Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein hari ini membuat permohonan maaf secara terbuka selepas tindakannya menghisap rokok elektronik (vape) dalam Dewan Rakyat dirakamkan.

Permohonan maaf itu dikemukakan Menteri Luar tersebut menerusi akaun Twitter miliknya dengan membalas hantaran yang dibuat oleh seorang pengguna media sosial itu yang dikenali sebagai Mhd Shamin.

"Maaf, saya tidak sedar. Ia adalah tabiat baru.

"Saya minta maaf kepada Dewan dan berjanji tidak akan mengulanginya lagi," ciapnya membalas hantaran itu.




Mhd Shamin sebelum itu berkongsi klip video berdurasi sembilan saat di Twitter yang menunjukkan Hishamuddin menghisap vape sambil memakai pelitup muka semasa persidangan sedang berjalan.

Permohonan maaf yang dibuat Ahli Parlimen Sembrong itu mencetuskan pelbagai reaksi dengan ada yang memuji sikap jujur beliau selain ada yang mengecam tindakan itu.