lepas. - Bernama
Masyarakat pelbagai linguistik jadi pemangkin keharmonian Malaysia
Masyarakat itu bukan sahaja tahu untuk berkomunikasi, tetapi juga menghargai kepelbagaian budaya dan bahasa yang ada di sekeliling mereka.
Misi Jelajah Dunia Akhir BWF Aaron-Wooi Yik terima tamparan
Aaron-Wooi Yik terpaksa akur dengan kehebatan pasangan tuan rumah He Ji Ting-Ren Xiang Yu dalam aksi yang berlanjutan ke set penentuan.
Kerajaan Pahang tingkatkan Bantuan Prihatin Pahang Siswa kepada RM14.18 juta
Peningkatan RM6.18 juta itu bagi membolehkan peruntukan BPP Siswa diagihkan kepada 19,525 mahasiswa daripada pelbagai IPT.
RM10 untuk dapatkan salinan sijil SPM di Program 2TM
Harga asal bagi penggantian sijil SPM ialah RM30 dan 'kadar istimewa' itu hanya berlangsung hingga hari terakhir program pada Ahad ini.
KKDW perkenal konsep Smart Village, perkasa komuniti desa dengan teknologi moden
Projek rintis 'Smart Village' KKDW akan diadakan di tiga kampung yang memenangi Anugerah Desa MADANI (ADM) 2024.
Empat projek sedang, bakal dilaksana JPS atasi risiko banjir akibat air pasang besar
Sebanyak empat projek sedang dan bakal dilaksanakan JPS Melaka di beberapa lokasi pesisir pantai negeri ini bagi mengurangkan risiko banjir berikutan fenomena air pasang besar.
Skim galakan guna motosikal elektrik MARiiCas hampir capai sasaran 2024 - MARii
Inisiatif Skim Galakan Penggunaan Motosikal Elektrik (MARiiCas) terbukti mendapat sambutan dan hampir mencapai sasaran yang ditetapkan bagi tahun ini.
Lebih 90 peratus usahawan belum manfaatkan e-Invois
Majoriti atau dianggarkan lebih 90 peratus usahawan, terutama yang berpendapatan tahunan RM25 juta ke bawah, masih belum memanfaatkan sistem e-Invois yang mula diperkenalkan pada 1 Ogos lepas.
Wanita 19 tahun korban keenam keracunan arak metanol
Pelancong wanita warga Australia yang dirawat akibat keracunan metanol di Vientiane, Laos, telah disahkan meninggal dunia pada Jumaat.
Ini menjadikan jumlah mangsa yang terkorban akibat minuman keras beracun itu meningkat kepada enam individu, lapor kerajaan Thailand dalam kenyataan.
Ini menjadikan jumlah mangsa yang terkorban akibat minuman keras beracun itu meningkat kepada enam individu, lapor kerajaan Thailand dalam kenyataan.
Pertabalan Raja Charles telan kos hampir RM424 juta
Pertabalan Raja Charles menelan belanja sebanyak 72 juta pound (hampir RM424 juta).
Pengambilan khas isi jawatan guru di Sarawak dijangka selesai akhir tahun
Penempatan guru menerusi pengambilan khas untuk Sarawak oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) dijangka diselesaikan sebelum akhir tahun ini.
Karnival Jom Masuk TVET, dedahkan pengalaman menarik bidang TVET
Karnival Jom Masuk TVET Zon Selatan yang diadakan tiga hari bermula semalam sehingga Ahad diharap memberi impak positif penyertaan terhadap Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).
MEDIU tawar biasiswa khas kepada pelajar Malaysia
MEDIU menawarkan dua biasiswa khas untuk pelajar Malaysia untuk menyambung pengajian di universiti antarabangsa itu bagi pengambilan September.
Al-Sultan Abdullah tidak mahu ajaran sesat bertapak di Pahang
Al-Sultan Abdullah hari ini bertitah bahawa baginda tidak mahu sebarang ajaran sesat dan menyeleweng daripada agama Islam yang sebenar serta tidak mengikuti landasan ASWJ bertapak di negeri itu.
Kelantan peruntuk lebih RM100 juta tahun ini untuk kelestarian pendidikan
Kelantan memperuntukkan RM125.2 juta untuk kelestarian pendidikan bagi tahun ini yang akan disalurkan menerusi Yayasan Islam Kelantan (YIK), kata Menteri Besar Datuk Mohd Nassuruddin Daud.
UMNO mahu golongan muda miliki pekerjaan berkualiti melalui TVET
UMNO komited mahu golongan muda mendapat peluang pekerjaan berkualiti menerusi bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) yang menawarkan lebih 4,000 kursus kemahiran.
Baki 712 pelajar cemerlang SPM ditawar program matrikulasi secara berperingkat
Baki 712 pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang belum mendapat tawaran ke program matrikulasi akan ditawarkan selewat-lewatnya minggu ketiga bulan depan.
KPM komited pastikan tiada keciciran data pelajar untuk kemasukan universiti
Ketika ini Kementerian Pendidikan sedang memperbaiki dan menambah baik sistem integrasi data di sekolah swasta dan di luar KPM.
Matrikulasi: "Ini bukan jual maruah Melayu, tetapi keadilan" - PM Anwar
PM seru semua pihak untuk melihat pelajar-pelajar cemerlang ini sebagai anak-anak Malaysia yang perlu dilayan dengan adil dan saksama.
Kuota Bumiputera di Matrikulasi kekal, pelajar cemerlang SPM akan ditawar Asasi UA - Zambry
Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) memberi jaminan kuota bumiputera lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi melanjutkan pengajian ke peringkat matrikulasi adalah kekal.