PUTRAJAYA: Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) menggerakkan Home Ownership Programme (HOPE) KPKT bagi melihat ekosistem perumahan secara menyeluruh termasuk dalam aspek penyediaan dan pembiayaan perumahan.
Menterinya Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata HOPE KPKT itu menjadi antara fokus kementerian berkaitan perumahan bagi menjayakan agenda Malaysia Berdaya Huni.
Beliau berkata KPKT komited dengan fokus untuk menyediakan rumah mampu milik dan berkualiti dengan misi menyediakan 500,000 unit rumah dalam tempoh Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12).
"Dalam soal pembiayaan perumahan, saya mahu lihat satu model baharu yang memungkinkan lebih ramai rakyat berupaya dan mendapat akses kepada pembiayaan perumahan," katanya ketika menyampaikan amanat tahun baharu KPKT di sini pada Jumaat.
Beliau berkata KPKT akan memperkenalkan produk pembiayaan Inisiaitif Pembiayaan Perumahan Malaysia (iPPM), selain memulakan kempen Own At Young (Miliki Kediaman Di Usia Muda) serta melancarkan 'Housing Integrated Management System' atau Sistem Pengurusan Bersepadu Perumahan (HIMS) sebagai satu data gateway berkaitan perumahan yang menunjukkan demografik pembeli dan jenis permintaan.
Reezal Merican berkata KPKT sedang merangka penubuhan Majlis Bandar Pintar Negara untuk melihat aspek dan amalan terbaik bagi membawa perbandaran negara ke tahap lebih baik.
Beliau berkata aspek perbandaran dan kerajaan tempatan adalah antara aspek yang perlu diperkukuhkan bagi menjayakan agenda Malaysia Berdaya Huni itu.
Beliau berkata Indeks Daya Huni Malaysia (IDAM) juga akan dimulakan sebagai instrumen untuk menilai tahap daya huni dalam kawasan pihak berkuasa tempatan (PBT) serta memberi indikasi penting mengenai perkembangan sosio ekonomi setempat.
Pada majlis berkenaan, beliau turut melancarkan Rangka Kerja Pemerkasaan PBT (RKPBT) yang akan memberi panduan kepada PBT dalam memperkukuhkan lagi tadbir urus dan kemampanan sebagai sebuah kerajaan tempatan.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jan 22 2022

KPKT menggerakkan Home Ownership Programme bagi melihat ekosistem perumahan secara menyeluruh termasuk dalam aspek penyediaan dan pembiayaan perumahan. -Gambar hiasan/Bernama

Dua kapal tentera laut Iran tiba di Malaysia untuk lawatan operasi
Dua kapal berkenaan ialah jenis Auxiliary, iaitu Ocean Liner-110-3 Shahid Mahdavi dan kapal kelas frigate IRINS Dena.
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.

Sidang Kemuncak Malaysia-China 2024 dapat sokongan padu daripada organisasi utama
Sidang Kemuncak Malaysia-China 2024 (MCS 2024), yang akan berlangsung dari 17-19 Dis mendapat sokongan padu daripada penaja dan rakan strategik utama.

MATRADE sasar jualan eksport MIHAS@Dubai bernilai RM1 bilion
MIHAS@Dubai akan menjadi acara antarabangsa pertama di luar negara dengan penyertaan terbesar oleh syarikat Malaysia diterajui oleh MATRADE.

MATRADE sasar MIHAS 2024 jana jualan RM3.5 bilion
Reezal Merican berkata sasaran itu lebih tinggi berbanding jualan RM3.2 bilion yang berjaya dicapai pada MIHAS 2023.

Pensijilan halal bantu perluaskan produk dan perkhidmatan ke peringkat antarabangsa - MATRADE
Pensijilan halal memainkan peranan kritikal bagi memperluaskan pasaran produk tempatan ke peringkat antarabangsa.

Perjuangan atlet di Paris bakar semangat MATRADE perkukuh eksport negara
Reezal Merican berkata beliau ingin lihat semangat juang seperti yang dipamerkan barisan atlet negara diterapkan di MATRADE.

Pertumbuhan sektor peranti perubatan Malaysia dijangka terus berkembang - Matrade
Kerajaan giat mempromosikan Malaysia sebagai hab pembuatan serantau dan komited untuk membangunkan industri penjagaan kesihatan.

'Dua tahun tak cukup buat persiapan Sukan Komanwel'
Katanya, tempoh dua tahun merupakan satu masa yang singkat buat negara untuk membuat persiapan menganjurkan temasya besar tersebut.

Malaysia tawar khidmat kepakaran pemain industri untuk pembangunan Nusantara
Satu memorandum persefahaman akan dimeterai dengan Kadin mengenai penerokaan pelbagai bidang baharu berkaitan digital dan teknologi.

Stadium QPR kini dikenali MATRADE Loftus Road Stadium
Stadium QPR iaitu Loftus Road kini dinamakan MATRADE Loftus Road Stadium berkuatkuasa sehingga musim 20252026.

Tiada sebarang perbincangan berhubung jawatan kerajaan negeri - Reezal Merican
Reezal Merican berkata beliau menyerahkan sepenuhnya kepada kepimpinan tertinggi parti dan Kerajaan Perpaduan untuk memutuskan perkara berkenaan.