Honda Malaysia hari ini mengumumkan panggilan semula bagi sejumlah 23,476 unit kenderaan keluarannya yang dipanggil sebelum ini untuk penggantian inflator beg udara Takata bahagian hadapan iaitu pemandu dan penumpang.
Dalam satu kenyataan, syarikat itu berkata pemilik terbabit akan menerima surat makluman daripada Honda Malaysia beserta butiran panggilan semula serta stok yang ada.
Model bagi penggantian semula inflator bahagian pemandu adalah Civic (model tahun 2006-2007 dan 2009-2011), CR-V (2007-2008 dan 2010-2011), Stream (2010 dan 2012), Insight (2011-2012), City (2009-2013) serta Jazz (2012-2013).
Penggantian bahagian penumpang hadapan pula membabitkan Accord (model tahun 2003, 2005-2006, 2008-2009 dan 2011-2012), Stream (2003-2005), CR-V (2002-2009), Jazz (2003-2007 dan 2009-2012), City (2003-2009) serta Civic (2003-2011).
"Kami sekali lagi memohon maaf atas kesukaran yang dihadapi pelanggan. Oleh kerana keselamatan pelanggan sentiasa menjadi keutamaan Honda, syarikat ini percaya usaha penggantian ini amat wajar sebagai langkah awal.
"Oleh itu, kami menggesa pelanggan terbabit untuk tampil bagi membolehkan inflator beg udara Takata itu digantikan dengan seberapa segera.
"Honda Malaysia juga merayu pelanggan Honda lain yang terbabit tetapi belum membuat penggantian beg udara Takata itu agar tampil dengan seberapa segera. Ini kerana ia boleh menyebabkan tekanan dalaman yang melampau apabila diaktifkan dan menyebabkan kecederaan atau maut," kata syarikat itu.
Stok penggantian inflator beg udara hadapan untuk 23,476 unit kereta itu akan dijalankan secara berperingkat, kata Honda Malaysia.
Malah, syarikat itu memberi jaminan untuk berusaha sebaik mungkin bagi memastikan kesediaan 100 peratus stok dalam jangka masa singkat.
Usaha penggantian tersebut adalah percuma dan kos itu ditanggung oleh syarikat berkenaan.
"Honda Malaysia mahu menegaskan bahawa kesemua model kenderaan jualan semasanya adalah berdasarkan kawalan ketat dan telus demi keselamatan pelanggan," katanya.
Pemilik kenderaan boleh mendapatkan maklumat status panggilan semula kenderaan mereka menerusi www.honda.com.my atau www.productrecall.honda.com.my atau dengan menelefon talian bebas tol 1-800-88-2020.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Oct 04 2019

Usaha penggantian tersebut adalah percuma dan kos itu ditanggung oleh syarikat berkenaan. - Gambar fail

ACC: Selamat datang! Azizulhasni Awang kini pengulas Astro Arena
Ia merupakan perasaan berbeza ketika beraksi sebagai atlet di dalam trek berbanding ketika melakukan ulasan di tempat duduk penonton.

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.

Honda Malaysia panggil balik tambahan 77,708 kenderaan
Langkah pencegahan untuk menangani kemungkinan kesukaran bagi menghidupkan enjin, kehilangan kuasa enjin atau kenderaan terhenti.

Honda Malaysia panggil semula 23,476 unit kenderaan
Syarikat itu berkata pemilik terbabit akan menerima surat makluman daripada Honda Malaysia beserta butiran panggilan semula serta stok yang ada.