Persaingan sengit yang berlaku antara Hishammuddin dan Mukhriz dalam pemilihan calon Naib Presiden UMNO baru-baru ini juga menunjukkan amalan demokrasi yang subur dalam UMNO.
Menurut Hishammuddin apa yang lebih penting kini adalah memastikan survival parti UMNO diteruskan.
“Kita bertanding sebagai satu keluarga yang besar dan bagi saya apa yang penting adalah keputusan dibuat berdasarkan suara ramai. Dalam masa beberapa tahun mereka akan lebih mengenali saya dengan lebih dekat. Buat masa ini, keputusan sudah pun dibuat dan kita perlu lihat ke depan,” kata Hishammuddin.
Momentum pemilihan UMNO baru-baru ini juga dilihat mampu membawa gelombang positif kepada Barisan Nasional.
Dalam pemilihan calon Naib Presiden UMNO sebelum ini, Hishammuddin menang tipis selepas memperoleh 101 undi berbanding Mukhriz sebanyak 93 undi.