KUALA LUMPUR: Polis menahan lapan individu disyaki terlibat dalam ajaran Ahmadi Religion dalam himpunan didakwa berunsur lesbian, gay, biseksual, transgender (LGBT) di hadapan sebuah pusat beli-belah di ibu kota, Sabtu lalu.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, kesemua suspek diberkas di lokasi sama sejurus himpunan tersebut diadakan.
"Kesemua suspek terdiri lelaki warga tempatan berumur antara 18 hingga 56 tahun itu ditahan ekoran terbabit dalam himpunan terbabit.
"Siasatan mendapati individu terlibat memegang plakad berunsur LGBT selain beberapa perkataan yang menjurus kepada Ahmadi Religion," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen(IPK) Kuala Lumpur di sini pada Isnin.
Katanya, kesemua suspek direman sehari untuk siasatan lanjut.
"Siasatan dijalankan mendapati salah seorang suspek pernah diberkas kerana dipercayai mengedar risalah berkaitan Ahmadi Religion di sebuah masjid di Putrajaya dua minggu lalu.
"Kes disiasat di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang tugas polis, Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil dan Seksyen 9 Akta Perhimpunanan Awam 2012," katanya.
Pada Ahad, tular video di media sosial memaparkan sekumpulan individu mengadakan himpunan didakwa berunsur LGBT di hadapan sebuah pusat beli belah di ibu kota. - Sinar Harian
Sinar Harian
Mon Jul 31 2023
Datuk Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, kesemua suspek diberkas di lokasi sama sejurus himpunan tersebut diadakan. - Gambar fail
Pelabur China sasar peluang pelaburan di Labuan - Dr Zaliha
Beberapa firma perindustrian di China menyasarkan peluang pelaburan di Labuan terutama dalam sektor kewangan dan pembangunan di pulau berkenaan sekali gus menggariskan potensi Labuan sebagai hab ekonomi yang berdaya maju di Asia.
Jadual padat menanti PM Anwar
Untuk hari ini, Perdana Menteri memulakan lawatan kerja dengan menyampaikan ucaptama di majlis pembukaan Ekspo Import Antarabangsa China ke-7 di Pameran dan Konvensyen Kebangsaan Shanghai.
AWANI Ringkas: Susulan kes dadah rakyat Malaysia di Thailand
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Israel serang sasaran Hezbollah di Damsyik
Tentera Udara Israel menyatakan bahawa mereka telah menyerang aset perisikan Hezbollah berhampiran Damsyik pada Isnin, menyasarkan infrastruktur utama di Syria yang menurut pihak Syria melibatkan tapak awam.
Menurut kenyataan Tentera Udara Israel di platform X, ibu pejabat perisikan Hezbollah mempunyai cabang di Syria yang terdiri daripada jaringan pengumpulan, penyelarasan, dan penilaian perisikan.
Menurut kenyataan Tentera Udara Israel di platform X, ibu pejabat perisikan Hezbollah mempunyai cabang di Syria yang terdiri daripada jaringan pengumpulan, penyelarasan, dan penilaian perisikan.
Bursa Saham Tokyo lanjut waktu dagangan kali pertama dalam 70 tahun
Bursa Saham Tokyo (TSE) melanjutkan waktu dagangan biasa sebanyak 30 minit bermula Selasa sebagai sebahagian daripada usaha untuk menjadikan bursa lebih menarik kepada pelabur asing.
UK mulakan percubaan kerja 4 hari seminggu
UK semalam memulakan percubaan pertama minggu kerja empat hari di mana hasil dapatannya nanti akan dibentangkan kepada Parlimen pada musim panas tahun depan.
India denda 60,000 pemilik kenderaan
Pihak berkuasa di ibu negara India dan kawasan sekitarnya mengenakan denda terhadap beribu-ribu pemilik kenderaan serta tapak pembinaan kerana melanggar peraturan pencemaran.
Korea Utara lancar peluru berpandu ke laut timur
Korea Utara melancarkan beberapa peluru berpandu balistik jarak dekat ke arah Laut Timur pada Selasa, menurut tentera Korea Selatan.
Ketua Turus Bersama (J-C-S) Korea Selatan mengesan pelancaran tersebut pada sekitar jam 7:30 pagi dari kawasan Sariwon di Wilayah Hwanghae Utara, di bahagian barat negara itu.
Ketua Turus Bersama (J-C-S) Korea Selatan mengesan pelancaran tersebut pada sekitar jam 7:30 pagi dari kawasan Sariwon di Wilayah Hwanghae Utara, di bahagian barat negara itu.
Ribut tropika Kristine: Malaysia berdiri teguh bersama Filipina - PM Anwar
Malaysia berdiri teguh bersama Filipina dan telah memberikan bantuan kemanusiaan bagi meringankan penderitaan dihadapi penduduk susulan ribut tropika Kristine yang melanda negara itu.
Tentera Sepanyol dikerah di Valencia ketika rakyat marah
Seramai 2,500 anggota tentera tiba di bahagian timur Sepanyol yang dilanda banjir pada Isnin untuk memperkuat usaha mencari mangsa dan membersihkan runtuhan.
Sementara itu, pegawai kerajaan saling menuding jari dalam isu pengurusan banjir terburuk dalam beberapa dekad ini, manakala persediaan bantuan kecemasan sedang disiapkan.
Sementara itu, pegawai kerajaan saling menuding jari dalam isu pengurusan banjir terburuk dalam beberapa dekad ini, manakala persediaan bantuan kecemasan sedang disiapkan.
Himpunan LGBT: Lapan disyaki pengikut Ahmadi Religion diberkas
Polis menahan lapan individu disyaki terlibat dalam ajaran Ahmadi Religion dalam himpunan didakwa berunsur lesbian, gay, biseksual, transgender (LGBT) di hadapan sebuah pusat beli-belah di KL.